Kata pepatah, tidak ada kejayaan jika tidak diawali dengan kegagalan. Mungkin ada benarnya dan hal ini telah ditempuhi sendiri oleh pasangan suami isteri ini yang berusaha mencari rezeki keluarga dengan berniaga kedai runcit pada awalnya.
Namun akibat pendemik perniagaan yang diusahakan terjejas teruk dan pasangan ini terus mencari idea untuk bangkit semula. Dan siapa sangka pasangan suami isteri ini iaitu, Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39 menemui perniagaan yang unik dan istimewa dengan menjual Ais Kepal Milo Itik yang telah pun viral di media sosial.
Memetik berita yang dikongsikan di Utusan Malaysia, Ais Kepal Milo Itik laris terjual sehingga 500 bekas sehari. Demikian hebatnya penangan ais kepal Milo diisi dalam bekas berbentuk anak itik yang dijual pasangan suami isteri di Kampung Pauh Lima, di sini sejak bulan lalu.
‘Kecomelan’ bekas kuning itu tular di media sosial dan mencetus fenomena tersendiri apabila orang ramai sanggup berbaris di kedai Mohd. Fariq Atan, 37, dan isteri, Asmanizazilawati Ahmad, 39, semata-mata mahu membelinya.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fariq berkata, selepas perniagaan kedai runcit diusahakannya dan isteri terjejas teruk akibat Covid-19, mereka memikirkan pelbagai cara untuk bangkit semula.
Katanya, mereka pada mulanya cuba menambah pendapatan dengan cara berniaga makanan dan minuman di luar kedai runcit namun sambutan diterima agak hambar.
Ads
Mencari Kelainan
“Sebelum ini ada peniaga jual minuman dalam bekas seperti baldi. Jadi kami cuba buat kelainan dengan jual ais kepal dalam bekas anak itik kuning. Tidak sangka, percubaan ini mendatangkan hasil lumayan.
“Alhamdulillah, selepas ditularkan di media sosial, rezeki kami murah apabila berjaya menjual sehingga 500 set bekas anak itik setiap hari. Bagi memenuhi keperluan ini, 30 kilogram Milo digunakan sehari,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
“Disebabkan tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus, kami kini mengambil dua pekerja selain perlu menempah ribuan set bekas anak itik lebih awal di kilangnya yang terletak di Johor Bahru,” katanya.
Ais kepal Milo dalam bekas kecil dijual pada harga RM8 manakala bekas besar RM30.
Ads
Selain bekas anak itik, kedai tersebut turut menawarkan ais kepal Milo dalam bekas beruang sebagai pilihan alternatif.
Suami mana yang tidak risau jika isteri yang sedang sarat hamil menaiki bas sendirian. Walaupun perjalanan isteri ketika itu atas urusan kerja namun atas rasa tanggungjawab serta keprihatinan yang tinggi terhadap keselamatan isteri, seorang suami sanggup mengiringi isteri dengan menaiki motorsikal sehingga ke destinasi.
Begitulah perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita yang menceritakan pengorbanan seorang suami yang sanggup bersusah payah asalkan orang yang dicintai sentiasa terhindar daripada bahaya.
Menerusi akaun tiktok @sitinuraishah, wanita berkenaan bercerita tindakan suaminya yang nekad menunggang motosikal untuk menemaninya yang ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan bas.
Menerusi video tersebut, ketika itu dapat dilihat suasana sekitar yang berada dalam keadaan redup dan permukaan jalan yang agak licin, dipercayai kerana hujan.
@sitinuraishah_98 tq encik suami..teman pergi KL,walaupun kita pergi berasingan…awk naik motor sy naik bas #kadang² kita xnmpk pergorbanan seorang suami tq sbb gagah diri utk teman mak buyung ni pergi khusus dekat KL @alongzombie #fyp♬ Kenangan Terindah – SAMSONS
Menjengah ke ruangan komen, ada yang bertanya mengapa pasangan suami isteri itu tidak menunggang motosikal berkenaan bersama-sama.
Dalam komen balasnya, Siti Nuraishah berkata ketika itu dirinya sedang sarat hamil dengan usia kandungan lapan bulan. Disebabkan khuatir perkara yang tidak diingini berlaku, suaminya meminta dia menaiki bas dan mengambil keputusan mengiringi perjalanan tersebut dengan motosikal.
Dia ketika itu perlu ke Kuala Lumpur untuk menyertai kursus selama enam hari disana.
Disebabkan suaminya merupakan seorang raider penghantar makanan, adalah lebih baik dia menemaninya dengan motorsikal berbanding menaiki bas bersama-sama.
Jadi, suaminya berpendapat masa enam hari yang ada ketika menemaninya di Kuala Lumpur boleh dimanfaatkan untuk mengambil pesanan di ibu kota tersebut.
Video tersebut telah membuat para netizen terharu dengan pengorbanan suaminya dan memuji sikap bertanggunjawab si suami dan kegigihannya mencari rezeki apabila tidak melepaskan peluang yang ada sambil menemani isterinya berkursus.
Tidur Di Lantai
Dalam posting lain menerusi akaun TikTik wanita ini turut menyatakan suaminya sanggup tidur di atas lantai sewaktu menemaninya di hospital.
@sitinuraishah_98 throwback jew….pengorbanan seorang suami….sanggup teman wife dekat hospital walaupun terpaksa tidur atas lantai…semoga terus menjadi suami yg terbaik… #fyp @alongzombie ♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik
Semoga pasangan ini sentiasan dalam perlindungan Tuhan dan diberikan rezeki yang melimpah ruah. Amin.
Sejak penglibatan Wawa Zainal dalam bidang perniagaan kosmetik, ianya telah membuka banyak peluang perniagaan buat masyarakat yang ingin menjana pendapatan.
Siapa sangka, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini mampu melakukannya walaupun pada mulanya ramai yang kurang yakin memandangkan sifat Wawa yang lemah lembut.
Ternyata percaturan Wawa atau nama sebenarnya Siti Hawa Zainal Abidin dalam bidang perniagaan ini bukan calang-calang. Sehubungan dengan itu, perniagaan yang diberi nama WAWA Cosmetics baru-baru ini telah melancarkan produk terbaharu, TRUE LOVE sebagai hadiah buat pelanggan setia Wawa dan juga sebagai hadiah daripada Aeril Zafrel kepadanya.
Berkongsi tarikh istimewa yang sama, Wawa memberitahu hari tersebut juga merupakan ulang tahun perkahwinannya yang ke-11. Oleh yang demikian, pelancaran set ‘True Love’ adalah bersesuaian dengan kenangan yang tercipta pada hari tersebut, simbolik untuk ulang tahun perkahwinan mereka.
Pada majlis yang bertemakan Bollywood ini, Wawa Zainal turut meraikan dan mengiktiraf Leaders dan Resellers serta kakitangan Wawa Cosmetics sebagai menghargai usaha mereka yang turut sama berjuang menaikkan jenama ini di pasaran.
Kata Wawa, syarikatnya mencapai keuntungan yang diluar jangkaan dan ia banyak bergantung kepada kerjasama yang erat di antara pihak syarikat, leaders dan resellers Wawa Cosmetics.
Pada hari tersebut, Noor Hafizah Binti Abu Samah telah membawa pulang tas tangan berjenama Dior Caro yang bernilai RM18470.17, sebuah kereta Toyota Alphard dan trofi sebagai individu yang memperolehi total restock tertinggi iaitu berjumlah RM 3 432 776.90 pada tahun 2022.
Semoga Wawa Zainal dan Wawa Cosmetic terus menjadi inspirasi kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekomoni yang semakin meruncing, ramai yang sudah muka mengorak langkah untuk berniaga melalui platform-platform yang disediakan.
Pertama Elly Mazlein menyambut lebaran di kampung halaman suaminya Cikgu Azlan di Kelantan sejak mereka bernikah pada Januari 2020.
Meskipun berstatus selebriti, namun hos Muzikal Lawak Superstar ini tetap tidak kekok berinteraksi dan melayan sanak-saudara sebelah suaminya.
Malah menerusi hantaran di TikTok, wanita bernama Maisurah berkongsi rakaman semasa Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom bertandang ke rumah keluarga suaminya yang juga merupakan sepupu Cikgu Azlan.
Dia dilihat sangat manis dan sopan meskipun cuma bersimpuh di atas lantai sambil makan bersama anak perempuannya, iaitu Putri Sara Sefhia yang kini dah masuk 6 tahun.
“Cantik & sopan, jauh beza masa beraksi atas pentas…suka Kak Lina friendly dengan semua orang, takda nak jaga standard.
Itu antara pujian yang diberikan warganet kepada Elly. Cara pembawaan diri ibu kepada dua cahaya mata jauh berbeza memandangkan dirinya sering tampak meriah dan ‘gila-gila’ apabila muncul di kaca TV.
Dalam pada itu, mereka turut berterima kasih kepada ahli keluarga lain yang sudi menjaga privasi anak sulung selebriti berkenaan.