Peminat Terung Wajib Cuba! Buat Roti John Guna Resipi Ni Lagi Sihat Dan Sedap

Share

Kesihatan amat penting dan harus sentiasa dijaga terutama di bulan puasa ni. Walaupun nak makan makanan yang sedap, nutrisi dan zat pun mesti diambil kira.

Sebab itu lah resipi terung john ni sangat istimewa dan lain dari yang lain. Menu yang sangat berkhasiat ini juga memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur baik yang sakit atau yang sihat.

Menurut resipi yang dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki, bagi peminat terung terutama yang nak diet atau kurangkan karbo dalam makanan memang patut cuba.

“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah”.

Terung John:

Bahan-bahan:

  1. 1 biji terung panjang (potong memanjang)
  2. 1 homemade beef patty/daging burger
  3. 3 biji telur
  4. Garam pink himalaya
  5. Serbuk black pepper
  6. Sedikit daun ketumbar
  7. Sayuran/kubis

Cara Penyediaan:

– Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.

– Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.

– Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.

– Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.

– Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.

Sumber: Noorul Izzah Marzuki