
Kesihatan amat penting dan harus sentiasa dijaga terutama di bulan puasa ni. Walaupun nak makan makanan yang sedap, nutrisi dan zat pun mesti diambil kira.
Sebab itu lah resipi terung john ni sangat istimewa dan lain dari yang lain. Menu yang sangat berkhasiat ini juga memang sangat sesuai dengan semua peringkat umur baik yang sakit atau yang sihat.
Menurut resipi yang dikongsikan oleh Noorul Izzah Marzuki, bagi peminat terung terutama yang nak diet atau kurangkan karbo dalam makanan memang patut cuba.
“Ni antara salah satu daripada menu rendah karbo yang saya dan suami amalkan, sehingga saya berjaya turunkan berat daripada 130kg kepada 65kg, suami turunkan 191kg kepada 85kg. Berjaya reversed diabetes dan pulih darah tinggi Alhamdulillah”.
Terung John:
Bahan-bahan:
- 1 biji terung panjang (potong memanjang)
- 1 homemade beef patty/daging burger
- 3 biji telur
- Garam pink himalaya
- Serbuk black pepper
- Sedikit daun ketumbar
- Sayuran/kubis
Cara Penyediaan:
– Hancurkan dan masakkan sekejap beef patty/daging burger di atas pan.
– Bancuh telur dengan serbuk blackpepper, garam, daun ketumbar. Kemudian masukkan beef patty hancur yang dimasakkan sebentar tadi (nak letak apa² rempah atau serbuk kari pun boleh je). Ketepikan.
– Panaskan sedikit butter di atas pan, tabur garam dan black pepper, gril kan terung yang dipotong memanjang sehingga masak. Ketepikan.
– Tuangkan adunan telur atas pan, ratakan. Bila dah masak bahagian bawah, ambil potongan terung yang dah digrillkan tadi, tampalkan atas telur yang sedang dimasak atas pan.
– Terbalikkan terung sebentar, kemudian boleh diangkat. Boleh letak mayonis (kewpie merah) dan sayuran/kubis.
Sumber: Noorul Izzah Marzuki
Menu Daging Korban, Macam-macam Resipi Boleh Masak

Menu daging korban, macam-macam resipi boleh masak. Setiap kali raya korban, pasti kita akan mendapat banyak daging korban daripada rakan-rakan dan saudara-mara. Apa hidangan yang hendak dimasak agaknya?
Menu Daging Korban, Macam-macam Resipi Boleh Masak
Terdapat pelbagai masakan berasaskan daging korban yang boleh anda cuba. Misalnya 12 jenis resipi yang dikongsikan ini. Mudah tapi sedap! Gerenti tak jemu menikmatinya seisi keluarga.
1. UNGKEP DAGING BERKERISIK
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
6 biji bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 batang serai | titik
1 inci halia | kisar
1 sudu makan kerisik
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
2. KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | potong dan bersihkan
1 mangkuk santan
5 biji bawang merah | kisar
2 ulas bawang putih | kisar
1 inci halia
1 tangkai daun kari
3 sudu makan rempah daging
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
Masukkan daging dan sedikit air lagi
Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
INFO CHEF : Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.
3. MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | disalai
1 mangkuk santan
2 batang serai
2 inci kunyit hidup
1 biji mangga muda | dihiris
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
Setelah mendidih, masukkan mangga muda.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.
4. DAGING GORENG KUNYIT
BAHAN-BAHAN:
500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
2 biji cili padi | dihiris
2 labu bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.
5. DAGING MASAK SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 biji cili besar merah | dihiris
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
3 sudu makan sos tiram
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.
6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
1 ikat daun pegaga
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Hidangan ini tidak perlu ditumis.
7. RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH
BAHAN-BAHAN:
300gm daging
300gm hati
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
5 batang serai | dihiris halus
2 inci kunyit hidup | dikisar
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
8. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
10 biji cili padi | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
Sedikit air
Minyak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.
9. DAGING GORENG KACANG PANJANG
BAHAN-BAHAN:
500gm daging
2 sudu makan cili kering kisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
5 batang kacang panjang | potong serong
1 sudu kerisik
1 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
Sedikit air
Minyak masak untuk menumis secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.
10. PERUT MUDA ALA PADANG
BAHAN-BAHAN:
500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
7 biji bawang merah | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
1 ½ inci halia | dikisar
1 inci lengkuas | dikisar
3 sudu cili kering kisar
2 batang serai | dititik
1 mangkuk santan
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali.
Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
Masukkan santan dan biarkan mendidih.
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
Angkat dan sedia dinikmati.
INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.
Sumber: RASA
Baca artikel lain juga: Rezeki Dapat Banyak Daging Korban. Elak Cepat Rosak, Boleh Simpan Dengan Cara Ni Kekal Segar Tahan Lama
Daging Goreng Cili Padi Limau, Hidangan Ringkas Tapi Boleh Buat Makan Bertambah!
Daging Masak Merah Ala Thai Yang Sedap. Masak Campak-campak Dalam Kuali, Siap!
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Som Som Sagu Lembut Bergedik, Makan Sejuk-sejuk Waktu Berbuka Memang Sedap

Isi Kandungan
ToggleSom som sagu sesuai sangat makan waktu berbuka. Teksturnya yang lembut manis, bergedik sesuai dimakan sejuk-sejuk. Rasa segar bila ‘lalu’ ditekak. Rasa lemak-lemak santan memang asyik bila makan waktu berbuka.
Som Som Sagu Lembut Bergedik
Bagi memudahkan kerja, boleh letak som som sagu dalam bekas plastik. Supaya dapat efek lembut bergedik dan tak lembik boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek ini.
Makan Sejuk-sejuk Waktu Berbuka Memang Sedap
Cara buat som som sagu lembut bergedik
Bahan sagu:
1 cawan sagu
3 cawan air
2 helai pandan
Sedikit pewarna hijau
Cara membuat:
1.Masak air bersama pandan hingga mendidih/masukkan pewarna hijau
2. Keluarkan pandan, masukkan sagu.
3. Kacau hingga pekat (waktu ini sagu masih bermata ikan)
4. Tuang sagu ke dalam bekas kecil.
5. Kukus selama 15 in sehingga sagu jernih
6. Boleh juga kacau hingga sagu jernih tanpa perlu dikukus dengan menambah sukatan air tapi jika tak mahu lembik boleh guna cara kukus ini.
Bahan kanji som som:
1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan di dalam periuk, kacau sebati.
2. Masak hingga hingga pekat dan meletup-letup dengan api sederhana
3. Sentiasa kacau untuk mengelakkan berketul-ketul
4. Tuang adunan ke atas sagu dan sejukkan.
Bahan air gula:
1 1/2 cawan air
4 keping gula kerek/melaka/ gula merah
1/4 cawan gula pasir
2 helai pandan disimpul
Cara membuat:
- Satukan semua bahan, masak api sederhana hingga mendidih.
2. Tapis dan sejukkan. Siap
3. Tuang air gula yang sejuk di atas som som sagu, sedia dimakan.
Artikel berkaitan: Bubur Som Som Sagu Lembut Bergedik & Nak Jadikan Sagu Cantik Dimasak Begini Opah Ni Kongsi Caranya!
Sagu Gula Melaka, Begini Tipnya Nak Pastikan Sagu Sebiji-biji Tak Melekat!
Rasa Memang Sedap Dan Lembut. Resipi Som Som Sagu Ni Memang Terbaik!
Sport Candy, Tak Semua Boleh Makan Sesuka Hati. Pakar Dietitian Ni Jelaskan Ada Bahayanya!

Selalu kita ingat, asal himalayan salt ianya tentu bagus dan baik untuk diamalkan. Namun pendedahan dari pakar dietitian ini berkaitan sejenis gula-gula ini cukup menarik perhatian.
Jom semak perkongsiannya.
Seronok je tengok orang ambil gula-gula jenis ni dan nampak viral sehingga habis kat kedai.
Saya mahu beri sedikit info berkenaan ‘sport candy’ ni.
Gula-gula ini bukan diambil suka-suka menggantikan gula-gula biasa. Ia mempunyai kandungan sodium di dalamnya.
Kadar pengambilan garam sudah cukup banyak kita ambil secara semulajadi atau secara tambahan dalam makanan harian kita.
Ia bukan pilihan yang lagi baik atau lagi ‘sihat’ hanya kerana ia dari himalayan salt. Kandungan sodium nya adalah lebih kurang sama sahaja!
Siapa yang sesuai ambil gula-gula jenis ini?
👉🏼 Mereka yang dalam keadaan aktif berpeluh
👉🏼 Mereka yang hiking dalam jangka masa yang panjang
👉🏼 Mereka yang mempunyai kadar sodium yang rendah dalam darah
Kalau anda ada masalah darah tinggi, jantung atau buah pinggang jangan sesuka hati ambil.
Yang mengandung dan nak hilangkan loya pun kena jaga-jaga. Lebih-lebih lagi bagi yang ada pregnancy induced hypertension (PIH).
Banyak kajian telah dilakukan dan dianggarkan pengurangan sebanyak 1 gram garam boleh menurunkan tekanan darah purata sebanyak 2 mmHg, yang mana boleh menurunkan risiko strok sebanyak 10% dan penyakit jantung sebanyak 5%.
Had pengambilan sodium dalam sehari adalah 2000mg.
Saya berikan contoh kenapa kita tak perlukan lagi gula tambahan dari gula-gula jenis ini bagi orang normal:
– Dalam makanan semulajadi kita biasanya ambil dalam 12% sodium.
– Sodium yang ditambah dalam masakan adalah lebih kurang 5%
– Sodium yang ditambah semasa makan lebih kurang 4%
– Sodium yang datang dari makanan yang diproses adalah dalam 77%
Cukup dah sodium dalam makanan harian kita. Tak perlu lagi dari candy ini.
Penyakit darah tinggi adalah yang paling dekat perkaitannya dengan sodium. Komplikasinya seperti pening kepala yang berterusan, sakit jantung dan masalah buah pinggang.
Elakkan sodium yang berlebihan lagi. Sudah cukup banyak.
Pengambilan candy ini semata-mata mahu lebih sihat adalah mitos.
Dan saya tak pasti kenapa orang ambil ia untuk legakan sakit tekak sedangkan ia tidak mempunyai lozeng pun. Anda hanya menambah sodium dalam diet tanpa sedar.
sumber : Mohd Khairul Azuan
Dietitian