Peminat Makanan Korea Mesti Tahu Enaknya Jjajangmyeon. Ni Resipinya & Mudah Je Nak Buat!

Share

Buat peminat makanan Korea tentu ada yang mengidam untuk menikmati keenakan rasa masakan Korea setelah sekian lama tidak dapat menjamunya.

Jadi apa kata, hari ini mencuba satu resipi yang cukup mudah disediakan sebagaimana yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli ini.

Jom semak langkah demi langkah yang dikongsikan olehnya.


Mana dia peminat makanan Korea?

Ada ni kita masak Jjajangmyeon atau in English, Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yg tulin kena guna blackbean ori punye)kita buat sendiri dengan menggunakan taucu.

Apa rasa Jjajangmyeon ni?

Rasanya bukan mcm mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee.

Rasanya slurrpp yg ada bau ala2 kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin2 manis hujung tu rasa hangus2 sikit, mcm dibakar. So resepi nya mudah je. Sila baca:

Bahan kuah Blackbean:

✓ Mula2 buat caramel pekat daripada 3 sudu gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit2 hangus.


✓ Kemudian 3 sudu besar taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.


✓ Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan 1 sudu besar tepung gandum, pes taucu yg ditumbuk td, kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.

 


✓ Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan2 dodol.

✓ Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.

Cara memasak Jjajangmyeon:
✓ Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawang holland. Semua bahan dipotong dadu.


✓ Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.


✓ Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.


✓ Tuang sedikit air untuk menjadi kuah dan campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

✓ Boleh isi sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.


✓ Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yg perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.

✓ Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atas nya dihiasi dengan hirisan timun.


✓ Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru ngapp.

sumber: Zurina Zulkefli via MAHN