Peminat Kuih Koci Pulut Hitam Atau Koci Labu, Versi Tak Perlu Kukus Ni Memang Wajib Buat!

Share

Peminat Kuih Koci Pulut Hitam Atau Koci Labu, Versi Tak Perlu Kukus Ni Memang Wajib Buat!

Bila berbuka puasa tak lengkap rasanya kalau tidak dijamah kuih muih tradisi sebagai juadah pencuci mulut. Bahkan ada juga antara kita yang terbiasa berbuka dengan kuih muih terlebih dahulu untuk alas perut, dan usai solat Maghrib barulah menikmati juadah utama.

Menyentuh tentang kuih muih yang dicari-cari di bulan Ramadan ini, antaranya adalah kuih Koci Pulut Hitam dan juga Kuih Koci Labu. Keenakan menikmatinya setelah seharian berpuasa memang menepati selera sesiapa sahaja.

 

 

Jadi jika sebelum ini anda membelinya di bazar Ramadan, apa kata kali ini anda sediakan  dari air tangan sendiri dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Diena Anilda yang suatu masa dahulu turut pernah berniaga kuih koci ini sebagai sumber pendapatan buat keluarganya.

Kuih Koci Pulut Hitam

Inti 200++ biji

1500 gm Kelapa (Lebih kurang 4 biji kelapa)

370 gm gula merah

1kg gula

6 cawan air

6 helai daun pandan

2 sudu kecil garam

10 sudu tepung gandum(akhir sekali untuk bagi sedikit kental)

 

Cara-caranya:

1.Masak gula merah dan air sehingga larut. Tapis guna tapis kain.

2.Masak semula gula merah yang sudah ditapis bersama gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sehingga gula pasir larut.

3.Masukkan Kelapa. Kacau sehingga kering.

4.Bila tolak sedikit inti dengan senduk, kelihatan berbuih-buih didasar kuali, maksudnya inti dah nak kering dan boleh masukkan tepung gandum untuk jadikan inti lebih kental.

5.Tutup api. Siap

 

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

Doh Pulut Hitam 50++biji

500 gm tepung Pulut

2-3 sudu tepung Pulut hitam (Beras pulut hitam di kisar dan diayak)

Santan cair/Air (Untuk uli)

Doh Labu 50++biji

500 gm Tepung pulut

500 gm labu (direbus dan dilecek)

Santan cair/Air(Untuk Uli)

Cara-caranya:

1.Masukkan air/santan cair sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan.

2.Ambil inti dan masukkan dalam doh. Bulat-bulatkan. Gris loyang dengan sedikit minyak.

3.Didihkan air panas. Setelah mendidih masukkan doh.

4.Kalau sudah timbul, angkat doh dan terus gaul di dalam dadih santan yang telah dimasak.

5.Bungkus dengan daun pisang yang telah dilayur atas api. Siap.

Dadih santan

200gm kelapa parut (Blend dengan 2 liter air, kemudian tapis)

10 sudu tepung beras

10 sudu tepung jagung

3 helai daun pandan

Garam & Gula secukup rasa

Cara-caranya:

1.Kisar Kelapa dan air.Tapis guna tapis kain.

2.Masukkan tepung beras dan tepung jagung.Tapis sekali lagi guna tapis teh je sebelum pasang api.

3.Masakkan sehingga pekat bersama beberapa helai daun pandai untuk aroma yang wangi.

4.Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula mengikut selera masing-masing.

(Dadih santan kene pndai adjust ye..jangan cair sangat..jangan pekat sangat. Kalau tercair.. bancuh sedikit tepung beras dan air..tapis masukkan dalam dadih. Kalau pekat tambah air panas, masak sampai dadih plupp..plupp..plupp..untuk tahan lama.

Untuk dadih ni saya tak ada sukatan yang betul-betul tepat..ikut seni tangan masing ok..)

Tips:

1.Kacau doh yang dah dimasak dalam santan guna senduk kayu untuk elak doh senang pecah.

2.Buat santan terlebih dahulu sebelum masakkan doh di dalam air. Sebab bila doh dah masak kena terus masukkan dalam santan. Kalalu tidak nanti melekat-lekat.

3.Setelah inti siap dimasakkan.Sejukkan sebentar. Masukkan dalam freeze atas. Setelah agak sejuk dan beku. Keluarkan dan bulat-bulat kan inti. Bekukan semula untuk mudahkan proses masukkan inti ke dalam doh. Tak  melekit-melekit dan kerja jadi cepat.

4.Untuk dapatkan size kuih yang sama besar, saya timbang inti 10gm dan doh 20gm setiap satu. Leceh tapi berbaloi.