Peminat ulam-ulaman mesti berasa teruja bila dihidangkan pegaga, petai, jering dan pelbagai jenis ulaman lain ketika menikmati nasi bersama lauk pauk pilihan. Ketika itu, makan nasi pasti bertambah.
Dalam khusyuk melayan selera, perlu diketahui bahawa terlebih makan jering yang dimakan mentah ada bahayanya.
Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh saintis Dr Suri Roowi untuk peringatan bersama. Pun begitu, Dr Suri Roowi turun memberikan saranan cara bagaimana untuk menikmati jering.
Ini perkongsiannya.
JERING – PERLU LEBIH BERHATI-HATI
Kajian yang dilakukan oleh Saintis Thailand pada tahun 2011 menunjukkan jering juga mempunyai sifat antibakteria dan antifungus
Selain itu, sejak akhir-akhir ini terdapat banyak maklumat yang disebarkan dalam FB/whattsap tentang penggunaan Jering sebagai makanan kesihatan.
Perlu diingat ! Kita perlu lebih berhati-hati sebelum memakan jering dan ianya perlu diperoses terlebih dahulu.
Terdapat kajian menunjukkan jering boleh membantu mengatasi masalah diabetes dan tekanan darah tinggi. Walaubagaimana pun, jering mengandungi asid djenkolic yang boleh memudaratkan jika diambil pada kuantiti tinggi
Bahan ini boleh membentuk kristal tajam dalam saluran kencing, menyebabkan kesakitan dan haematuria (darah dalam urine).
Asid djenkolic dilaporkan hadir pada kadar 20 gram dalam setiap kilogram jering.
Kajian menunjukkan terdapat beberapa teknik untuk menghilangkan @ mengurangkan asid djenkolic dalam jering.
Di antaranya adalah jering perlu
a. direbus beberapa kali sehingga bau hilang
b. direndam dalam air masin selama beberapa jam dan direbus
c. ditanam dalam tanah selama 14 hari sehingga bercambah dan kemudian direbus.
Di Selatan Thailand jering selalu dimakan dengan kari atau dengan makanan panas dan jering perlu direbus terlebih dahulu beberapa kali bersama abuk kayu, daun buluh dan sudu besi. Orang-orang di sini telah menggunakan kaedah ini selama berabad-abad, walaupun sukar untuk menjelaskan fungsi setiap bahan yang digunakan.
Justeru, perlu diperoses sebelum memakannya
dan makan ikut kadarnya
Sumber : Dr Suri Roowi