Buat peminat ulam-ulaman tentu teruja untuk mencuba menu sambal bilis yang dimasak bersama jering. Maklumlah jering ini bukan sahaja sedap dimakan malah kerangupannya apabila digigit menjadikan puas untuk dijamah.
Jadi apa kata anda cuba sediakan resipi seperti mana yang dikongsikan oleh Aisyah Humairah.
Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti cara #dapurpolis jom tengok resepi
Bahan kisar untuk ibu sambal:
(Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat)
20 biji bawang merah
4 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
10 biji lada hijau besar
10 biji lada merah besar
Bahan berikutnya:
Minyak masak @sajimalaysiaofficial secukupnya
Bilis mengikut banyak yang nak
Petai atau jering secukupnya
Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus
Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain)
Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.
Sumber : Aisyah Humairah via MAHN
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club