Buat peminat ulam-ulaman tentu teruja untuk mencuba menu sambal bilis yang dimasak bersama jering. Maklumlah jering ini bukan sahaja sedap dimakan malah kerangupannya apabila digigit menjadikan puas untuk dijamah.
Jadi apa kata anda cuba sediakan resipi seperti mana yang dikongsikan oleh Aisyah Humairah.
Biasa buat Sambal bilis petai kali ni zie buat sambal bilis jering sedap makan dengan nasi panas-panas. Pek kemas dalam bekas kaca dan tutup rapat, tahan hampir sebulan simpan dalam peti cara #dapurpolis jom tengok resepi
Bahan kisar untuk ibu sambal:
(Pastikan kisar separuh hancur je jangan sampai lumat)
20 biji bawang merah
4 biji bawang besar
Ads
6 ulas bawang putih
3 inci halia
3 inci lengkuas
15 biji cili padi hijau
15 biji cili padi merah (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
10 biji lada hijau besar
Ads
10 biji lada merah besar
Bahan berikutnya:
Minyak masak @sajimalaysiaofficial secukupnya
Bilis mengikut banyak yang nak
Petai atau jering secukupnya
Cara-cara:
Ads
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api sedang atau kecil hingga pecah minyak. Pastikan minyak lebih dari bahan kisar dengan ini akan buat sambal tahan lebih lama. Proses menumis agak makan masa hampir satu jam sebab zie guna api kecil. Sesekali kacau untuk elak dari hangus
Sambal dah pecah minyak ambil separuh sambal simpan dalam bekas bersih dah sejuk baru tutup dan Simpan dalam peti. Boleh guna bila-bila masa untuk masak apa-apa jenis lauk (sambal sotong, nasi goreng, ayam goreng sambal, ikan berlada dan lain-lain)
Sambal yang berbaki dalam kuali boleh gaul bersama bilis yang telah digoreng separuh masak dan gaul juga bersama jering atau petai jika suka. Perasakan garam, gula, aji jika perlu kacau sebati. Kalau nak berkuah boleh masukkan sedikit air reneh hingga sebati. siap.
Taugeh antara yang sayuran yang cukup mudah disediakan. Tetapi jika tersimpan lama ia akan cepat berubah warna daripada putih bersih menjadi lebam dan tidak selera pula untuk dimakan.
Hendak dibuang sayang juga, jadi tahukah anda ada cara untuk putihkannya kembali. Nak tahu lanjut, ini perkongsian tip dari saudari Norhaniza Kamaruddin menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Selalu kalau beli taugeh simpan dlm peti ais lebih dua hari mesti dah jadi hitam2 kan??? Saya share petua yang saya amal kan….
hanya letak sekeping asam keping…biar dalam peti ais berendam……nampak baru & rangup jugak…mula2 dulu memang tak percaya…bila dah tengok sendiri..baru la berani share dalam ni…
Kalau petua ni semua org da tahu..sy mintak maaf yemybe sy tertinggal ketapi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila bulan puasa, kurma menjadi pilihan utama kita untuk dinikmati ketika berbuka ataupun bersahur. Bahkan bukan sahaja dimakan begitu sahaja, apabila kurma digabungkan dengan susu akan menjadi minuman yang cukup menyelerakan dan mampu membekalkan tenaga sepanjang kita berpuasa di siang hari.
Menyedari hal itu, ada baiknya kita pastikan seisi keluarga dibekalkan dengan minuman ini sepanjang bulan puasa yang bakal tiba tidak lama lagi. Jadi apa kata anda sediakan stok pati kurma terlebih dahulu. Jadi mudah untuk anda sekeluarga nikmatinya tanpa perlu melakukan proses penyediaan yang lama.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Nadiah Lutfi, “Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu dan sedia untuk minum. Minum ini sahaja pun sudah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa yang sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua,” tulisnya di ruangan kapsyen dan turut berkongsi resipi penyediaan stok pati kurma tersebut.
Selain memudahkan kerja di dapur, kuali jenis tak lekat atau Non Stick ini antara barang kesayangan ibu-ibu. Nak nak lagi jenis yang mahal. Nak dapat bukan senang kan. Harganya boleh tahan juga. Sebab itu, ada yang sangat sayang dan cukup cermat bila guna.
Tetapi, macam mana sayang dan cermat sekali pun, adakalanya dek tangan orang lain, kuali tersebut tercalar. Pasti ibu-ibu sayang sangat nak buang, jadi terus menggunakannya tanpa sedar ia boleh membahayakan kesihatan.
Berikut perkongsian dari Hadihaizil Din sebagai panduan untuk ibu-ibu.
Saya adalah antara penggemar kuali tahan lekat atau kuali non stick yang memudahkan untuk kerja-kerja memasak di dapur. Andai nak goreng telur tak melekat, andai nak sauté bahan-bahan pun mudah.
Namun satu perkara yang perlu kita ambil berat sekiranya kita menggunakan kuali non stick ini, adalah untuk elakkan daripada ianya tercalar. Ya CALAR yang merbahaya.
Calar pada permukaan kuali non stick ini akan menyebabkan lapisan yang digunakan untuk menjadikan permukaan kuali itu tidak melekat akan terdedah ke dalam masakan yang kita ingin masak.
Bermakna, ada bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kita makan, akan bercampur dengan masakan yang kita masak, tanpa kita sedar. Adalah penting untuk kita gunakan peralatan yang sesuai seperti sudip kayu atau sudip yang tidak mencalarkan permukaan kuali ini.
Andai telah tercalar? apa perlu kita buat adalah untuk melupuskan sahaja kuali tersebut walaupun mungkin ianya kuali kesayangan kita. Atau bolehlah buat hiasan di dinding-dinding bukannya untuk digunakan sebagai peralatan memasak.
Jika sebelum ni kita belum tahu, mungkin kita akan terus gunakan, selepas ini, silalah tukar kepada kuali baru. Kesihatan kita lebih berharga. Rugi kiranya kita sediakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk memasak, tetapi kesudahannya menggunakan kuali yang berbahaya.
6 Tip Guna Kuali Non Stick
Untuk elakkan kuali non stick daripada calar balar mahupun rosak permukaannya dan tahan lebih lama, sebenarnya mak-mak boleh ikut 6 tip ini.
1. Jangan Biar Kuali Terbiar Panas
Sebaik meletakkan kuali diatas dapur, tuang minyak dengan segera dan jangan biarkan kuali panas sehingga berasap. Ini kerana jika kuali non stick dibiarkan panas begitu, ia akan menghasilkan toksik yang boleh membahayakan kesihatan.
Menurut Professor Robert L. Wolke, dari University of Pittsburgh kuali non-stick selamat digunakan selagi ia tidak dibiarkan terlalu panas.
2. Masak Guna Api Sederhana
Gunakan api perlahan atau api sederhana jika menggunakan kuali jenis ini. Elakkan menggunakan api besar dan masak dalam jangka masa yang lama. Pastikan suhu kuali anggaran dibawah 500C bagi mengelakkan lapisan non stick yang menyadur kuali rosak.
3. Jangan Keringkan Air Dalam Kuali
Jangan biarkan air dalam kuali tersejat ketika panaskan kuali. Sebaiknya selepas kuali dicuci, lap menggunakan kain lembut bagi mengeringkan air didalam kuali tersebut.
4. Elak Guna Peralatan Logam
Perlu tahu satu ‘kepantangan’ bagi kuali jenis non stick ini menggunakan senduk, sudip atau sudu sekalipun yang diperbuat daripada logam. Ini kerana bila bergesel, ia akan menghakis permukaan kuali dan mengakibatkan kuali bercalar. Sebaiknya gunalah alatan memasak yang diperbuat daripada kayu atau plastik tahan panas.
5. Cuci Guna Span Lembut
Salah satu kelebihan kuali non stick ialah ia cukup mudah dicuci tak perlu disental dengan kasar. Memadai menggosok perlahan permukaan kuali dengan span lembut, kotoran cukup mudah ditanggalkan. Jangan sesekali menggunakan berus dawai besi pulak iya!Rosak kuali nanti.
6. Elak Susun Secara Berlapis
Sewaktu mahu menyimpan kuali jenis ini, elakkan daripada menyusun kuali non stick ini secara bertindan-tindan atau berlapis-lapis. Sebaiknya gantung atau biarkan tanpa ada benda lain yang disusun diatasnya.Jika mahu susun berlapis juga, pastikan alas dahulu permukaan kuali dengan tuala lembut atau apa-apa sahaja lapi agar permukaan non sticknya tidak tercalar.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Hadihaizil Din & Petua Ibu (Facebook)
Salah satu punca kuali jenis non stick ini cepat rosak kerana cara kita membersihkannya salah, disini kami kongsikan cara untuk anda bersihkan kerak dari kuali non stick yang boleh menjamin hayat kuali tu lebih lama lagi:
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.