
Buat pengemar orkid dan baru berjinak-jinak nak mencuba menanam dan menjaga pokok bunga ini di halalaman rumah, bolehlah dicuba tip dan petua yang dikongsikan oleh salah seorang peminat tanaman orkid ini.
Disenaraikan ada 6 tip semuanya yang perlu dilakukan untuk pastikan bunga orkid yang hendak ditanamn segar bugar dan berbunga cantik. Untuk itu, jom semak satu persatu.
TIPS PENJAGAAN POKOK BUNGA ORKID
TIPS 1-Bagi orkid yang jenis memanjat atau epifit, arang adalah medium yang sesuai. Sebelum menanam, pecahan arang perlulah direndam semalaman utk menghilangkan garam yang biasanya terdapat di dalam kayu bakau.
TIPS 2– Batang pokok paku pakis gajah digunakan untuk tanaman orkid yang tergantung. Ia mampu menyimpan air dalam jangka masa yang lama.
TIPS 3– Gunakan baja organik untuk menguatkan akar-akar orkid dan ia memberi tumbesaran yang baik.
TIPS 4- Jika bunga mula nampak layu, segera cantas atau potong untuk mengalakkan pertumbuhan tunas baru. Guna gunting yang tajam dan bersih untuk mengelak penyakit
TIPS 5– Siram pokok orkid pada waktu pagi dan petang, tidak perlu berlebihan. Sekadar medium lembab. Lebih mudah jika siram menggunakan sprayer. Jangan siram pada lewat petang, dikhuatiri air akan bertakung dlm daun dan akan menyebabkan daun dan batang menjadi lembik.
TIPS 6– Pengudaraan dan pencahayaan juga sangat penting. Ia sesuai ditanam diluar halaman rumah yang teduh dan berangin.
sumber : Ain Hasan Via KGTTS
Rahsia Limau Kasturi Batik berbuah Lebat, Guna Kulit Pisang Je. Wanita Ni Kongsikan Tip Dari Ibunya!

Rasanya yang masam manis apabila dimasukkan ke dalam air minuman atau makanan lain menambahkan rasa enak.
Biasanya kalau nak guna kita beli je di kedai, apa kata cuba tanam sendiri. Sebenarnya caranya tak susah.
Menurut Siti Azuna Abu Bakar ibunya menggunakan kulit pisang sebagai petua untuk membolehkan buah limau tidak berhenti berbuah.
“Limau kasturi batik mak di kampung tak berhenti berbuah. Petua mak: kulit pisang sekurang-kurangnya sebulan sekali. Tapi kena kambus dengan tanah la. Biar terdedah risau jadi habuan tikus. Kalau rajin kami blend & jirus terus.
“Sekarang kulit bawang, pisang, kulit telur, lebihan sayur semua mak campak kat pokok2 dia. Kalau rajin mak blend dulu. Selalunya campak seketui2 mcm tu jugak.
Melihatkan keunikan corak pada pokok limau tersebut, Siti Azuna menjelaskan pokok tersebut dibeli dari nursery kerana nampak lain dari limau kasturi biasa. Malah dia beranggapan pokok tersebut adalah dari spesis pokok kahwin juga.
Namun, rasanya tetap sama dengan limau kasturi biasa. Hanya warna pada buah dan daun sahaja yang berbeza. Kulit jenis ni agak tebal berbanding yang biasa.
Limau kasturi turut membantu bagi masalah tersebut:
1. Batuk
Ambil limau, kicap dan garam. Minum setiap pagi dan malam secara teratur. Lama-kelamaan batuk akan beransur pulih.
2 . Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau kasturi. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan basahkan kain pada air rebusan lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3 . Pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
4 . Lelah
Ambil sesudu madu, kemudian campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Amalkan cara ini seminggu sekali.
5. Kegemukan
Perahan limau kasturi yang di campur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
6. Kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau kasturi. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
7 . Kepala Berbau
Ambil beberapa biji limau kasturi dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kulit kepala.
Sumber : Petua Ibu
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jangan Manjakan Anak Lelaki Dengan Dua Perkara Ini Sebelum Umur 17 Tahun! Kalau Tidak Susah Nak Undur

Jangan manjakan anak lelaki dengan dua perkara ini iaitu telefon dan motor sebelum umur 17 tahun! Kalau tidak susah nak undur. Memang mereka akan ‘ketagih’ nak main motor atau main chat, selfie dan sebagainya. Hakikatnya, inilah cabaranya apabila bergelar ibu bapa dalam membentuk keluarga yang aspirasi dunia dan akhirat.
Memang tidak dinafikan, ibu bapa tak boleh lari dari buat kesilapan apabila mendidik anak. Cara mendidik anak lelaki agak berbeza dengan cara mendidik anak perempuan. Mana tidaknya, anak lelaki dan anak perempuan mempunyai personaliti yang berbeza.
Cabaran dalam mendidik anak yang semakin meningkat remaja apabila mereka mempunyai pandangan tersendiri dan faktor persekitaran yang boleh mempengaruhinya.
Namun, sebagai ibu bapa, kita tidak harus membiarkan anak tersilap langkah bagi hala tuju hidupnya. Perkongsian di laman facebooknya, Ashikin Hashim Pengetua Genius Aulad Saujana Utama, diharap menjadi ikhtibar dalam mendidik anak.
Beberapa hari ini perbualan kami hanya berkisar tentang pelajar tahfiz Ittifaqiyyah sahaja sama seperti anda juga. Wafi dan adik-adik pun turut sedih. Bila tahu tentang berita terbaru, lagi sedih.
Semua turut bersedih. Marah. Kecewa. Tak perlu maki mak ayah mereka. Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Biar undang-undang yang mengadili.
Kita perkasakan akhlaq kita dan anak kita. Tugas kita makin berat. Amanah kita maha hebat.
Antara yang saya selalu pasak pada anak-anak: (ini apa yang kami praktik. Lain sekolah lain ajarannya. Saya hanya berkongsi sahaja)
1. Solat, solat, solat!
2. Hati-hati pilih kawan. Sebelum anak pilih kawan baik, jadikan anak-anak kita tu kawan baik kita dahulu.
3. Jangan sekali-kali mencuba hisap ROKOK! Kalau dah start hisap rokok masa sekolah, mana nak cari duit? Nak kerja? Nak mencuri? Inilah ‘bunga-bunga’ laknat yang ‘membunuh’ anak-anak kita. Saya selalu sebut pada anak-anak, Abi tak hisap rokok jadi jangan hisap rokok. Please! Ummi serious!
4. Selagi belum habis sekolah iaitu umur 17 tahun, usah sekali-kali berani minta motor atau lesen motor dari Ummi dan Abi. Ramai anak yang dah ‘kawan baik’ dengan motor. Duit minyak minta siapa? Nak betulkan motor rosak cari duit dari mana? Ini juga ‘bunga’ laknat yang tak bawa faedah langsung pada anak-anak. Malu ke nak naik bas pergi sekolah? Jalan kaki? Naik basikal? Sorry to say kita terlalu manjakan anak dengan beri mereka motor bukan pada masanya.
5. Tiada lagi keperluan untuk memiliki telefon sendiri buat masa ini. Kesian kat anak sebab nak call kita susah? Untuk apa call? Masa bila nak call? Sepenting mana nak call? Sekali lagi, BELUM TIBA MASANYA. Once mereka dah terpengaruh dengan We Chat ke, segala macam aplikasi, susah nak undur.
Saya lihat 2 benda ini yang amat beri pengaruh besar kepada anak lelaki – MOTOR dan ROKOK.
Anak-anak 0 -17 tahun sepatutnya lebih banyak masa bersama keluarga daripada masa bersama motor, rokok dan kawan.
Bagi kami, biarlah kita marah sekarang saat berulang kali suruh anak solat tanpa jemu, biarlah berbuih mulut minta anak pandai pilih kawan, biarlah penat menjadi kawan kepada anak walau kita penat bekerja di siangnya, biarlah kita menangis dalam hati saat anak meronta mahu dibelikan motor tika masih belum layak memilikinya, biarlah anak kuno sekarang saat diminta-minta beli handphone. Tapi jangan sekali-kali kita rasa penat dalam mendidik mereka.

Perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu kami lalui. Maafkan Ummi dan Abi sebab banyak larangan kami.
Berkali juga sebut pada anak-anak, berikanlah Ummi dan Abi peluang sekurangnya 17 tahun untuk kami ‘pegang’ kamu. Selepas itu kami yakin kamu matang untuk memilih.
Jika terjumpa anak-anak kami berbuat onar di luar, meletak adab di tapak kaki, segera beritahu kami.
Kepada guru-guru kepada anak-anak kami, didiklah anak-anak kami bukan hanya cemerlang akademiknya tapi juga akhlaqnya.
Al-Fatihah buat kesekian kalinya untuk anakanda pelajar Tahfiz Ittifaqiyyah. Kalian sudah berbahagia di sana. Kami di sini masih berduka.
Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama
*ini adalah hasil penulisan dan perkongsian saya, Ashikin Hashim. Sebarlah sebanyak mana pun namun saya harap anda berkongsilah dengan cara beretika dengan menekan butang share sahaja. Jika anda copy & paste dan mahu kongsi di Whatsapp grup anda, pastikan anda copy keseluruhan status ini tanpa menukar atau menambah mana-mana bahagian. Hargai dan hormati penulisan orang lain. Terima kasih
Hilangkan Bintik Hitam Di wajah Dengan Ubat Gigi & Serbuk Penaik. Wow, Cukup Mudah Caranya!


