Peminat Biskut Kelapa Sejak Dulu Hingga Kini, Pasti Tak Akan Lupa Keenakan Rasanya. Nak Buat Sendiri Ni Resipinya!

Share

Sebut sahaja biskut kelapa tentu sudah ada yang mengimbau kenangan zaman kecil bila menikmati biskut yang enak ini di hari raya. Boleh dikatakan biskut kelapa menjadi antara menu biskut yang cukup digemari ramai. Lazimnya, biskut kelapa ini diterap dengan bentuk bulan sabit, bulat atau corak bunga sekali gus menjadikan biskut ini nampak unik dan tersendiri.

Pun begitu, biskut kelapa mungkin tidak lagi dikenali oleh  generasi anak-anak masa kini  dek kerana banyak pilihan biskut berasaskan coklat dan kekacang yang digemari oleh mereka.

Biar pun begitu, tidak dinafikan biskut kelapa ini masih ada peminatnya yang tersendiri dan untuk anda yang ingin mencuba untuk menyediakan sendiri boleh lah mencuba resipi yang dikongsikan oleh Yati Yati.

 

Resepi biskut kelapa
1 cawan Planta / marjerin/butter
1 biji Telur
1 cawan Gula
1 cawan Tepung gandum
3 cawan tepung jagung
2 cawan kelapa kering( digoreng/sangai) dibiarkan sejuk dulu baru campur dalam adunan

Cara Membuatnya :

1. Gula + planta + telur kacau bagi sebati
2. Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dan kelapa kering ..adun sampai sebati.. 3. Terap dengan bentuk yang disukai dan atasnya sapu kuning telur dan tabur kelapa kering yang diwarnakan.Bakar suhu 160 ikut oven masing2 ye.. Selama lebih kurang 20 minit

Sumber : Yati Yati via MAHN

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club