
Kalau diikutkan mungkin jarang sekali untuk kita perlu membuka botol memandangkan kebanyakan produk seperti kicap, sos tiram dan sebagainya direka dengan bukaan penutup yang lebih mudah tanpa perlu menggunakan alatan. Jadi tidak hairanlah ada sebahagiannya tidak mempunyai alat pembuka botol yang khusus di rumah.
Pun begitu sekiranya anda perlu membuka penutup botol untuk produk-produk tertentu, usah bimbang. Sebenarnya anda juga boleh gunakan gunting menyiang ikan yang sedia ada di rumah. Kaedah ini sebagai mana yang telah dikongsikan oleh Nurul Saedatul Manzili.
Ini perkongsiannya.
Mungkin ramai dah tau dan ada gunting ni kat rumah. Tapi mungkin ramai masih tak tau juga. Kalau pembuka botol sedia ada hilang atau memgang tiada, boleh je pakai gunting siang ikan ni.
Langkah-langkahnya:
1. Gunting bahagian bukak penutup botol. Gunakan gunting yang mempunyai bentuk begini.
2. Kemudian cungkil penutup botol seperti ini.
3. Siap.
Boleh juga beli pembuka botol yang comel atau gunting di sini untuk memudahkan anda.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Suka Makan Pulut Durian? Wanita Ni Kongsi Resipi Asli Cara Selatan Thai!

Pulut Durian begitu sinonim sebagai salah satu menu manisan istimewa di negara Thailand. Keenakan rasanya yang berlemak digandingkan pula bersama manisnya mangga mahu pun durian, memberi rasa yang sukar digambarkan. Malah melihat sahaja menu ini terhidang di atas meja, sudah mampu membuatkan penggemarnya kecur liur untuk menikmatinya. Inilah penangan hebat Pulut Durian/Mangga!
Lantaran itu, tidak hairanlah terdapat beberapa restoran menyajikan pilihan menu ini kepada pelanggannya. Pun begitu, terkadang rasanya tidak sama dengan apa yang kita harapkan. Bila ini berlaku, pastinya cukup menghampakan.
Jadi apa kata anda sendiri sediakan untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta. Perkongsian resipi Zalina Yahaya di dalam fbnya pasti akan mampu membuatkan anda berpuas hati dengan rasa Pulut Durian/Mangga yang anda idam-idamkan. Asli dari Selatan Thai!
PULUT DURIAN
(Resepi asli Selatan Thai)
Bahan-bahan :
500 gm pulut
Cara Penyediaan:
- Rendam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman. Cari pulut yang berkualiti tinggi. sapa yang dok area Selatan Thai boleh cari pulut yang recomend ni. Yang dok berhampiran Tambak Johor, guna je lah pulut apa yang ada. Terbaik ialah pulut susu.
2. Dah rendam, basuh dan tapis. Masukkan ke dalam pengukus. Cucukkan dengan jari kat lubang pengukus supaya wap keluar.
3. Sementara tu didihkan air kukusan. Letakkan daun pandan untuk bagi wangi pulut.
4. Kukus guna api kuat anggaran 30 hingga 45 minit.
5. Selepas 30 minit kalau pulut masih keras, renjiskan dengan 3/4 cawan air atas pulut. Sambung kukus.
6. Selepas pulut masak, masa tengah panas-panas berasap pindahkan ke dalam mangkuk besar dan terus tuang campuran santan (250 santan segar, pekat 5 gm garam & 15 gm gula)
“Okeh…bab santan ni ada dua versi. Kalau anda nak tahan lama pulut itu masak sekejap sehingga mendidih sekali dua. Tetapi kalau anda nak pulut yang cantik dan berkilat tak perlu masak. Tuang terus dan kacau bersama pulut. Lemak santan tu bila dikacau bersama pulut panas akan menghasilkan kilauan emas bak permata…hah..gittewww. Pulut yang diadun dengan santan yang tak dimasak ni akan tahan dalam 12 jam. Ok la kan…silap-silap selepas sejam selesai masuk perut.”
[su_highlight background=”#dad5c0″ color=”#d41929″]TIP[/su_highlight]
Ok masa mencampurkan santan dan pulut ni janganlah dituang sekali gus. Tuang sikit demi sikit. Buat dalam anggaran 6 kali tuangan. Setiap kali tuang, kacau. Barulah pulut cantik.
7. Lepas tu harap bersabar. Jangan makan lagi. Tutup dan biar sekurang kurangnya setengah jam. Tak perlu kukus balik. Tetapi ada yang kukus balik. Terpulang pada anda.
8. Untuk mengisi masa lapang tu pergi lah kupas durian. Kupas pelam.
“Kalau ikut keluarga saya, kalau kami makan pulut durian ni macam ni saja. Just pulut dan durian. Tapi orang Thai, depa juga makan dengan kuah santan.”
Cara buat kuah santan ni senang saja
250 gm santan segar pekat
250 gm air
5 gm garam
15 gm gula
25 gm tepung beras
Campur semua sekali, didihkan. Siap. Boleh makan dengan gembira sekali.
Info :
500 gm pulut sesuai untuk makan 8 hingga 10 orang.
4 Pesanan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Perlu Ibu Bapa Praktis Jika Mahu Anak Dengar Kata.

Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Tip Kuey Teow Dimasak Elok Tak Lembik, Ada Caranya Kena Ikut. Confirm Menjadi!

Menyediakan menu kuey teow goreng walaupun ringkas, namun ada sahaja sesetengahnya masak tak menjadi.
Ada yang hidangan kuey teow terlihat kembang dan lembik, malah banyak yang putus-putus hingga hampir hancur jadinya.
Namun ada juga yang pakar menyediakan menu ini dan ternyata menjadikan hidangan nampak begitu menyelerakan.
Jadi buat anda yang ingin tahu apa rahsia untuk menyediakan menu kuey teow yang sempurna bentuknya, di sini dikongsikan tipsnya. Jom semak.
Dah a few times nampak ahli grp ni menghadapi crisis mengoreng Kuewtiaw.
Di sini i share basic tips utk selamatkan keadaan ye…
1) Ktiew is not friendly to water. Jadi,..
a) Jangan basuh lama2. Bila basuh pastikan ianya ditos kering cepat2
b) basuh pakai air paip je. Bukan dgn air panas
c) membasuh Ktiaw is a preference. Setengah org buat. Some dont. Saya prefer basuh, utk asingkan Ktiaw 1-1. Tak suka yg melekat.
2) Bila mengoreng, Ktiaw is very friendly dgn minyak . So sila boh minyak lebih sikit.
3)Nak penang style boh lah sedikit minyak bijan. Sikit je coz minyak bijan bau nye kuat.
4) Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh or tomato/chili sauce. Remember, Ktiaw is Not friendly dgn air
5) Tambah air only if you nak buat
Char Ktiaw Banjir.
6) Kalau nak tambah telur, pastikan telur tu goreng kering sikit b4 digaulkan/kacau dgn Ktiaw yg sedang digoreng tu.
Ok ni je lah tips. Hope this will reduce incident-incident Ktiaw goreng kembang.
sumber : Yurni Emilia