Pemberian Vaksin Covid-19 Untuk Anak Berumur Lima Hingga 12 Tahun Bermula Februari!

Share

Sebagai ibu bapa, tentunya sedikit sebanyak timbul juga perasaan bimbang dan takut mengenai kesihatan anak-anak pada masa kini. Apatah lagi dari varian Alpha, Beta, Gamma, Delta dan Lambda, Omicron dan sebagainya seakan menjadikan Covid-19 terus ‘mengganas’.

Meskipun seakan kita berjaya mengawal pandemik ini dari segi kes jangkitan, kes kematian, kes kemasukan ke hospital, kita juga dipersiapkan untuk menerima hakikat bahawa Covid-19 akan menjadi endemik dan kita semua akan hidup bersama dengan virus ini.

Mengambil langkah keselamatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan akan melaksanakan pemberian vaksin Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun bermula Februari ini.

Ini sebagaimana memetik laporan berita Sinar Harian.

Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.

“Formulasi vaksin Covid-19 Comirnaty akan digunakan dalam program ini dan formulasi khas untuk kanak-kanak dibekalkan di dalam bebuli 10 dos dan perlu dicampur dengan 1.3 mililiter larutan garam biasa.

“Setiap dos yang diberikan adalah 0.2 mililiter dan mengandungi 10mcg vaksin mRNA. Dos ini merupakan satu pertiga daripada dos yang digunakan di dalam dos dewasa,” katanya ketika sidang akhbar di bangunan Parlimen pada Khamis.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, program vaksinasi kanak-kanak memerlukan dua suntikan dos dengan sela masa lapan minggu selepas dos pertama.

Katanya, berdasarkan data terkini yang diperolehi, sela masa yang diberikan antara dua dos itu akan memberi kesan tindak balas imuniti dan kadar keberkesanan lebih tinggi serta berpotensi memberikan perlindungan yang lebih lama.

“Selain itu, data ini juga menunjukkan sela masa tersebut mampu mengurangkan risiko miokarditis dan telah disyorkan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia termasuk United Kingdom, Kanada dan Australia.

“Berdasarkan data, maklumat dan pandangan Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) dan panel penulis Garis Panduan Klinikal Vaksinasi Covid-19 Kanak-Kanak, KKM akan melaksanakan pemberian vaksin ini sebaik vaksin Pfizer (kanak-kanak) tiba di Malaysia mulai 31 Januari ini,” katanya.

Khairy memaklumkan, program pemberian vaksinasi kanak-kanak itu akan bermula pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Katanya, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari ini dan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

Jom saksikan video menarik Cabaran Pegang Ular, Berani Ke? dari adik-adik BK kita ni.

 

Tonton juga video ini, rasa-rasanya apa yang menarik jika kita shopping di beberapa kedai yang dianggap ‘kedai saka’ ni ye?

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

LAGI ARTIKEL MENARIK :15 Minit Jaraknya, Anak Kembar Sepasang Ni Dilahirkan Lain Bulan & Lain Tahun!

Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.

Lagi video menarik!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club