Pemberian wang bantuan sumbangan atau Bantuan Awal Persekolahan 2025 (BAP) yang sudah mula diedarkan di seluruh negara membuatkan ibu bapa menarik nafas lega.
Ramai ibu bapa yang meluahkan rasa syukur mereka di media social, lebih-lebih kerana pemberian pada waktu yang bertepatan agar persiapan untuk perbelanjaan anak sekolah boleh dilakukan lebih awal.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai ia pastinya cukup melegakan.
Dengan perbelanjaan dan kelengkapan sekolah yang semakin meningkat harganya, ia pastinya amat membantu ibu bapa mempersiapkan segala kelengkapan.
“Macam ni barulah betul, bagi awal sebelum buka sekolah. Jadi mak ayah ada masa nak bawak anak-anak pergi beli keperluan sekolah apa semua.”
“Alhamdulillah 3 anak bersekolah. Dapat la beli pakaian sekolah masing-masing. Tinggal sediakan duit buku je nanti.”
“RM150 bolehlah membantu untuk membuat persiapan anak-anak.”
Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 diteruskan dan kerajaan memperuntukkan lebih RM180 juta untuk memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal.