Pembelian Awal Vaksin Covid-19, Harga Dianggar RM21-RM83 Untuk Seorang-Khairy Jamaluddin

Share

Peningkatan angka kes Covid-19 di negara ketika ini kian dilihat ada pasang surutnya. Hal ini turut merunsingkan hati, bimbang andai ada ahli keluarga kita pula menjadi mangsa. Kalau boleh, biarlah ada vaksin ditemui segera.

Gambar hiasan

Menyentuh tentang perihal vaksin dan sebagai memetik laporan daripada Astro Awani berkenaan indikatif harga vaksin Covid-19, dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang.

Berkaitan vaksin ini juga, menurut
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, negara turut ditawarkan beberapa jenis vaksin ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.

“Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

Gambar hiasan

“Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,” katanya seperti memetik daripada laporan Astro Awani.

Tambahnya lagi, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.

Bagaimanapun jelas Khairy, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.

Kerajaan tambahnya, mempunyai strategi dalam mendapatkan vaksin COVID-19 termasuk rundingan bersama syarikat farmaseutikal mengenai pembangunan vaksin.

Malah Malaysia sedang dalam perbincangan bagi menyertai pelan peruntukan vaksin COVID-19 global (COVAX) oleh Pakatan Vaksin Global (GAVI).

Sumber : Astro Awani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club