Murah, mudah dan boleh dibeli secara borong menyebabkan rakyat Malaysia gemar melayari laman sesawang e-dagang China bagi membeli produk kegunaan harian mereka termasuk makanan.
Malah kebanyakan peniaga tempatan juga gemar menjadikan produk daripada republik itu sebagai sumber perniagaan.
Namun yang menjadi kebimbangan masyarakat terutama umat Islam, adakah produk khususnya makanan yang dibawa masuk dan dijual secara langsung itu mempunyai pengesahan atau sijil halal?
Tampil menjelaskan situasi yang sering berlaku, Cikgu Samm yang juga TikToker terkenal dengan konsep pembelian borong dari China menyatakan bahawa konsep halal di negara republik itu tidak sama seperti di Malaysia.
Menurutnya, Malaysia mempunyai badan pengawal yang dikenali sebagai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang bertindak memperkasa penggubalan, penyeragaman, perundangan Islam selain menjadi badan yang mengeluarkan sijil halal.
“Konsep halal bukan tertakluk kepada makanan tetapi penggunaan barang harian, skin care, kosmetik, perkhidmatan dan banyak lagi.
“Untuk pengetahuan anda, selain daripada raw material, ia juga merangkumi pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengendalian dan banyak proses lagi.
“Manakala di China, halal hanya tertakluk kepada food of meat, susu dan minyak yang boleh dimakan,” jelasnya sambil menambah tidak ada satu badan rasmi yang menjaga keseragaman halal dalam kalangan muslim di negara tersebut.
Tambahnya lagi, kilang China yang ingin memohon sijil halal perlu merujuk kepada jabatan keagamaan tempatan atau dikenali local religious affair.
Ads
Pun begitu, tiada keseragaman dalam halal kerana kesemua keputusan tertakluk kepada undang-undang ataupun perundangan pada jabatan tempatan masing-masing.
Justeru, dia turut mempersoalkan para peniaga yang sewenangnya menjual produk makanan dari China tanpa mengetahui status halal.
“Adakah produk yang dijual itu mempunyai halal dari China, jika ada boleh tunjuk logo atau pengesahan halal yang dinyatakan?
“Sekiranya ada, adakah Jakim telah endorsed dan adakah anda (peniaga) boleh membaca bahasa Cina yang terdapat pada produk.
“Kalau tidak boleh membaca, tidak mempunyai halal mahupun endorsement daripada Jakim, bagaimana anda boleh menjual dan suruh rakyat Malaysia terutama umat Islam untuk membeli dengan menyatakan ia halal, selamat,” ajunya.
Ads
Melihatkan lambakan produk dan barangan dari China yang memenuhi pasaran tempatan, Cikgu Samm menasihati para pembeli di sosial media agar menjadi lebih peka dengan isu halal terutama makanan.
Malah katanya, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk peka tentang isu makanan halal pada masa sama menjaga standard halal di Malaysia.
Seorang pelajar tahun 5 di Tanah Merah, Kelantan mendakwa dirinya mengalami retak lutut selepas di denda ketuk ketampi daripada gurunya sebanyak 30 kali.
Kejadian itu menyebabkan pelajar lelaki tersebut trauma dan takut untuk kembali ke sekolah walaupun pihak sekolah telah membuat permohonan maaf kepada pelajar tersebut.
Ibu mangsa yang dikenali sebagai Azlina, 36, berkata anak ketiganya itu sememangnya pernah mengalami keretakan di lutut selepas jatuh semasa bermain bola sepak tiga bulan lalu.
Disebabkan kecederaan itu, doktor menasihatkan agar anak lelakinya itu tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal yang melampau untuk menjaga kesihatannya itu.
Dia selalu terlepas beberapa kelas di sekolah disebabkan kecederaan dirinya. Saya juga sudah maklumkan keadaan itu kepada cikgu-cikgunya.
Difahamkan, anaknya bersama beberapa pelajar lain dipanggil untuk dikenakan denda ketuk ketampi sebanyak 30 kali kerana tidak hadir ke sekolah.
“Anak saya tidak hadir ke sekolah pada 8 Januari lalu kerana mengalami cirit-birit. Saya sudah maklumkan hal berkenaan di dalam group WhatsApp yang dianggotai oleh guru-guru.”
Azlina menegaskan lagi bahawa keluarganya tidak mahu membesarkan isu tersebut namun laporan polis tetap akan dilakukan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Jika sebelum ini, kita melihat suami kepada pelakon terkenal Emma Maembong sebagai seorang yang serius, ternyata ianya silap.
Menerusi perkongsian di TikTok @themariposa7, suaminya Emma telah meniru cara percakapan serta gaya Emma berjalan.
Di dalam video tersebut, Shazli telah melakonkan semula beberapa babak yang selalu dilakukan Emma dalam kehidupan seharian seperti mendukung anak, pergi ke salon rambut, makan telur separuh masak dan memesan makanan dengan keluhan sama yang Emma sering lakukan.
Ingatkan hanya Emma Maembong sahaja yang pandai berlakon, rupanya suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar pun turut memiliki bakat yang sama.
Alangkah gembiranya hati setiap pasangan suami isteri apabila disahkan bakal bergelar ibu dan bapa tidak lama lagi. Terutamanya si bakal ibu yang akan merasai satu pengalaman baru, perbezaan terhadap bentuk badannya, merasai denyut nadi si anak dan melihat sendiri gerakan-gerakan kecil si comel di dalam perut.
Sudah pasti setiap pasangan ibu bapa mahukan anak yang dilahirkan kelak sihat, riang, soleh, bijak dan comel. Sebagai umat Islam, berikut adalah surah-surah untuk ibu mengandung amalkan sepanjang proses kehamilan supaya mendapat bayi yang seperti kita inginkan.
1. Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.
2. Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
3. Surah At-Taubah
Untuk membersihkan jiwa dan memelihara daripada maksiat.
4. Surah Yusuf
Agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.
5. Surah Al-Fatihah, 3 Qul Iaitu Surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq, Ayat Kursi
Bacakan kepada kandungan setiap malam sebelum tidur agar kandungan dilindungi.
6. Surah Yaasin
Untuk ketenangan jiwa dan semoga anak tak mudah terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Surah Al-Hujurat
Sebagai doa untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
8. Surah Luqman
Agar memperolehi anak yang cerdik akal dan terang hati.
9. Surah Al-Nahl (Ayat 78)
Agar anak yang dilahirkan bersikap rajin dan berdisiplin.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...