Umum mengetahui, harga barangan dan makanan semakin meningkat naik sejak beberapa tahun ini. Oleh yang demikian, sukar untuk kita mendapatkan harga makanan yang murah.
Jika ada yang dijual murah, namun portion makanan hanya dapat diberi sedikit sesuai dengan kos yang dikeluarkan oleh peniaga.
Namun ada jual pembeli yang tidak memahami situasi ini dan menganggap peniaga kedekut kerana menjual makanan dengan portion yang sedikit.
Jika harganya melambung, mungkin ada yang menganggap peniaga ‘cekik darah’.
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang peniaga nasi lemak telah berkongsi momen di mana terdapat seorang pembeli yang membeli nasi lemak yang dijualnya.
Menerusi perkongsiannya pada laman TikTok @nisya126, pada awal video pembeli tersebut telah meminta untuk menambah lebih banyak telur rebus, kacang, ikan bilis daripada hidangan nasi lemak biasa.
Bukan itu sahaja, pembeli ini turut meminta tambahan sambal pada nasi lemak beliau.
Penjual yang sekadar mengikut arahan penjual tersebut seusai selesai membungkus nasi lemak tersebut telah memaklumkan nasi lemak yang diminta beserta tambahan lauk hanyalah sebanyak RM2.50. Tambahan 50 sen daripada harga asal.
Walau bagaimanapun, segalanya berubah apabila pembeli tersebut seolah menaikkan suara serta meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara terpaksa membayar lebih.
Malah, pembeli tersebut turut mendakwa beliau sekadar meminta tambahan sedikit sahaja. Penjual nasi lemak tersebut nampaknya terpaksa akur serta bersetuju hanya RM2 dikenakan bagi nasi lemak tersebut.
Pembeli tersebut seterusnya sekali lagi mengundang masalah apabila memaklumkan hanya setuju membayar sekiranya dibenarkan untuk membayar secara online gara-gara tidak mempunyai wang tunai.
@nisya126 Ragam customer,Sabar lah hati😰#tyscrr #nisya06 ♬ bunyi asal – Nisya Kanwal🌹
Video berakhir apabila pembeli tersebut seolah menghempas semula bungkusan nasi lemak yang sudah dipegang kepada penjual tersebut lantas memaklumkan tidak jadi untuk membelinya hanya kerana tidak berpeluang membayar secara online.
Perkongsian yang dibuat secara tidak langsung telah membuat para netizen berang dengan sikap yang ditunjukkan pembeli tersebut.
Malah, para netizen berpendapat harga yang lebih tinggi patut dikenakan berbanding tambahan 50 sen yang dikenakan melihat kepada tambahan lauk yang dibuat.
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club