
Corak pembelajaran anak-anak kita jika dilihat turut berubah dan terkesan apabila perlaksaan PKP semenjak 18 Mac yang lalu.Anak-anak tidak dapat pergi ke sekolah untuk belajar seperti biasa.
Pun begitu, usaha guru-guru harus diberi pujian. Walau anak murid berada di rumah, namun tetap juga menunjukkan kegigihan untuk mengajar dan mendidik bahkan memberikan latihan melalui Google Classroom.
Dan siapa sangka, betapa aktifnya para guru-guru Malaysia hingga menempatkan negara di tahap ke dua dalam statistik medium tersebut.
Hal ini dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh.
Saat banyak tuduhan dilemparkan pada golongan guru sampai ada yang minta gaji cikgu dipotong, duduk saja dan sebagainya, statistik pula menunjukkan sebaliknya.
Ini fakta. Ini statistik. Ini adalah usaha sebenar guru-guru di Malaysia yang ramai orang tidak nampak. Namun statistik tidak menipu.
Nombor dua dari lebih 200 negara. Nombor dua bang, bukan dua puluh, bukan dua ratus.
Kita mengalahkan banyak negara-negara moden dan lebih maju dari kita. Kita mengalahkan negara yang kononnya memiliki kemajuan paling pesat, teknologi paling canggih dan hebat.
Kita berada di tangga ke-dua paling aktif menggunakan Google Classroom untuk sesi pembelajaran semasa tempoh satu dunia tengah darurat ini.
Tahniah semua guru-guru di Malaysia. Kalian insan hebat.
Biarkan orang terus berkata. Biarkan segelintir terus mencerca. Kita terus berkongsi ilmu tanpa jemu. Kita terus berbakti tanpa henti.
Saya bangga menjadi salah seorang guru diantara lebih 400,000 guru di Malaysia.
Sumber : Mohd Fadli Salleh
Tak Harap Duit, Waris Pembikin Lagu ‘Negaraku’ Mahu Nama Bapa Diikhtiraf

Negaraku, lagu kebangsaan yang sering berkumandang setiap kali acara rasmi atau tidak rasmi berlangsung. Lagu tersebut melambangkan jati diri dan kebanggaan rakyat Malaysia. Satu yang menjadi persoalan, siapakah penulis lagu ini?
Sesudah lebih 46 tahun ketiadaannya, barangkali ramai yang tidak mengetahui Allahyarham Saiful Bahri Elyas hanya pernah menerima ganjaran wang RM1,000 di atas sumbangannya mencipta lagu kebangsaan, Negaraku.
Bahkan, waris Saiful Bahri juga tidak dapat menuntut royalti lagu Negaraku itu yang sudah menjadi hak kekal negara dan disebabkan Allahyarham sudah mengambil ganjaran wang berkenaan.
Anak ketiga arwah, Qus Nafiah, 50, berkata, meskipun wang ringgit bukan ukuran sebenar jasa arwah bapanya itu namun dia sangat mengharapkan nama bapanya menerima pengiktirafan sama seperti seniman lain.
Menurutnya, dia bersama empat beradik yang lain iaitu, Norah Savitri, 54, Soufinaranti, 52, Nurul Adzan, 48, dan adik tunggal lelaki yang diberi nama sama dengan nama bapanya, Saiful Bahri Ahmad, 45, berharap kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu bagi mengenang jasa bapanya itu.
“Arwah bapa dan Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah rakan seni seangkatan yang duduk semeja ketika menjadi juri sebarang pertandingan.
“Kenapa arwah bapa tidak mendapat pengiktirafan sama daripada kerajaan Malaysia, sedangkan lagu ciptaannya dinyanyikan sehingga hari ini.
“Cukuplah jasa arwah bapa dikenang dan diiktiraf dalam lipatan sejarah Malaysia dan menjadi rujukan generasi hadapan, bayangkan generasi sekarang menyanyikan lagu kebangsaan tetapi tidak tahu siapa penggubahnya, adakah adil buat waris?” katanya ketika ditemui.
Allahyarham Saiful Bahri cukup berjasa buat negara apabila lagu patriotik yang menjadi kebanggaan negara itu terus berkumandang sebagai jati diri rakyat negara ini.
Bukan itu saja, malah bakat luar biasanya turut mewarnai seni negara apabila lagu negeri seperti Selangor, Melaka dan Perak mendapat sentuhan lelaki kelahiran Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia, itu.
Beliau turut menggubah banyak lagu patriotik dan paling diingati Inilah Barisan Kita, Malaysia Berjaya dan Perajurit Tanah Air.
Menceritakan pengalaman sebagai anak penggubah lagu Negaraku itu, Qus Nafiah berkata, banyak kisah mengenai bapanya diceritakan oleh ibunya, Allahyarhamah Noraini Ahmad, yang mendirikan rumah tangga pada 1968 dan dikurniakan lima cahaya mata.
“Bapa menumpahkan jasa kepada Tanah Melayu dan kemudian Malaysia dengan lirik-lirik gubahannya. Karyanya terkenal dan disiul sepanjang masa bagi membangkitkan semangat patriotisme,” katanya.
Menurut Qus Nafiah, ketika zaman sekolah, ramai rakannya tidak mempercayai insan mencipta lagu Negaraku adalah bapanya, bahkan cucu sendiri tidak percaya kata-katanya yang datuk mereka pencipta lirik lagu kebangsaan.
“Cucu sendiri tidak percaya disebabkan datuk mereka tidak terkenal seperti selebriti ternama lain pada era 1950-an dan 1960-an.
“Atas sebab itu juga, kami sekeluarga meneruskan usaha ibu sejak 1992 untuk mendapat pengiktirafan buat arwah bapa,” katanya.
Perjalanan seni Allahyarham Saiful Bahri di Malaysia bermula ketika dilamar Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj yang mengenalinya sebagai pemuzik di Studio Orkes di Indonesia.
Menggunakan nama samaran Surya Buana (SB) ketika berkarya di Tanah Melayu, Saiful Bahri dipelawa menyertai pertandingan mencipta lagu rasmi dan Negaraku.
Ciptaan lagu Saiful Bahri dipilih sebagai pemenang dengan hadiah wang RM1,000 pada 1956.
Lagu Kebangsaan itu asalnya lagu negeri Perak, Allah Lanjutkan Usia Sultan, yang digubah Allahyarham menjadi lagu kebangsaan ketika itu. Selepas dilantik pengarah muzik di Filem Negara, bapa berpeluang menjelajah ke seluruh negara dan bertemu dengan ibu yang menjadi isteri keduanya.
Sumber : HMetro
Ini Rezeki Anak-Anak Yang Tuhan Bagi. Saya & Isteri Hanya Tumpang-Ajak Shiro

Pelawak Ajak Shiro atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak bukan sahaja suami yang penyayang, bahkan bapa yang bertanggung jawab.
Dia yang kini sudah berhenti sebagai penyampai radio di stesen Hot FM mengakui keputusan tersebut di ambil bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan anak-anak.
“Saya akui sangat gembira bekerja di stesen radio tetapi sepanjang tiga tahun ini, jadual kerja sangat padat, malah untuk hari hujung minggu pun kadang-kadang saya perlu mengikuti pelbagai program luar. Boleh dikatakan saya langsung tiada hari cuti. Sepanjang tempoh ini, saya tidak pernah berkesempatan menghantar anak-anak ke sekolah memandangkan waktu masuk bekerja adalah awal pagi.
“Daripada anak tahun satu hingga ke tahun 3, saya tidak pernah hantar dia ke sekolah. Malah saya keluar lebih awal dari dia. Itu membuatkan saya terfikir untuk seimbangkan kerjaya dengan famili. Tambah lagi 2019 ini, Allah dah berikan rezeki yang baik. Duit kalau kita cari sampai mati takkan pernah cukup.
“Jadi, saya fikir sekarang adalah masa untuk saya beri tumpuan pada anak-anak pula sekarang. Sebenarnya daripada dulu saya tidak tahu di mana lawaknya saya. Tetapi bila difikirkan kembali, inilah rezeki anak-anak yang Tuhan bagi. Saya dan isteri hanya tumpang sahaja. Niat saya masuk raja lawak pun adalah kerana anak sulung ketika itu,” jelas Ajak yang kembali sibuk dengan penggambaran telemovie di Astro serta bakal keluar single album tak lama lagi.
Terlepas momen bersama anak
Ditanya karekter anak-anaknya, akui Ajak setiap seorang daripada mereka miliki keistimewaan masing-masing.
“Anak sulung lebih cenderung ke arah bidang sukan. Anak kedua nampak karekter lawak dan pandai ambil hati orang, tak malu dengan kamera manakala yang ketiga belum menunjukkan lagi minatnya. Tetapi kalau boleh saya tak mahu dia besar, biarkan macam tu je sebab 9 tahun ini saya banyak terlepas momen dengan anak-anak.
“Dibandingkan dengan isteri yang pandai membaca karekter anak, saya pula berbeza. Pernah anak sulung suka meyepak kaki di katil kerana mengantuk tetapi saya tidak tahu. Begitu juga bila anak kedua mengadu abangnya pukul, jadi saya terus percaya. Tetapi isteri cakap itu hanyalah tipu dan dia boleh baca air muka anak-anak,” ujar Ajak yang memberitahu ketiga-tiga anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama.
Resipi kasih sayang
Memeluk dan mencium anak-anak adalah satu pendekatan yang sering dipraktikkan oleh Ajak kerana itu adalah resipi berkasih sayang.
“Saya suka peluk dan cium kerana dengan cara ini memberi kasih sayang. Jadi secara tak langsung, mereka terbiasa berbuat demikian baik di rumah mahupun di luar. Dari bab mendidik, ibunya yang lebih memainkan peranan memandangkan dia seorang guru. Manakala saya lebih ke arah aktiviti luar seperti bersukan, berenang dan sebagainya.
“Sejak kecil lagi saya sudah membiasakan mereka dengan aktiviti dalam hutan supaya mereka dapat rasa bagaimana hidup jadi anak kampung. Sebenarnya ketika anak kedua lahir, kami tinggal di apartmen, jadi apabila balik kampung dia takut dan tak mahu pijak rumput. Itu yang membuatkan saya melatih mereka terdedah pada semua benda,” ungkap Ajak lagi yang tidak meletakkan limit sebaliknya selagi diterima peminat, dia akan meneruskan karier dalam bidang seni.
Sumber; Majalah Keluarga Edisi Mac-Apr 2019
Service Aircond Cara Kampung, Cukup Mudah. Buat Sendiri Je, Jimat!

Jika mahu memastikan ia berada dalam keadaan yang baik, tahan lama dan sentiasa sejuk, unit penyaman udara atau aircond mestilah diselenggara selalu.
Walaupun ia masih berfungsi dengan baik, penyelenggaraan dan servis adalah penting untuk memastikan ketahanan dan kebolehupayaan aircond dalam memberi kesejukan mengikut kapasiti awal.
Untuk anda yang ingin membersihkan sendiri aircond, lakukan teknik ini. Jom cuba cara yang dikongsikan ini.
Servis ekon cara kampung.
Oleh kerana smlm angin ekon pelan ja walaupon blower dah full speed, harini ambik masa sat buat cleaning balik ekon ni. Step mudah yg hgpa sendri pon boleh buat.
Sebelum mula, hgpa kena sediakan :-
1. Skru Driver
2. Berus yg bersih. (Ada vacuum lagi baguih)
3. Air conditioner cleaner. (Boleh beli kat DIY, tapi aku xguna pon, sebab cooling coil xnmpak kotoran degil berkerak.. just habuk yg boleh dicuci dgn berus)
4. Kain utk mengelap.
5. Tangga
6. Sedikit buat pala tau.












Kredit: Khairul Azwan Abd Aziz
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club