Pembekal Ikan Kongsi Tip Kenal Pasti Ikan Guna Pengawet Bahan Bahaya Untuk Nampak Segar.

Share

Jika kita pergi ke pasar tentu akan membeli ikan yang kelihatan segar.

Namun, tahukah anda terdapat ikan yang diawet dengan menggunakan bahan yang bahaya.

Paling menakutkan bahan pengawet itu menjadi pencetus kepada kanser.

Nak tahu bahan apa yang digunakan, ikuti perkongsian puan Asmah Chem yang juga pembekal ikan dan penyelidik kimia.

Moga jadi manfaat kita semua.

Bahaya Bahan Formalin

Disebabkan ramai yang belum tahu tips mengenalpasti ikan yang dah diawet dgn formalin, maka saya cuba explain based on pengalaman saya sebagai pemborong/peniaga ikan dan penyelidik kimia (Bersara).

Formalin terdiri daripada formaldehyde yang dicairkan. Mengikut kajian International Agency for Research on Cancer (IARC), formalin bersifat carcinogenic (penggalak kanser).

Kegunaan formalin adalah utk mengawet mayat dan specimen di hospital, pengawet pada cat, kaca, perabot dan pelbagai bahan polimer dalam industri. Penyalahgunaan formalin sangat berleluasa di asia sehinggakan mee kuning, tauhu dan ikan masin pun diletakkan formalin supaya tahan lama. Lebih2 lg barang basah seperti hasil laut yang mudah rosak.

Di Malaysia, kita hanya perlu bimbang kepada hasil laut yang dibawa dr luar negara dan ikan2 hasil tangkapan Laut Dalam menggunakan bot C2 (bot besar) yang berada di laut 1-2 minggu untuk mendapatkan bertan-tan hasil laut yg berkemungkinan diawet dgn formalin.

Tip kenal pasti ikan diawet guna formalin

Jadi bagaimana nak kenal ikan yang diawet dgn formalin? Beberapa ciri berikut boleh dilihat dengan mata kasar:

1) Kulit ikan berkedut/ tidak licin/ tidak berkilat.

2) Mata ikan cengkung/masuk ke dalam soket mata. (ikan berformalin tidak semestinya bermata merah).

3) Insang ikan pucat berwarna coklat cair dan tidak merah.

4) Sisik ikan mudah tertanggal dari badan (ikan2 bersisik seperti merah/jenahak/senangin dll).

5) Ikan kelihatan keras, tapi bila disiang perutnya sudah hitam dan busuk.

6) Isi ikan putih pucat, tiada darah mengalir ketika dipotong slice (ikan besar seperti tenggiri dll).

7) Ikan boleh diletakkan di atas meja jualan dengan penggunaan ais minima. Badan Ikan/seafood tetap kekal keras dari pagi ke petang. (ikan tidak berpengawet perlu diletakkan dlm tong ais utk mengekalkan kesegarannya).

8) Lalat dan kucing kurang berminat dengan ikan berpengawet walaupun diletakkan di tempat terbuka.

9)Bau – cuba cium bau ikan/seafood yg ingin dibeli. Seafood segar berbau laut. Jika ada bau kuat menyengat, sah ada formalin.

10) Selepas dibersihkan, ikan yang sudah diawet tidak boleh disimpan dlm tempoh yg lama di dalam peti ais. Ikan tersebut akan kehilangan rasa, isi mudah hancur, dan cepat busuk.

Tips paling mudah, boleh tanya saja kepada penjual, “ikan bot balik hari ke ni bang? jeti mana?” si abang Bangladesh mungkin memberikan senyuman terindah sebagai jawapan.

Hakikatnya, hanya sebahagian kecil peniaga sahaja yang sanggup menjual ikan dari bot balik hari kerana kos operasi yg tinggi. Salah satunya Tropika Freshmart di Bangi. Seafood di Tropika Freshmart telah dijadikan bahan research di beberapa research institute dan terjamin bebas formalin.

Jika tiada pilihan dan terpaksa beli ikan tidak segar yang dikhuatiri mengandungi formalin? Guna tips ini. Selepas membersihkan ikan, rendam dengan 10% larutan cuka + air selama 30 minit. Kemudian bilaslah dengan bersih. Mengikut kajian, kaedah ini boleh mengurangkan kandungan formalin sebanyak 0.109 microgram/ml.

Akhir kata, hidangkan makanan yang sihat dan selamat untuk keluarga tersayang. Jauhi formalin kerana ianya memudaratkan kesihatan.

Sekian dari makcik penjual ikan.
Asmah Chem,
Tropika Freshmart Bangi

Sumber: Asmah Chem

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH

Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah

Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN 

KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz