Bila bertahun-tahun menanggung masalah obesiti, bukan tidak dikawal pengambilan makanan malah kecergasan tubuh juga kian terjejas.
Jadi apa usaha lagi yang boleh dibuat?
Apa kata fahami juga tentang Pembedahan Bariatrik dan mungkin ianya boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Pintasan Perut, Bukan Sekadar Untuk Kurus..
Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan?
Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Ads
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik
Apa yang berlaku selepas anda menjalani pembedahan ini?
Ads
Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Hasilnya, berat badan akan berkurangan. pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.
Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.
Ads
Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.
Sumber : Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menghias rumah antara yang menjadi kesukaan kaum ibu. Tak perlu deko yang terlalu sarat, memadai atur letaknya yang ringkas namun sempurna.
Begitu juga dengan saudara Muhamad Nur Faizul V yang berjaya mengubah lantai simennya tampak lebih menarik dan kemas menggunakan Vinyl Sticker dari ekdai Eco/. Cukup menarik ala-ala Herringbone stail katanya.
Alhamdulillah🤲 Tajuknya bukan tukang harini…tapi Tukang Lima hari tuan puan…lima hari😂😂😂 Kesahnya niat dihati nak pasang carpet je…tp tetibe terpikat pulak dgn vinyl sticker kedai rm2..harga sama lebih kurng dgn shopee..atas idea wife..makanya….terhanguslah duit beli 140pcs vinyl sticker ni🤭 Konon2 nak canggih laa pasang ala2 herringbone stail…fuhhhh🥴🥴🥴 agakk mencabar mental dan fizikal…sbb tu ambik masa 5hari tu😂 (mungkin sifu2 5jam siap dah..hahaha🤣🤣🤣) Kalau tuan puan xtaw theorem pythagoras xyah laa buat herringbone ni..hahaha..ok saya tipu.. hahahaha Ilmu belaja dr youtube…tgok kiraan semua dr youtube..hihi Alhamdulillah berjaya walaupun skirting xsiap lagi😭 td hampir2 siap…salah potong plak kayu jadi pendek…so kite tggu tahun depan laa tgok kayu tu membesar panjang tak..hahahaha Untuk tahun ni…project siapkan bengkel dan ofis sendiri🥰🥰🥰 kite sambung tahun depan…fuhh mcm lama lagi..😬😬😬 Video xsiap lg untuk ditonton..saya akan share cara saya pasang😬😆😆 (ni pun tahun depn🤣🤣🤣 ) Ikutkan harga dekat shopee boleh dpt rm1.80..tp boleh beli 2kotak sahaja n bile tambah postage harga sama je dgn dekat eco…so kite decide beli kat eco je..huhu modal hangus RM294 – 140pcs
Starting nak start keje…wajib ade L square dgn L 45° ..pembaris panjang…pisau..
Mula2 kene tanda center supaya kite tak lari dr landasan jalan yg benar permulaan ni yg seksa dan yg hujung2…yang tgh2 happy2 je pasang
Sebagai ibu yang bekerja, ada masanya tidak sempat untuk menguruskan rumah terutama sekali bab nak mengemas dan membersihkan daripada sebarang habuk dan kotoran. Hujung minggu adakalanya sibuk dengan urusna lain. Jadi, bab nak mendekorasi jauh sekali. Hanya jika ada masa terluang boleh berbuat demikian. Tapi bab bersihkan rumah mahu tak mahu wajib buat. Jangan sampai rumah macam tongkang pecah.
Usah risau buat ibu superbusy, boleh cuba praktiskan empat langkah mudah ini jika mahu kediaman anda kelihatan cantik dan sentiasa wangi. Jom semak:
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Sumber: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa dapat menduga rupanya setelah 20 tahun pasangan kembar ini dapat pula adik lelaki kembar. Pastinya ini sesuatu yang cukup menggembirakan buat seluruh keluarga.
Yuliyani dan adiknya merupakan kembar seiras dan mereka dilahirkan pada Oktober 2001.
Pada September 2021, mereka menyambut kelahiran adik lelaki yang juga merupakan kembar, namun tidak seiras.
Kelahiran itu menjadikan perbezaan Yuliyani dengan adik kembarnya adalah 20 tahun, namun itu tidak menghalang mereka mempunyai ikatan kasih sayang yang akrab.
“Tidak sangka kami akan menerima adik kembar 20 tahun kemudian, namun itukan rezeki dari Allah SWT, kami menerimanya dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Yuliyani turut memuat naik gambar dan video bersama adik kembarnya dalam akaun Tiktok serta meraih perhatian banyak pengguna media sosial itu.
Sehingga semalam, video itu ditonton lebih lima juta pengguna TikTok dan mendapat ‘like’ lebih 300,000.
Selain itu, Yuliyani turut menerima pelbagai komen yang mendoakan mereka menjadi keluarga bahagia dan diberi kesihatan yang baik.
Gadis itu memberitahu, mereka mulanya terkejut apabila ibunya memberitahu hamil lagi, namun menerimanya dengan hati terbuka kerana memang sudah lama menginginkan adik.
“Kegembiraan kami berganda apabila mengetahui ibu hamil kembar dan pada masa yang sama bimbang kerana usia ibu sudah 40 tahun.
“Namun, semuanya berjalan lancar sehingga ibu selamat melahirkan adik kembar kami dan keadaan mereka juga sihat,” ujarnya.
Kini, Yuliyani dan kembarnya turut membantu ibu mereka menjaga adik kembarnya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...