Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, bermula hari ini 28 Mac, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh mula disemak. BKM merupakan inisiatif bantuan kewangan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia.
Status kelulusan permohonan BKM 2022 boleh disemak bermula hari ini menerusi laman rasmi BKM. Anda boleh semak status permohonan anda dengan klik butang log masuk.
Dalam paparan log masuk itu, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan sahkan kata kunci yang telah anda gunakan semasa mengisi borang. Setelah itu, anda perlu klik butang ‘Semakan Status’.
Selain itu, pembayaran BKM Fasa 1 juga telah bermula pada hari ini secara berperingkat kepada mereka yang mempunyai akaun bank. Manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian dijalankan di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 30 Mac ini.
Dalam pada itu, bagi pemohon tiada akaun bank yang menetap di pedalaman sekitar Sabah dan Sarawak pula, tarikh pembayaran akan dimaklumkan kemudian dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas dan 3.4 juta individu bujang daripada keseluruhan penerima BKM bakal menerima bayaran antara RM100 hingga RM300 mengikut kelayakan.
Ads
“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan.
“Bagi penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang, bayaran akan terus dikreditkan ke akuan bermula 28 Mac hingga 8 April 2022,” jelas beliau dalam satu kenyataan tempoh hari.
Sebelum itu, Kementerian Kewangan mengumumkan hampir-hampir 4.8 juta bujang bakal menerima BKM bernilai RM8.2 Bilion. Menerusi kenyataan itu, 4.8 juta penerima kategori bujang adalah di antara 9.6 juta penerima yang layak.
Menteri Kewangan terdahulu iaitu Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober tahun lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima.
BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Ads
Pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai. Cadangan itu juga diambil melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.
Sebelum ini tular anak sulung Penyanyi No 1 Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid dikejarkan ke hospital dan menerima beberapa jahitan pada dagu akibat jatuh tersembam ketika bermain skuter.
Berikutan kejadian itu, Siti Nurhaliza yang lebih mesra dipanggil Tokti terpaksa membatalkan persembahannya dan meminta maaf pada klien atas kemalangan yang berlaku.
Baru-baru ini, menerusi live di laman Instagram miliknya, Tokti mendedahkan dia telah dimarahi suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K kerana membenarkan anak bermain skuter tanpa memakai alat pelindung keselamatan.
“Sebelum Aafiyah main, dua hari sebelum tu dia (Datuk K) dah pesan jangan bagi anak main. Tak ada safety tu, tak pakai topi keledar.” katanya dalam live yang dimuat naik di Instagramnya.
Tokti menjelaskan skuter itu sudah lama dibeli malah ini bukan kali pertama dinasihati oleh suaminya untuk tidak membenarkan anak-anak mereka bermain dengan skuter itu namun dia tidak menghiraukan.
Sehinggalah pada hari kejadian, pelantun lagu Purnama Merindu terdengar anak perempuannya meraung dan menangis ketika sedang bersiap-siap untuk menghadiri acara. Tidak menunggu lama, Tokti bergegas turun untuk melihat anaknya itu.
“Saya turun tengok dagu dia, yang ini mesti kena jahit ni sebab dalam. Nasib baik tak panik tengok darah.” tambahnya.
Datuk K yang turut berada di situ terus menegurnya kerana dia sudah melarang namun tidak diambil tindakan. Kata Tokti, dia hanya mendiamkan diri kerana sedar dengan kesilapan tersebut.
Selepas kejadian itu, dia terus membuang skuter tersebut kerana bimbang kejadian yang sama akan berulang pada anak lelakinya, Muhammad Afwa yang berusia hampir dua tahun.
Rezeki orang berbeza-beza. Anak yang dikurniakan anak dengan cepat namun ada pula yang lambat dikurniakan anak tetapi Allah lebihkan pada rezeki yang lain.
Bagi Norfatin Shaari, doa mereka untuk memiliki anak akhirnya termakbul selepas 7 tahun menanti. Seronok mendengar perkongsiannya di facebook.
Selain rezeki yang sudah disusun cantik Allah SWT, wanita ini juga mengamalkan gaya hidup sihat demi untuk mendapatkan anak. Tak hanya isteri bahkan suami turut sekali memberi sokongan. Baca kisahnya.
Alhamdulillah atas segala nikmat Allah. Insan yang bergelar suami kaktin ini, tidak pernah mengeluh atau kecewa di saat kami masih menanti kehadiran cahaya mata.
Insan ini tidak pernah berputus asa malah sentiasa beri sokongan pada kaktin bila kaktin sedih setiap kali check upt hanya 1 line sahaja. Insan ini tidak pernah terasa hati kalau ada yang tanya, tak nak anak lagi ke?
Percayalah, insan ini memang sukakan budak-budak, kalau tak, dia tak akan jadi kesayangan anak-anak buahnya. Malah insan ini tidak pernah sesekali memaksa kaktin. Kami percaya akan takdir yang Allah aturkan buat kami.
Setelah 7 tahun penantian kami, Allah pinjamkan nikmat untuk kami mendapat berita gembira ini. Mengalir air mata kegembiraan insan ini. Berita yang tidak disangka, sebab kaktin pernah menjalani iui sekali pada tahun 2016 tapi tidak berjaya. Doktor pun dah byk kali suruh kaktin turunkan berat badan tapi kaktin tidak berjaya jugak. Lepas tu kami break dari rawatan.
Awal tahun ini adalah titik perubahan pada kami. Kami nekad untuk menjaga kesihatan dengan mengamal diet kalori dan eat clean. Kalau dulu, peti ais penuh dengan frozen food macam nugget, sosej, fries. Kini, kami berjaya tinggalkan semua makanan tersebut.
Aktiviti dating pun bertukar kepada hiking, jogging dan zumba. Fokus kami memang untuk sihat dan Alhamdulillah, tanpa disangka buat pertama kali Kaktin tengok double line bila check upt. Kandungan Kaktin masih baru dan harapnya my precious baby ini mendapat doa dari semua.
Doakan kandungan kaktin kuat dan sihat ye. Kaktin doakan jugak semua kenalan kaktin yang masih menanti dan berjuang macam kaktin d ulu, dimurahkan rezeki zuriat jugak. InsyaAllah janji Allah itu pasti.
Kredit: Norfatin Shaari
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deknah.solehah yang memuat naik momen gelagat anak lelakinya yang masih kecil mengikuti suaminya solat secara berjemaah.
Dalam video tersebut, kanak-kanak berkenaan secara tiba-tiba mendongak sewaktu bapanya sedang rukuk sebelum menyanyikan lagi siri popular, Squid Games.
Tindakan comelnya itu sudah pastilah bapanya gagal menahan diri dari tersenyum dan menyelesaikan tawanya selepas terbatal dari solat yang dikerjakan.
“Pandai dok amek sejadah p sembahyang tepi pak dia. Pastu dia boleh pulak nyanyi lagu Squid Game.
“Last-last dia kena la dengan pak dia tu sebab pak dia kena sembahyang lagi sekali,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan menyatakan terhibur melihat gelagat dua beranak tersebut.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.