Pembahagian Harta Ikut Faraid. Ada Sebabnya Isteri Dapat Sikit!

Share

Memahami pembahagian harta faraid hakikatnya cukup sempurna dan ‘cantik’ serba serbinya.

Setiap orang ada hak dan bahagian-bahagiannya yang dibahagikan mengikut  jalan kira-kiranya yang tersendiri.

Memahami secara ringkas cara kiraan tersebut dan mengapa agihan untuk isteri  dilihat sedikit bahagiannya, mungkin menimbulkan tanda tanya tentang hal itu.

Memahami dengan lebih jelas, ayuh kita lihat perkongsian Puan Umi Yusof ini.


En. Razak bukan nama sebenar baru meninggal dunia. Beliau meninggalkan seorang isteri, dua orang anak perempuan dan seorang adik lelaki kandung.

Harta bersih beliau selepas tolak hutang adalah bernilai RM300,000.

Pembahagian harta mengikut faraid adalah seperti dalam jadual di bawah.

Isteri 3/24=rm37,500

Anak perempuan 1 8/24=rm100,000

Anak perempuan 2 8/24=rm100,000

Adik lelaki kandung 5/24=rm62,500

Kenapa isteri mendapat bahagian yang paling kecil? Ini kerana bahagian faraid isteri “bersih” hanya untuk dirinya sahaja. Beliau tidak perlu menanggung anak-anaknya dari segi nafkah.

Siapa pula yang perlu menanggung anak-anak Encik Razak. Jawapannya adalah adik lelaki Encik Razak kerana faraid datang dengan tanggungjawab.

Namun apa yang berlaku sekarang, mereka datang mengambil bahagian faraid namun tanggungjawab menjaga anak-anak yatim ini dilepaskan kepada ibu anak-anak yatim tersebut.

Cadangan yang boleh di ambil untuk perancangan harta semasa hidup adalah:

1. Hibahkan harta sekiranya ingin memberi bahagian yang lebih kepada anak perempuan atau pun isteri.

2. Membuat Dokumen Perlantikan Wasi bagi memudahkan pengurusan tadbir pusaka.

3. Menyertai Program Khairat Pusaka dengan Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB).

Manfaat yang di terima adalah:

🗄Penyediaan dan penyimpanan wasiat pentadbiran

📃Penyediaan dan penyimpanan dokumen wasiat 1/3 percuma

👨💼Sesi pembacaan khutbah pusaka dan khidmat rundingcara (selepas kematian)

🏛WSB bantu waris untuk tuntutan harta pusaka dengan dapatkan surat kuasa daripada Pejabat Pusaka Kecil/ Mahkamah Tinggi.

📢Fee serendah RM50/bulan (T&C)

PUAN UMI YUSOF, Guru Agih Harta

sumber : Umi Khlsom-wasiat,hibah,faraid