Pemandu van sekolah langgar budak 5 tahun, berulang kali minta maaf, “Nurhafizah terbaring kaku.” Karmin Kahil tidak menyangka akan kehilangan anak bongsu dalam sekelip mata.
Mungkin kejadian dapat dielak sekiranya pemandu van sekolah berkenaan lebih berhati-hati,” kata suri rumah itu yang berusia 39 tahun.
Menurut Karmin, dia masih tidak dapat melupakan kejadian menyayat hati yang menimpa anak bongsunya, Nurhafizah Nuljin, 5, yang ditemukan kali terakhir pada 6.40 pagi semalam ketika ke sekolah.
Dia berkata, kebiasaannya Nurhafizah dan abang arwah, Muhammad Afieq Miqhael, 6, akan memanggilnya ketika menghampiri pagar rumah selepas turun daripada van sekolah kira-kira 11 pagi.
Namun, katanya, semalam dia hanya mendengar panggilan pemandu van sekolah yang memintanya keluar rumah untuk melihat keadaan anaknya.
“Nurhafizah hanya terbaring kaku manakala pemandu van sekolah berkenaan berulang kali meminta maaf dan menyatakan sudah melanggarnya.
“Pemandu van sekolah berkenaan kemudian meninggalkan lokasi kejadian kerana mahu menghantar murid lain, sebaliknya saya dibantu jiran untuk menghantar anak ke Klinik Kesihatan Masai sebelum arwah disahkan sudah tiada,” katanya.
Karmin berkata, kejadian itu mengakibatkan Muhammad Afieq Miqhael trauma kerana dia melihat keadaan Nurhafizah hingga membuatkannya menangis setiap kali melihat gambar adiknya mahupun ketika kami bercerita berkaitan kejadian yang meragut nyawa arwah.
“Arwah Nurhafizah dibedah siasat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan disahkan mengalami pendarahan dalaman di bahagian kepala serta urat leher di bahagian belakang kepala juga terputus.
“Mungkin dia terseret dalam kejadian, namun kami serahkan kepada polis menjalankan siasatan dan tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya.
Kedua-dua adik-beradik itu belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Alam 2 di sini.
Nurhafizah mula menaiki van berkenaan sejak awal tahun ini manakala Muhammad Afieq Miqhael pula mendapatkan perkhidmatan van sekolah itu sejak tahun lalu.
Karmin yang berasal dari Sabah sudah menetap di Johor selama 20 tahun berkata, dia dan suaminya, Nuljin Delson, 41, yang juga jurukimpal, reda dengan kejadian menimpa anak mereka itu.
“Semalam wajahnya berseri-seri seperti kebiasaannya dan arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Cahaya Masai, Pasir Gudang kira-kira 6 petang,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Anak Perempuan Kena Gangguan Seksual, Bapa Mengamuk Beri Amaran Pemandu Van Sekolah Gatal
Anak Perempuan 7 Tahun Maut Dilanggar Digilis Van Sekolah Yang Dinaikinya
Jom bawa anak-anak pergi Zoo Melaka, boleh tengok animals dan main games! Boleh menang banyak hadiah tau.
Klik sini untuk daftar: https://kliik.je/product-details/79?title=simpan-challenge-sspn
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my