Berdepan dengan ruang dapur yang terhad pastinya agak sukar untuk anda pastikan semua pinggan mangkuk dan perkakasan dapur tersimpan sempurna di dalam kabine
Sewajarnya perancangan perlu dibuat agar peralatan dan perkakasan di dapur dapat ditempatkan dengan teratur dan rapi. Umpamanya mewujudkan ruang storan xtra dan ini sekali gus mampu menyuntik gaya ruang dapur agar tampil lebih selesa.
Semua ini ada triknya dan tanpa perlu anda untuk melakukan ubah suai yang akan menelan belanja yang besar. Ingin rasai perubahan ruangan dapur yang teratur ayuh praktis 5 cara ini.
Maksimumkan penggunaan ruang dinding dengan pemasangan rak bertingkat. Peletakan yang serasi dengan pilihan material dan warna akan menjadikan keseluruhan ruang tampil sempurna.
Olahan bakul yang digantung berdekatan dapur memasak juga idea yang meanrik untuk dipraktiskan. Selain berfungsi sebagai ruang penyimpanan bahan-bahan masakan ia juga bertindak sebagai sebahagian elemen dekorasi yang istimewa.
Pelbagai guna. Selain boleh dialihkan peletakannya mengikut kesesuaian dan keperluan, ini menjadikan troli beroda ini fleksibel dijadikan sebagai storan xtra di dapur.
Penggunaan kotak, bekas atau seumpamanya ditempatkan di bahagian atas kabinet dapur secara kreatif turut boleh dijadikan sebagai ruang penyimpanan yang bergaya. Tampak menarik dan kelihatan begitu rapi.
Jadikan ruang ini lebih multi fungsi dengan olahan ‘holder’ di bahagian sisi kabinet sekali gus menjadikan ia sebagai sudut storan yang praktikal. Jimat ruang dan paling penting punya gaya yang tersendiri.