
Berdepan dengan ruang dapur yang terhad pastinya agak sukar untuk anda pastikan semua pinggan mangkuk dan perkakasan dapur tersimpan sempurna di dalam kabine
Sewajarnya perancangan perlu dibuat agar peralatan dan perkakasan di dapur dapat ditempatkan dengan teratur dan rapi. Umpamanya mewujudkan ruang storan xtra dan ini sekali gus mampu menyuntik gaya ruang dapur agar tampil lebih selesa.
Semua ini ada triknya dan tanpa perlu anda untuk melakukan ubah suai yang akan menelan belanja yang besar. Ingin rasai perubahan ruangan dapur yang teratur ayuh praktis 5 cara ini.
- Pemasangan Rak
Maksimumkan penggunaan ruang dinding dengan pemasangan rak bertingkat. Peletakan yang serasi dengan pilihan material dan warna akan menjadikan keseluruhan ruang tampil sempurna.
- Bakul Bergantung
Olahan bakul yang digantung berdekatan dapur memasak juga idea yang meanrik untuk dipraktiskan. Selain berfungsi sebagai ruang penyimpanan bahan-bahan masakan ia juga bertindak sebagai sebahagian elemen dekorasi yang istimewa.
- Troli Beroda
Pelbagai guna. Selain boleh dialihkan peletakannya mengikut kesesuaian dan keperluan, ini menjadikan troli beroda ini fleksibel dijadikan sebagai storan xtra di dapur.
- Maksimumkan ruang antara siling dan kabinet
Penggunaan kotak, bekas atau seumpamanya ditempatkan di bahagian atas kabinet dapur secara kreatif turut boleh dijadikan sebagai ruang penyimpanan yang bergaya. Tampak menarik dan kelihatan begitu rapi.
- Manipulasi Sisi Kabinet
Jadikan ruang ini lebih multi fungsi dengan olahan ‘holder’ di bahagian sisi kabinet sekali gus menjadikan ia sebagai sudut storan yang praktikal. Jimat ruang dan paling penting punya gaya yang tersendiri.
Isteri Tidak Minta Lebih. Cuma Nak Suami Mendengar Dengan Rasa. Deep Nasihat Ustaz Ebit Lew Ini

Kehidupan dalam rumahtangga, besar dugaannya. Namu, jika kita banyak bersabar dan muhasabah diri, pastinya bahagia yang datang. Perkongsian oleh Ebit Lew begitu inspirasi.
Didatangi seorang suami yang mengadu tentang sikap isterinya yang tidak menghormatinya. Ini ini jawapan ini padu Ustaz Ebit Lew.

Sekali saya pergi bank. Jumpa seorang lelaki kerja dekat situ. Dia kata pada saya ustaz. Saya hormat dan kenal ustaz.
Saya bergaduh dengan isteri dan 3 hari saya tak balik rumah. Isteri saya tak hormat saya. Saya tak faham perangai perempuan ni ustaz. Langsung tak faham. Pening kepala saya.
Dia sibuk kerja dan urus anak-anak.
Dia tak pedulikan saya.
Kuat marah jer. Jerit-jerit.
Dia asyik menolak jika ajak bersama.
Dia macam tak suka untuk bersama.
Dia suka minta yang bukan-bukan.
Dia kuat merajuk 24 jam.
Tak reti urus diri..
akhirnya dia minta bukan-bukan dan ingin bercerai bila marah..
Nak jumpa perempuan yang baik susah ustaz. Tiada macam zaman mak kita dulu-dulu. Kenapa perempuan hari ini tak macam mak kita dulu-dulu.
Saya diam…dia tanya lagi kenapa ya ustaz?
Wanita hari ini diuji lebih besar dan berat
Allah sayang abang. Bila sebut wanita saya suka ingat ibu yang tercinta dan bidadari saya. Jika abang nak perkara ini selesai. Cuba fahami apa saya nak katakan ini. Kerana Allah dengarkan yer..
Sebab wanita hari ini diuji lebih besar dan berat. Suasana hari ini terlampau sibuk sama ada wanita bekerja atau suri rumah sepenuh masa. Keduanya tiada rehat. 24 jam kerja dan urus rumahtangga 24 jam tanpa rehat. Sekolah anak jauh.
Kita sebagai suami kerap tiada di rumah. Sibuk tuntuan kerja rezeki halal dan tanggungjawab luar.
Di rumah sekejap tapi macam terpisah sebab masing-masing sibuk kerja dengan hp atau gadget.
Isteri tak sempat urus diri pun. Isteri kita pergi tandas pun lari-lari tengok anak. Kemas rumah 50x sehari. Anak sepahkan lagi. Kekangan tempat kerja.
Tiada istilah tidur sempurna. Tidak makan dengan sempurna. Tidak berjalan dengan sempurna. Mereka cuma hidup buat suami dan anak-anak kerana Allah..
Kita tak faham mereka sebab tu mereka tidak hormat pada kita.
Kita nak mereka layan kita. Kenapa tidak kita yang layan mereka. Cari kesukaan mereka. Kegembiraan mereka.
Mereka salah dan berdosa. Kita ketua keluarga 2 kali salah dam berdosa jika tak bimbing mereka. Mereka ialah amanah Allah buat kita lelaki.
Mereka tidak minta lebih. Cuma suami yang mendengar dengan rasa.
Bila dah suka semuanya mereka korbankan. Dah sakit hati semua jadi tak kena. Hati ni raja. Tawan disitu segalanya jadi manis.
Maafkan saya, bila seseorang cuma sebut buruk pasangan itu maknanya kita yang tak baik. Orang baik selalu nampak dirinya salah. Itulah Islam. Bila kita rasa diri kita betul dan orang lain salah itu tandanya hati kita kena barah.
Itu hati yang bersih. Ini semua salah saya.
Masa bila mereka nak layan atau cantikkan diri. Masa ke tandas pun tak sempat-sempat. Urus diri pun takde masa.
Suami bantu isteri
Kita bantu beri mereka rehat dan waktu berjalan. Kita tolong jaga anak. Sekali sekala berdating berdua.
Kita harap mereka senyum dan sambut kita. Kita tak pernah beri kejutan hadiah dan lafazkan kata cinta pada mereka.
Kita tak bahagiakan hati mereka dengan Nur Al-Quran dan hadis Nabi saw.
Tidak bawa ke majlis Ta’lim.
Tidak bawa berdakwah dan belajar iman.
Bagaimana mereka nak bahagia dan sentiasa senyum tanpa hati tenang. Jaga solat bersama. Buat Ta’lim bersama.
Jaga solat awal waktu berjemaah. Minta pertolongan Allah. Kita perlu bantuannya dalam membimbing isteri dan anak-anak.
Malam-malam ada tak sebut nama pasangan kita. Menangis doakan keampunan buat mereka. Itu cara bercinta sehidup semati
Mereka perlukan rehat dan diisi rohani dengan Islam.
Abang tadi sebak kata bagaimana ustaz boleh sebut semua ini dengan banyak.
Kata saya sebab mak saya selalu pesan sayangi wanita dalam hidup ini. Kerana dengan itu kita disayangi di langit. Kita disayangi oleh Allah..
Abang tadi sebak dan kata betul kata ustaz. InsyaAllah saya akan berusaha menjadi lebih baik. Saya rasa nak balik sekarang dan menjadi suami yang baik
Pohon doakan saya nak buat keluargasunnah perbaiki diri jelajah setiap negeri di Malaysia terbuka pada semua yang berumur 18 tahun sampai 65 tahun+ -ebit lew
“Mahu Doa Dikurniakan Cahaya Mata.” Peluang Tak Datang Selalu, Mark Adam Sanggup Tolak ‘Job’ Demi Tunai Umrah.

Setiap orang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah. Demikian juga dengan penyanyi dan pelawak popular, Mark Adam. Impian tersebut sudah lama tersemat di lubuk sanubarinya.
Siapa sangka hasrat tersebut sudah tercapai bila mana Mark dan isterinya, Ezan dipanggil untuk menunaikan umrah. Lebih menggembirakan lagi bila dia bakal ke sana dengan dua sahabat baiknya, Shuib Sepah dan Siti Sarah, tidak lama lagi.
“Alhamdulillah… Saya terima panggilan untuk menunaikan umrah, sebulan lalu. Risau tidak dapat membuat persiapan dalam tempoh singkat, namun, isteri meyakinkan saya.
“Peluang begini tidak datang berkali-kali. Jadi, kami enggan melepaskannya. Biarpun terpaksa menolak beberapa tawaran atau ‘job’, rezeki datang mencurah-curah hingga pertengahan tahun depan,” katanya lagi.
Mark berkata, niat asalnya membawa ibu bapa mentua. Namun, ia tidak dapat dilaksanakan berikutan keadaan fizikal yang tidak berdaya.
“Jadi, saya pergi dulu… Mungkin pada masa depan, saya boleh membawa mereka,” katanya.
Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam Abdullah berharap beroleh hidayah dan menjadi umat Islam yang lebih baik selepas menjejakkan kaki di Makkah.
Belum dikurniakan zuriat selepas 15 tahun berkahwin, Mark turut berniat berdoa dikurniakan cahaya mata apabila berada di Tanah Suci.
“Selain berdoa kepada Allah supaya menjadi lebih baik, saya meminta doa kepada semua yang berada di sekeliling.
“Saya dan Ezan berharap dikurniakan cahaya mata… Doakan supaya ibadat kami berjalan lancar,” katanya.
Sumber: Berita Harian Online & IG markadam1079
“Sumpah Papa & Mama Rindu Kan Mu.” Allah ‘Pinjamkan’ Setahun Saja, Ayah Ni Kongsi Detik Terakhir Bersama Anak Buat Ramai Tumpang Sayu.

Ibu bapa mana yang tidak sedih dan pilu apabila anak yang baru setahun dicurahkan kasih sayang, kini sudah kembali kepada PenciptaNya. Sementelah ‘pemergiannya’ adalah mengejut tanpa sebarang tanda.
Itu yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Bustaman Rusli yang baru kehilangan anak perempuan bongsunya akibat jangkitan kuman dalam darah.
Di dalam perkongsian tersebut, Bustaman memberitahu, anak perempuannya sangat baik dan tidak pernah rasa susah membesarkannya walau sesaatpun. Malah sebelum ini, kesihatan arwah sangat elok dan tidak memiliki apa-apa penyakit yang serius.
Namun, segalanya bermula selepas dia mengalami demam pada hari Jumaat awal bulan Mei lalu. Setelah bawa berjumpa doktor, arwah disahkan hanya mengalami demam biasa dan namun ada kemerah-merahan pada tonsilnya. Perkara ini berlarutan, dan hari seterusnya bawa anak tersebut untuk ujian darah.
Ketika itu, doktor yang merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dalam darah dan keadaan masih terkawal. Cuma perlu berikan ubat antibiotik mengikut waktu yang ditetapkan. Pada malam itu, arwah tidak dapat tidur dan sentiasa merengek. Mungkin itu adalah satu isyarat bahawa dia akan pergi buat selamanya.
“Pukul 8.30am kami ke bahagian kecemasan IIUM Medical Center. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr. Tepat jam 10.30 pagi pada 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya.”
Menurut Bustaman lagi, mungkin ini telah ditetapkan oleh Maha Pencipta untuk dia memiliki hanya anak lelaki sahaja. Semoga Rania menunggu mereka di pintu Syurga nanti. Tenanglah di Sana.
Berikut luahan hiba dari ayah arwah rania menerusi laman facebooknya.
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania..
Haisha =kehidupan, sihat, riang.
Rania = kesenangan, kesukaan, ratu.
Pinjaman Allah kpd kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkn ini hanya lah sebuah mimpi.
Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Namun semua itu x kan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lwt dan tidak cpt sesaat pn.
Rania anak baik, x penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania x de sejarah kesihatan yg buruk, x penah warded, xde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke KK Beserah pd hari isnin utk blood test.
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3am, Rania mula lain dr kebiasaan.. Rania x dpt tido lena, merengek sesekali, tidak mahu tido.. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
Pukul 8.30am kami ke emergency iium Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama.
Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Sumpah papa dan mama rindu kn mu.
Sumber: Bustaman Rusli