Pelik Tapi Sedap! Biskut Lemak Tumis Telur Menu Sarapan Orang Dulu-Dulu

Share

Dah jadi kebiasaan masyarakat kat Malaysia ni, kalau sarapan je makan nasi lemak, roti canai, nasi goreng, mi/mihun/koeyteaw goreng atau kuih muih. Dihidangkan pula menu tadi dengan minuman hangat awal pagi yang semestinya menjadi kombinasi lengkap untuk sarapan seperti teh tarik, teh o, milo atau kopi.

Tapi… Pernah tak seumur hidup anda merasai makanan zaman dulu-dulu iaitu biskut lemak tumis telur? Dengar macam sedikit pelik, tapi rasanya enak! Siapa sangka biskut kering yang selalu dicicah air tu bila tums dengan telur dan bawang boleh menjadi menu yang sedap? Nak tahu kehebatannya, rasalah sendiri ikut resipi ini!

RESEPI BISKUT LEMAK TUMIS TELUR, MENU RARE UNTUK SARAPAN

Kalau anda tak percaya dan tertanya-tanya bagaimana rasa menu istimewa tersebut, apa kata cuba buat sendiri resepi yang dikongsi oleh Aqilah Idris di laman TikToknya.

Bahan-bahan diperlukan:

Sebiji bawang besar
3 biji telur
15 keping biskut
Sedikit kicap, daun sup dan garam

Cara penyediaan:

1. Patahkan biskut kering. Ketepikan.

2. Tumis bawang besar merah sehingga layu.

3. Kemudian, masukkan 3 biji telur, kicap manis dan biskut yang dipatah-patahkan.

4. Gaul sebati dan perasakan dengan sedikit lada putih serta garam.

5. Renjis sedikit air.

6. Tabur daun sup dan sedia untuk dihidangkan.

*Boleh juga tambah daging atau ayam cincang.

@aqilahidris1311 Biskut lemak tumis. Bhn: sebiji bwg besar, 3biji telur, 15 keping biskut, sedikit kicap, daun sup dan garam. #creamcracker #hupsengcreamcrackers #biskut #biskutlemak #myfoodie #food #fypシ #tiktok #tiktoker #foodpost #foodporn ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen rata-rata mengakui pertama kali tahu kewujudan menu ini yang sedikit pelik bagi mereka. Dalam pada masa yang sama, ada juga yang pernah merasai menu ini hasil dari tunjuk ajar atuk ahli keluarga mereka dulu-dulu!

Sumber: TikTok @aqilahidris1311

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini