Agak-agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba-tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online? Nak marah, menangis atau gelak?

Jika ketiga-tiga perasaan ini ada pada anda, bermakna itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu, Sharifah Nur Adleen apabila anak keduanya, Muhammad Azil Azeez, 4 tahun  telah membuat pesanan makanan tanpa pengetahuannya.

Pelik Rider Food Panda Datang Rumah Hantar Makanan, Rupanya Kerja Anak Order Online Kena Caj Sampai Lebih RM200

Diam-diam anak buat pesanan makanan

Ketika kejadian, Sharifah memberitahu kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (13 November) ketika dia sedang menidurkan anak ketiga yang berusia setahun. Waktu itu, memang Azeez sedang tengok cerita kartun di telefon.

“Biasanya jika saya nak tidurkan adiknya, Azeez akan tengok sekejap cerita kartun di telefon saya untuk elak dia membuat bising. Cuma pada hari kejadian tu, dia ada beritahu “Mama, Azeez lapar..”

“Tapi saya kata tunggu adik tidur dulu baru saya akan baginya makan. Tak sangka pula dalam tempoh 15 minit tu, dia diam je sambil tengok telefon dan akhirnya tertidur dengan sendiri.

IKLAN

“Selepas dia tidur, tak lama kemudian tiba-tiba bunyi hon motosikal dari luar pagar rumah. Saya keluar untuk tengok siapa yang datang dan pelik tengok dua orang rider Food Panda datang untuk hantar makanan.

“Terkejut jugalah sebab nampak banyak plastik di tangan masing-masing. Saya cakap tak ada buat pesanan apa-apa pun. Jadi bila tengok saya macam keliru, mereka berdua tanya ini rumah Puan Sharifah ke? Saya kata betul..Tapi lagi sekali saya cakap tak ada buat pesanan.

“Waktu itu saya kata tunggu sekejap sebab nak tengok telefon. Bila saya ambil telefon di tangan Azeez yang sedang tidur memang sah dia yang buka aplikasi tu dan membuat tempahan,” katanya.

Pelik Rider Food Panda Datang Rumah Hantar Makanan, Rupanya Kerja Anak Order Online Kena Caj Sampai Lebih RM200

IKLAN

Perlu bayar lebih RM200 

Tambahnya lagi, waktu tu terus terduduk depan pintu dan menjerit “MasyaAllah..Anak.. apabila tengok jumlah pesanan sekali dengan bayaran. Saya saling berpandangan dengan rider Food Panda.

“Dia orang siap tanya macam mana ni puan, banyak ni… Saya ingatkan orang yang beli ada buat kenduri ke sedekah ke. Masa tu saya terus tergelak sambil menitis air mata. Nak salah mereka pun sebab itu yang mereka dapat tempahan.

” Jadi saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76 dengan 12 bungkus tomyam seafood, satu bungkus sup tulang, dua bungkus kerabu daging dan empat bungkus sup daging. Padai pula dia buat cash on delivery tu.”

IKLAN

“Mujurlah ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab benda dah jadi.

Pelik Rider Food Panda Datang Rumah Hantar Makanan, Rupanya Kerja Anak Order Online Kena Caj Sampai Lebih RM200

Sharifah memberitahu dengan kuantiti yang banyak, memang tak mampu untuk dihabiskan satu keluarga. Jadi waktu itu, nasiblah ada jiran yang sudi membeli dan selebihnya saya sedekahkan.

“Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi tu dulu untuk elak kejadian tak diingini lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka.

“Sebelum ini seminggu sekali saya akan reward anak-anak dengan makanan yang mereka minta kalau mereka buat sesuatu yang baik. Jadi selalulah guna aplikasi tersebut,” akhirinya yang menetap di Kuching, Sarawak.

Sumber : Pa&Ma

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI