“Pelik? Lelaki Hormati Isteri Digelar Dayus.” Siti Sarah Tampil Pertahankan Maruah Shuib Dituduh Dayus Minta Izin Beli Motor. Memang Win!

Share

Setiap suami isteri ada cara tersendiri dalam menyantuni pasangan masing-masing. Justeru, sebagai orang luar, tidak wajar untuk mengadili cara yang mereka praktikkan. Sebaliknya,  cuba untuk lebih menghormati. Kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik dalam rumah tangga. Usah mengecam atau melemparkan kata-kata yang kurang enak.

Demikian yang berlaku baru-baru ini, tular kisah pelawak Shuib digelar sebagai suami dayus hanya kerana dia meminta izin kepada isterinya, Siti Sarah untuk membeli motorsikal impian.

Menjelaskan isu berkenaan, Siti Sarah menerusi perkongsian Instagramnnya tampil mempertahan suaminya. menurut pelantun lagu Semakin ini , dia cukup kagum dengan sikap Shuib yang jujur dan menghormatinya sebagai isteri.

Menurutnya, Shuib boleh sahaja membeli apa sahaja mengikut keinginannya tanpa perlu meminta izin, namun atas dasar tanggungjawab menjadi satu kebiasaan buat suaminya meminta kebenarannya dulu.

“Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki meganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yang dayus.

“Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya.

Dalam perkongsian tersebut, Siti Sarah turut memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan komen negatif dari netizen berkenaan hal tersebut.

Siti Sarah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melabel suaminya yang jujur sebagai dayus, sedangkan lelaki yang sanggup menipu isteri pula dianggap sebagai berani.

“Yang saya tak faham, lelaki2 ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yang dianggap dayus. Ya Allah, ampunilah dosa2 mereka sekiranya kata2 mereka meyakiti suami ku… Amin ❤️,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian Siti Sarah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata bersetuju dengan pandangan isteri kesayangan Shuib itu. Malah turut melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Shuib.

missliana111 Tahh skit2 dayus. Elok ler tny isteri dl. Time ssh pandai plak ngn isteri. Time sng xkn xleh nk tny isteri dl.. tmpang hangin gak kt org ckp dayus kalau suami mntk izin isteri pape..

azleen_ismail Komen netizen tu yg dayus bodo x reti mintak izin isteri x reti nak hormat wanita. Macm kita hormat mak kita. For me tak salah pun mintak izin apa2 daripada isteri sbb harta bersama. Siti Sarah dan Syuib semoga mahligai dibina kekal hingga ke jannah. Amin

arifothmann Saya lebih suka bertanya kpd isteri sebab itu salah satu kongsi kebahgiaan asbab satunya kami suami ni menghormati isteri , abaikan komen negatif sbb dia xhadapi atau dia mempunyai masalah emosi dgn isteri dia mungkin siapa tahu.

kojieyama Jgn dilayan. Nanti jadi sama level. Dalam agama, suami yg membahagiakan isteri ni sgt mulia, sebagaimana Rasulullah saw membahagia S.A Khadijah dan SA Aisyah. Kita skrg ni lebih terikut dengan adat yg mana isteri umpama hamba. Padahal Islam letak wanita, ibu dan isteri di tahap tertinggi.

akmalaqil18 Sbb tu lah pintu rezeki shuib sentiasa terbuka..sbb dia utamakan isteri dia dulu…mmg berkat hidup dia..?

adeqlina Tak de istilah dayus .. Berterus terang lagu bagus dari menipu isteri. Lelaki yang konon Kate x yah mintak izin isteri tu, better x yah kawin. Bila dah kawin ni semua boleh bincang, gurau senda dlm perkahwinan..kalau rase menipu bini tu lagi bagus.. Satu Je aku nak ckp, #silameninggal

Beberapa selebriti turut memberi komen berkenaan hal tersebut.

catrionabrianross Lelaki tipikal akan sorok dan menipu, lelaki bertanggubgjawab akan sit down and berbincang dgn isteri ?

umieaida9 Alhamdulilah..contoh suami yang baik.. ?

acheykintangkintung Setuju!!!!!

nouruldepp Depa saja takde kerja dik