Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad, 29, sah bergelar isteri lelaki penyanyi, Raja Syahiran, dengan sekali kali lafaz dalam majlis yang berlangsung di Colony by KLCC pada jam 9.03 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh abang kandung kepada Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arsyad.
Dalam majlis itu, Syahiran atau nama sebenarnya, Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, menyerahkan mas kahwin sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat suri hatinya.
Bagaimanapun, tiada pertukaran dulang hantaran yang dibuat diantara kedua belah pihak dan jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas persetujuan kedua belah keluarga.
Majlis akad nikah pasangan ini turut dihadiri 100 orang yang terdiri daripada keluarga dan rakan saudara terdekat. Pasangan ini juga belum ada perancangan tarikh Untuk majlis resepsi.
Usai majlis, Uyaina melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar biarpun pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.
“Alhamdulillah… majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pada hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang pernikahan ini sejak beberapa bulan lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
“Ia berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah dan terkini. Selain itu, kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
“Asalnya pelamin yang ditempah adalah berbeza namun sehari sebelum majlisnya berlangsung pihak perancang perkahwinan terbabit memaklumkan gudang penyimpanan kelengkapannya yang terletak di Puchong, Selangor telah musnah akibat banjir.
Ads
“Sepatutnya malam berinai diadakan pada malam tadi dengan tema ‘Arabian Night’ tapi terpaksa dibatalkan. Bukan itu sahaja, pelamin saya juga musnah.
“Pelamin asal yang sepatutnya dipasang pada pagi ini tidak dihantar gara-gara hanyut dibawa arus banjir pada Ahad lalu.
“Kami terpaksa berlapang dada.Mujurlah ada perancang perkahwinan lain yang jadi bidan terjun walaupun pada saat-saat akhir.
“Sejujurnya kami tidak berasa terkilan pun sebab yang penting ijab qabul dan dikelilingi keluarga dan rakan terdekat,” katanya.
Selain itu, kata Uyaina, dia dan suaminya sangat tenang dalam berdepan dengan ujian yang melanda meski sedar hari bahagia mereka seharusnya berlangsung dalam keadaan sebagaimana yang dirancang.
Ads
“Sebenarnya rumah Syahiran di Subang pun terjejas akibat banjir. Kami berdua saling ketawa apabila mengenangkan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sebelum majlis ini dapat dijalankan.
“Saya tidak menangis langsung apabila keadaan begini terjadi. Sebab sepanjang proses Syahiran sentiasa ada bersama. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan,” ujarnya.
Sebelum ini, mereka memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun, hasrat tersebut terpaksa ditangguhkn ekoran Varian baharu Covid-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing,” ujarnya.
Ads
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai tahun lalu.
Menu yang satu ini cukup terkenal dikalangan mereka yang suka makan mamak. Tak kira India, Cina mahupun Melayu, sememangnya ia cukup digemari.
Ini dia resepi istimewa ayam vanggey. Kalau makan habis sepinggan nasi dan pasti anda akan menjilat jari. Dan kepada penggemar kari yang mana suka akan rempah-rempah, pasti ini akan menjadi kegemarannya.
Jadi, admin nak ajak ibu-ibu cuba sendiri resipi ini di rumah. Tak perlu lah asyik berkunjung ke kedai mamak lepas ni kan. Resipi ini dikongsikan oleh puan Rani Genga. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN:
8 ketul ayam
2 biji bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2cm halia – kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
2 batang serai
4 sudu besar kicap pekat manis
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
garam secukup rasa CARA PENYEDIAAN:
Bersihkan ayam. Sapukan dengan serbuk kunyit n garam.
Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan semua bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk cili hingga naik bau. Tambahkan sedikit air jika bahan tumisan terlalu kering.
Biarkan seketika supaya bahan tumisan mesra bersama ayam.
Ayam yang telah siap digoreng dimasukkan kembali ke dalam bahan tumisan dan masak hingga kuah menjadi agak pekat.
Masukkan serbuk kari ayam 2sdb
Serbuk cili kering 1sdb
Masukkan air 1 cawan
Masukkan gula merah 6sdb dan juga garam.
Sedia dihidang bersama nasi panas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehidupan berpasangan akan membuahkan ketenangan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Tidak dinafikan juga, bila ada pasangan di sisi membuatkan kita lebih bahagia dan bersemangat.
Bahkan mendirikan rumah tangga meskipun suami dan isteri di ambang usia emas, mahligai perkahwinan yang dibina itu akan dapat membantu mereka meniti hari-hari tua bersama dengan bahagia dan bermakna. Paling tidak, bila sakit pening ada juga peneman di sisi untuk membantu.
Berkongsi saat bahagia seorang ibu yang berkahwin semula setelah 10 tahun hidup bersendirian oleh anaknya di laman TikTok, @Zzianazamzuri menceritakan kembali kisah ibunya bertemu jodoh.
Menurut @Zzianazamzuri, ibunya yang bertemu jodoh sekali lagi di usia tua atas usaha anak menantu. Ibunya berkenalan dengan seorang lelaki yang merupakan seorang duda melalui telefon.
Lebih kurang tiga bulan usia perkenalan mereka, kedua-dua pasangan itu selamat bernikah di Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis dengan majlis yang cukup ringkas pada 14 Julai lalu.
Menjengah di ruangan komen warganet ramai mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu dan ayahnya berbahagia hingga jannah. Manakala @Zzianazamzuri juga mengucapkan lafaz syukur Alhamdullilah dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan untuk mak dan ayahnya.
Bahkan menurutnya lagi, walau terasa gembira, diakui juga berlakunya ‘drama air mata’ saat melepaskan ibunya berpindah. Rumah baharu yang bakal ibunya duduk terletak di Kedah dan dia sendiri tidak tahu kerana belum pernah sampai ke rumah berkenaan dek kerana larangan rentas negeri.
Di dalam video tersebut, turut kelihatan ibunya memandu kereta sendiri untuk mengikuti suaminya pulang ke rumah baharu mereka di Kedah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Semalam keputusan UPKK KAFA 2021 secara Online dan SMS diumumkan. Pastinya bukan murid-murid,ibu bapa juga berdebar.
Namun sehingga hari ini, tinjaun di socmedia ‘dibanjiri’ ucapan tahniah kepada anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang sama ada yang mendapat 8A atau sebaliknya, ibu ayah tetap memberikan kata-kata tahniah dan semangat.
Dalam pada itu, menerusi video yang dikongsi di TikTok menerusi akaun founder_solurve turut tular dengan tontonan lebih 580K yang menghadiahkan sebuah telefon mewah kepada anaknya selepas mendapat keputusan peperiksaaan UPKK.
Biarpun anaknya hanya mendapat 4A, wanita berkenaan bersyukur dengan pencapaian anaknya. Keputusan berkenaan tidak menjadikan ia penghalang untuk memberi penghargaan kejayaan serta mendoakan anaknya.
“iPhone 13 reward tuk ank perempuan sbb dpt 4A. Semoga jadi ank solehah.”
Dalam pada itu, menjengah di ruangan komen, rata-rata meluahkan anak wanita berkenaan seorang yang bertuah apabila dihargai begitu. Malah ada menasihati bahawa rezeki setiap orang berbeza apabila ada netizen meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat hadiah sebegitu walaupun keputusan lebih cemerlang.
Tidak dinafikan mendidikan anak adalah suatu yang mencabar. Lantaran itu ada segelintir sanggup mengikuti kelas keibubapaan untuk mendapat ilmu.Menerusi FB Zatil Arip, beliau berkongsi...