Semestinya kita kenal nama pelakon Sharifah Amani dan filem-filem yang dibintanginya seperti Sepet, Gol & Gincu dan Pekak. Baru-baru ini, Sharifah Amani, telah sah bergelar isteri kepada seorang CEO bernama Ahmed Fariz di Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara.
Mengikuti perkembangan pelakon ini, Sharifah, 36, meluahkan rasa syukur terhadap kelancaran semasa perjalanan majlis akad nikahnya yang sudah dirancang pada beberapa bulan yang lalu.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik Covid-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah” kata Sharifah.
Apabila ditanya berkenaan si suami, Sharifah mengaku bahawa kebijaksanaan suaminya adalah punca utama hatinya terpikat dan bukan kerana jawatannya sebagai seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat swasta.
“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya. Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘gila-gila’ dan terbaik” jelas pelakon Sepet itu.
Ads
Kami dari Keluarga mengucapkan tahniah kepada Sharifah Amani dan Ahmed Fariz. Semoga sentiasa bahagia! Semoga para pembaca juga mendapat inspirasi dari artikel hari ini.
Sumber: ROTIKAYA
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Perkahwinan itu luar biasa. Bukan untuk mengukuhkan rumahtangga itu kekal harmoni sepanjang masa hingga till jannah. Tentu dalam tempoh itu sudah tentunya terdapat onak duri yang ditempuhi. Namun jika pasangan itu mengerti erti sebuah perkahwinan sudah tentu segala cabaran yang mendatang tidak sukar untuk ditangani. Dengan ini, temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam rumahtangga bagi membina sebuah kebahagiaan.
Begitulah yang perkongsian oleh Firdaus Mokhtar mengenai erti sebuah perkahwinan. Bagi yang sudah berkahwin dalam tempuh yang lama, ingat kembali erti perkahwian itu kembali. Buat yang baru melangkah ke alam rumahtangga, kenalilah perkahwinan ini dengan hati yang telus.
Seingat saya, ada satu soalan yang ditanyakan kepada saya perhujung Disember tahun lalu. Tapi saya belum jawab lagi sampai hari ini.
Soalannya begini;
“Apa tujuan berkahwin?”
Sebelum saya jawab, saya tanya semula ke dia, “Kenapa terfikir soalan begini?” Dia kata dia nak buat semua perkara ada tujuan dan sebab, maka dia nak tahu.
Baik, begini;
1. Perkahwinan itu ada untuk lebih mendekatkan diri kita dengan Allah.
Kalian, alam rumahtangga indahnya tersurat dalam setiap ujian yang berlaku. Bila sebut rumahtangga, pasti akan bersama dengan ujian yang banyak.
Permulaannya sahaja semuanya sama. Apa yang suami suka, isteri juga suka. Lama-lama nanti, bila semuanya dah kenal, nampak pula perbezaan.
Perbezaan ini bukan kekurangan, tapi sebuah peluang untuk kita jadikan diri kita pelengkap kepada pasangan kita.
Contohnya kita ada kekurangan dalam mengurus waktu, yakinlah pasangan kita adalah seorang yang sangat menjaga dan mengurus masa. Tapi dalam nak mengecilkan jurang perbezaan ini yang selalukan kita bertelagah. Waktu ini ujiannya besar.
Maka, hari-hari yang penuh ujian inilah waktu untuk kita merintih dan mendekatkan diri dengan Tuhan. Mengadu, bercakap, minta dibantu dan minta dipandu untuk kita betul-betul sabar membina rumahtangga.
Kata Allah, “Perkahwinan itu adalah bukti antara bukti-bukti kebesaran Allah.”
Jadi Allah ciptakan perkahwinan itu cukup indah. Sebagai jalan untuk kita selalu hampir dan dekat dengan Dia.
2. Memperbanyakkan sumber pahala.
Sebagai manusia kita lahir dengan sifat fitrah inginkan berpasangan. Iyalah, ada kawan mendengar keluhan dan cerita, ada teman ketawa dan bersama bahagia, ada pasangan untuk bermesra dan ada suami atau isteri untuk kita tunaikan tuntutan biologi kita.
Ternyata dengan perkahwinan, kita akan dapat penuhi semua itu berbanding jika kita bujang. Atau boleh saya katakan berbanding jika kita cuba untuk penuhi setiap fitrah kita itu tanpa berkahwinan.
Sungguh berpasangan yang sebelum nikah itu kan indah. Tapi banyak halangannya. Jika kita cuba juga lakukan berdosa pula.
Nak keluar jalan berdua itu dosa, makan bersama itu juga dosa, menonton wayang berdua pun berdosa. Semuanya terbatas itu dan ini. Lagi lah bersentuhan, mendekati zina. Tuhan murka.
Berbeza selepas kita berkahwin. Semuanya jadi halal. Nak bertemu di ceruk bumi mana pun boleh, nak berduaan lama mana pun terserah. Dan itu semua mendatangkan pahala.
Waktu bercinta sebelum nikah itu fikirkan hal-hal cinta ini berdosa, melihat sahaja sudah dosa dan bercakap berlebihan juga berdosa.
Tapi setelah bernikah fikirkan pasangan kita, itu pahala. Baru fikirkan sahaja. Melihat lebih lagi pahala. Bercakap dengan isteri juga pahala. Bersentuhan dan berpegangan tangan lebih daripada itu, selain dapat pahala kita dapat gugurkan dosa.
Begitulah perkahwinan memberikan cukup banyak jalan kita mengumpul pahala.
3. Perkahwinan adalah tapak untuk membina masyarakat Islam.
Untuk poin ini saya cukup ingat kata-kata guru saya;
“Mana mungkin kita dapat membina sebuah masyarakat Islam jika kita tak mampu menegakkan rumahtangga Islam dalam keluarga kita.”
Benar sungguhlah. Sebab harapan untuk membina masyarakat Islam bermula daripada keluarga kecil yang benar-benar Islam dulu. Daripada sebuah keluarga dengan sebuah keluarga yang lain, bergabung dan bersatu jadilah mereka ini sebuah masyarakat.
Perkahwinan sebenarnya adalah untuk memulakan masyarakat Islam kecil. Suaminya menjadi ketua keluarga yang menjadi pengurus kepada rumahtangga secara Islam. Isterinya pula pembantu merealisasikan impian terbentuknya kehidupan Islam dalam sebuah rumahtangga.
Bagaimana cara berpakaiannya, apa yang selalu dibicarakan dalam rumah, bagaimana jadual waktu sembahyang mereka sekeluarga.
Ingat, perkahwinan menjadi persoalan kepada keselamatan dan nasib masa depan umat Islam secara langsung.
Iya kalian, perkahwinan itu luar biasa.
Kita akan temukan kesempurnaan sebuah kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Cuma jalannya memang perlu penuh dengan sabar dan berserah.
Untuk yang masih menanti jodoh, kalau ada yang datang membawa niat yang baik, segerakan. Tak perlu banyak persoalan, nanti ini macam mana, itu macam mana. Makin dilambatkan, makin macam-macam yang timbul.
Tapi syaratnya kalian sudah kenal secara yang izinkan Islam. Contohnya dikenalkan oleh ibu bapa. Berkenalan terus dengan ibu bapa mereka demi melihat keikhlasan mereka untuk membina sebuah hubungan kekeluargaan.
Moga rumahtangga yang kita bina mendapat redha Allah. Dan menjadi jalan untuk kita ke syurga. Amin.
Sekian.
Firdaus Mokhtar,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati mana yang tidak sebak apabila duit simpanan untuk meniti hari tua telah lesap sekelip mata akibat penipuan sindiket Macau Scam.
Begitulah yang terjadi kepada seorang jururawat yang berusia 53 tahun yang didakwa telah ditipu oleh sindiket itu wang berjumlah RM350,000 setelah mendakwa mangsa tidak membayar cukai pendapatan berjumlah RM55,800.82.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 53 tahun yang menetap di Pokok Sena itu dihubungi seorang individu yang mengaku daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pembayaran selama 15 bulan.
Bagaimanapun katanya, mangsa menafikan perkara itu dan memberitahu tidak pernah membuka akaun syarikat perniagaan (SSM) dengan nama syarikat AR Maju Trading yang didaftar di Kelantan.
Namun sindiket ini pintar dengan muslihat dengan menyuruh mangsa untuk membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk menafikan mangsa tidak terbabit dengan kes berkenaan.
“Mangsa yang panik membuat panggilan itu dan disambung dengan ‘Datuk Nurul Huda Saleh’ dari IPK Kelantan yang kemudian meminta nombor Mykad mangsa untuk membuat pemeriksaan.
Minta nombor akaun bank
Taktik sindiket ini berjaya apabika meminta mangsa memberi nombor kad ATM serta nombor akaun Tabung Haji dan akaun Bank Islam.
“Mangsa menyedari ditipu selepas mangsa pergi ke Bank Islam cawangan Alor Setar untuk mengeluarkan wang dan terkejut apabila membuat semakan baki mendapati wang simpanannya berkurangan,” kata Superintendan Elias Omar.
RM350,000 telah lesap!
Siapa sangka, mereka sekali lagi berjaya memperdayakan mangsa. Semakan yang dilakukan mangsa mendapati wang sebanyak RM350,000 telah lesap.
Katanya, mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pokok Sena, pada 18 Januari. Beliau berkata, berikutan itu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Semua tahu bahawa solat tahajud itu begitu banyak manfaatnya termasuk doa yang dimakbulkan. Namun, ada juga yang kenapa doa masih tak makbul. Barangkali tanpa kita sedar solat selalu lambat, kadang tinggal solat, jika solat berjemaah pun harapkan solat Jumaat je. Malah mungkin kita tanpa sedar dah lama tidak membaca al-Quran.
Oleh ity, rajinkan diri untuk bangun SOLAT TAHAJUD. Jika sukar bagi kita, cubalah
paling kurang 1 kali dalam seminggu.
Percayalah pasti ada perubahan besar dalam hidup. Mudah aje, mula 2 rakaat sahaja dulu antara jam 3.00 hingga 5.30pagi.
Tak banyak takpe. Asalkan buat. Moga rezeki banyak dan doa makbul.
Menerusi facebook seorang wanita ini, Rohana Saad, berkongsi panduan untuk solat tahajud.
IKUTI PERKONGSIANNYA
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yg the best sekitar 4.30pagi hinggalah sebelom subuh.
Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH” , tak perlu lafadz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing2 samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
BACAAN SURAH
Tidak terkhusus dgn mana2 surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil@phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
LAMAKAN SUJUD
Jadi lamakan sujud & mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahjud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu.
Jangan solat laju2, slow and steady. Yang penting buat setenang2nya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana2 zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
SENANGKAN…?
Credit: Ustaz Muhamad Rizal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di