Baru-baru ini seorang pelakon filem Pulau, Ms Pui Yi atau nama sebenarnya Siew Pui Yi telah memaklumkan bahawa dia telah menawarkan biasiswa pendidikan kepada pelajar yang memerlukan dengan jumlah keseluruhan AS$1,000,000 bersamaan RM4.3 juta.
Perkara ini telah dimuatnaik menerusi akaun TikTok miliknya dan mendapat maklumbalas yang positif dari para pengikutnya.
@ms_puiyi♬ original sound – ms_puiyi
Ujarnya dalam video tersebut, tawaran itu dibuat kerana ingin melakukan perubahan kepada golongan pelajar yang kurang berkemampuan untuk mencapai cita-cita mereka disebabkan kekakangan kewangan.
“Saya ingin maklumkan bahawa hari ini saya akan melancarkan program biasiswa pertama saya. Dengan kerjasama dari satu organisasi, kami ingin memaklumkan bahawa kami menawarkan biasiswa berjumlah AS$1,000,000 kepada pelajar yang tidak berkemampuan dari seluruh dunia.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
Setiap pelajar akan diberikan geran AS$1,000 untuk meneruskan pelajaran dalam bidang yang mereka mahukan. Mereka juga akan mendapat akses untuk menerima geran pelajaran sepanjang proses pembelajaran dan turut diberikan geran perniagaan selepas tamat pelajaran,” katanya.
Dalam video tersebut, Ms Pui Yi turut menceritakan pengalamannya yang gagal untuk menjadi pakar bedah disebabkan tidak mempunyai kewangan yang cukup bagu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
Dia yang mengaku berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan dan membesar di kawasan luar bandar terpaksa melupakan impiannya dan bekerja.
Sebagai seorang yang membesar di kawasan luar bandar, keluarga saya bukanlah keluarga berkemampuan untuk membiayai pengajian saya.
“Dahulu, saya ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan dan saya perlu bekerja setiap hari sehingga lewat malam.
“Saya perlu ke kolej dan bekerja sambilan sebagai model di pelbagai lokasi pada setiap minggu. Ada ketikanya saya tidak dapat tidur mencukupi dan tidak dapat makanan sepatutnya,” katanya.
Ujarnya lagi, hasil dari proses kehidupan yang telah dilalui, kini dia berhasrat untuk menyumbangkan semula kepada masyarakat.
“Akhirnya, saya tak dapat menyambung pelajaran dan menggapai cita-cita saya untuk menjadi pakar bedah disebabkan pelbagai faktor.
“Antaranya, saya tak ada tabungan yang mencukupi untuk menyambung pelajaran, keluarga saya pun tak berkemampuan, dan saya tak dapat mencari biasiswa yang sesuai, jadi, saya perlu melupakan impian itu dan menyambung pelajaran dalam bidang lain iaitu perniagaan.
“Sekarang, saya ingin membawa perubahan dan berhasrat untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang memerlukan,” katanya.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club