Berita

Pelakon Filem Tarzan Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Share

Pastinya ramai yang gemar menonton filem Tarzan. Khabar duka hari ni bahawa Roy Ely, pelakon filem Tarzan yang pernah popular suatu ketika dahulu, telah meninggal dunia pada usia 86 tahun.

Difahamkan, Ely menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Los Alamos, Santa Barbara, California, pada 29 September lalu.

Ely bintang filem yang popular melalui peranannya sebagai Tarzan dalam siri popular tahun 1960-an, yang memaparkan aksinya bergayut dari satu pokok ke pokok lain dengan ditemani seekor cimpanzi.

Siri “Tarzan” asalnya disiarkan di rangkaian televisyen NBC dari tahun 1966 hingga 1968.

Pada ketika itu, Ely berjaya menempah nama dalam industri seni dan begitu dikenali kerana dipercayai melakukan aksi ‘stunt’ sendiri.

Semasa pengambaran, Ely dipercayai pernah mengalami beberapa kecederaan, termasuk patah tulang dan diserang haiwan buas.

LEGENDA FILEM TARZAN

“Dunia kehilangan seorang lelaki terhebat yang pernah dikenali.

“Orang ramai menggelar ayah saya sebagai wira. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib mengenainya,” kata anak perempuannya, Kirsten Ely di media sosial.

Untuk info, selain daripada siri “Tarzan”, Ely juga pernah berlakon dalam pelbagai siri televisyen lain pada tahun 1990-an dan memegang watak dalam filem “Expecting Amish” pada tahun 2014 sebagai seorang penyiasat.

Pelbagai watak yang dibawanya sepanjang karier telah meninggalkan kesan mendalam kepada peminatnya di seluruh dunia.

Sumber: Sinar Harian