Pelajar tingkatan lima meninggal dunia lepas tamatkan rentas desa, “Arwah rakan yang baik.” Muhammad Shahrul Ashimie adalah rakan Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin, 17, yang meninggal dunia sebaik tiba di garisan penamat selepas menamatkan acara merentas desa di sekolahnya di Sungai Petani, pagi semalam.

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”

“Saya macam tak percaya Haziq dah pergi buat selama-lamanya kerana pagi semalam sebelum merentas desa bermula, dia nampak seronok dan bersemangat,” kata Muhammad Shahrul Ashimie Md Fadli, 17.

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”
Kredit foto: Sinar Harian

Acara itu bermula jam 8 pagi dan arwah adalah seorang atlet sukan di sekolah mereka.

Muhammad Haziq Uzayr pernah menjadi rakan sekelasnya ketika di Tingkatan Dua sebelum masing-masing bertukar kelas.

“Pagi tadi (semalam) saya sempat menegurnya ‘semoga berjaya’ dan dia nampak ‘happy’ (seronok) sangat.

“Tapi lepas menamatkan acara itu, dia terus rebah dan terus dibawa ke khemah tepi padang.

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”

“Masa itu seorang guru berusaha memberi bantuan CPR kepadanya sementara menunggu ambulans tiba tetapi ketika itu arwah agak lemah,” katanya ditemui di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sultan Salehuddin, Bandar Puteri Jaya, malam tadi.

Ads

Menurutnya, keadaan itu agak mencemaskan kerana melihat sendiri rakannya rebah depan mata dan pada mulanya disangkakan hanya pengsan.

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”
Kredit foto: Sinar Harian

“Tidak lama kemudian pengetua memanggil semua pelajar berkumpul di pentas dan memberitahu Muhammad Haziq Uzayr sudah meninggal dunia.

“Ketika itu saya macam tak percaya tapi akhirnya terpaksa menerima hakikat saya sudah kehilangan rakan yang baik dan suka tolong orang.

“Saya sempat tatap wajahnya dan cium pipinya sebelum jenazah dikebumikan, memang sedih la,” katanya.

Jenazah Muhammad Haziq Uzayr yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Ads

Jenazah kemudian dibawa ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan dan selamat dikebumikan jam 11 malam.

Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Lepas Tamatkan Rentas Desa, “Arwah Rakan Yang Baik”
Kredit foto: Sinar Harian

Kira-kira 300 orang hadir termasuk ibu bapa remaja itu serta ahli keluarga dan rakan-rakan sekolah Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah malam tadi.

Media semalam melaporkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di daerah ini meninggal dunia selepas menyertai aktiviti merentas desa, semalam.

Sumber: Berita Harian

Ads

Baca artikel lain juga: Mansuh PT3, Keputusan SPM Tidak Akan Terjejas

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI