Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Sumber: FB Prof Fatimah binti Kari
Tiba-Tiba Rebah Dalam Barisan, Ayah Datang Papah Anak Bantu Berdiri Undang Sebak Orang Ramai!
Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tiada ayah mahupun ibu sanggup melihat anaknya dalam kesusahan dan lemah, apatah lagi ketika kesakitan. Itulah situasi yang tular di media sosial hari ini apabila seorang anak tiba-tiba rebah dalam perbarisan dan diangkat oleh ayahnya yang tidak mahu anaknya dilihat sebagai lemah.
Perkongsian asal yang dikongsikan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Facebook milik beliau, merakamkan detik-detik berharga seorang anak melihat kasih ayahnya itu dalam sebuah majlis di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang.
Dalam perkongsian tersebut, bait-bait penulisan di ruangan kapsyen YB Dato Seri juga menyentuh hati pengikutnya.
Kasihnya ayah
Berkorban nyawa
Biarlah jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asalkan bahagia
Banyak yang tersirat di sebalik turutan gambar ini. Ketika terkujurnya anak tatkala berkawad, kerana menahan terik mentari, berlari si ayah menerpa dari arah khemah tetamu. Sehingga terlucut selipar yang disarung, namun tidak diendahkan, asalkan beliau berada di sisi anak dalam sekelip mata.
Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya. Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.
Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali.
Kepada mereka yang masih mempunyai insan bergelar ayah – hargai, sayangi dan santunilah selagi hayatnya dikandung badan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata sebak dan menitiskan air mata melihat reaksi ayah ini terhadap anaknya. Malah ramai yang beri nasihat untuk mengingati dan hargai jasa ibu ayah selagi mampu.
Sumber : Alexander Nanta Linggi
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini
Ustazah Asma Harun Kongsi Amalan Zikir Ikut Waktu Solat. Ini Rahsia Tenang Hati Dan Bahagia.
Apabila hati tenang dan bahagia, sudah tentu segala cara hidup akan menjadi lebih tersusun dan indah. Masalah yang hadapi dihadapi dengan tenang.
Salah satu amalan yang membuatkan kita berasa tenang adalah melalui amalan zikir.
Selalunya dilakukan selepas solat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan bila-bila masa.
Namun, tidak ramai yang tahu bahawa ada bacaan zikir dilakukan mengikut waktu solat.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh DrNoraini Talip di laman facebook milikinya mengenai panduan jadual zikir yang diberikan oleh Ustazah Asma Harun.
Ikuti perkongsian ini.
Jadual waktu zikir perkongsian Ustazah Asma Harun dan juga apa yang ibu pelajari sepanjang perjalanan menuntut ilmu.
Tak dapat nak hujah panjang2 sebab ibu bukan ustazah tapi ibu nak share ni Jadual zikir dengan mengamalkan zikir yang lebih aula (baik).
Ciri zikir yang lebih aula antaranya ialah:
1. Dipetik daripada ayat ayat suci al Quran
2. Dipetik daripada Hadith Sohih
3. Ringan pada sebutan tapi berat pada ganjaran. Maksudnya sangat besar ganjarannya. Waktu semakin singkat, maka kena amalkan zikir yang paling memberi bekas.
Zikir tersebut wajarlah kita amalkan supaya hajat kita nanti nak setaman dengan Baginda Nabi saw, para sahabat, anbiya’ dan ulama terkabul. Moga Allah kabulkan.
Kena usaha na. Biar kat dunia jiran kita bukan siapa2 tapi di akhirat biarlah setaman dengan mereka yang tersebut di atas. Subhanallah Tabarakaulloh. Bayangkan indahnya saat itu.
Jadual waktu zikir
#Waktu lepas subuh hingga zuhur* : Bacalah sebaik-baik kalimah dan sebesar2 ganjaran jika diamalkan iaitu “La ila ha illaulloh”. Kajian menunjukkan orang Islam yang meninggal, 10% aje boleh sebut kalimah ini. Mudah2an dengan melaziminya kita bisa menyebut kala sakaratulmaut.
#Waktu lepas zuhur hingga asar* : Bacalah selawat atas Nabi saw pada bacaan yang biasa kita baca. 1x selawat kita kepada Nabi saw, 10x Allah selawat atas kita (ucap selamat). Besar tu, nak dapat syafaat Nabi kan.
#Waktu lepas asar hingga maghrib* : Bacalah tasbih dan 2 kalimatain yang disuruh sangat membaca iaitu Subhanallahi Bihamdih, Subhanallahil Azimi.
#Waktu lepas maghrib hinggga Isya* : Bacalah La hawlawa quwwata illa billah. Ini untuk peningkatan ketauhidan kita.
#Waktu lsya’ hingga tertidur (subuh)* : Bacalah istighfar banyak-banyak, kalau kita mati dalam tidur mudah mudahan dalam pengampunan Allah.
Jadi amalan.
Maaflah ibu tak de keyboard jawi nak tulis. Mudah-mudahan dengan amalan ini mati kita dalam Islam dan bahagia kehidupan di alam barzakh dan di akhirat nanti .
Allahumma yasir. Moga Allah permudahkan niat dan amalan yang baik. Aamiin.
Kredit: DrNoraini Talip
Doa Kunci Anak Senang Solat, Idea Ibu Ni Buat Anak Berdesup Nak Solat!
Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club