Pelajar OKU Sertai Acara Larian, Cikgu Ikut Sampai Garis Akhir Bikin Sebak!

Share

Menang kalah belakang kira, apa yang penting semangat juang yang tinggi untuk menyertai sesuatu pertandingan tersebut.

Itulah yang digambarkan buat pelajar lelaki kelainan upaya (OKU) ini yang tidak patah semangat menyertai acara larian meskipun menggunakan tongkat.

Dalam video yang dikongsikan oleh Farid Kamaruddin di Aplikasi Tiktoknya di garisan pemula, pelajar lelaki ini dilihat sedang berdiri dalam keadaan sudah bersedia sebelum menunjukkan kesungguhan berlari dengan sebelah kaki dengan dibantu oleh tongkat.

“Aku tahu kau paling kuat dik,”tulisnya.

Sementara itu, apa yang membuat ramai lebih tersentuh hati adalah kegigihan seorang guru wanita yang memakai baju biru turut berlari di sebelah adiknya yang kurang upaya sambil memberikan sokongan sehingga ke garisan penamat.

“Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat,”tulisnya lagi.

@faridkamaruddin18 Aku tahu kau orang paling kuat dik. Terima kaseh cikgu bagi sokongan sehingga ke penamat. #luarbiasa #ppki #fyp ♬ Jangan Pernah Menyerah – Arnas19🐱

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak melihat semangat dan  cara guru menyayangi anak muridnya. Malah,  ibu kepada pelajar tersebut berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepada anaknya.

Sumber: TikTok faridkamaruddin18