Pelajar KPTM dan pelajar Madrasah Tahfiz dipilih sebagai imam tarawih sepanjang Ramadan. Dua pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di Ipoh yang mengikuti program Pemerkasaan Huffaz telah terpilih untuk berkhidmat sebagai imam solat tarawih di sekitar Ipoh sepanjang bulan Ramadan ini.

Pelajar KPTM Dan Pelajar Madrasah Tahfiz Dipilih Sebagai Imam Tarawih Sepanjang Ramadan

Salah seorang pelajar, Mohammed Hanef Hafizuddin, 21, yang mengikuti pengajian Diploma Reka Bentuk Permainan (Game Design), berkongsi pengalaman lapan tahunnya sebagai imam jemputan memberi kelebihan kepadanya untuk menggalas tanggungjawab mengetuai jemaah di Masjid Al-Ijtimaaiah, Taman Sri Kurau, Bercham. Dia akan berkhidmat di masjid tersebut pada dua minggu terakhir Ramadan.

Pelajar KPTM & Pelajar Madrasah Tahfiz Dipilih Sebagai Imam Tarawih Sepanjang Ramadan

Cabaran Dan Pengalaman Sebagai Imam

Menurut Mohammed Hanef, cabaran menjadi imam tidak begitu besar baginya kerana dia sudah berpengalaman mengimamkan solat tarawih sejak usia 13 tahun di sekitar Selangor.

“Jika ada cabaran pun, ia lebih kepada memenuhi kehendak jemaah sama ada mahu menunaikan solat sunat lapan rakaat atau 20 rakaat. Dari segi bacaan, saya lebih menumpukan kepada sebutan yang jelas dan tartil berbanding penggunaan taranum yang berlebihan. Jika berpeluang, saya akan membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk 10,” katanya.

Mengenai bayaran, bekas pelajar tahfiz itu memaklumkan pihak masjid menyediakan bayaran sekitar RM1,000 bagi tempoh dua minggu perkhidmatannya.

Baca lagi: Duit Raya, Mana Lebih Banyak Pahala? Beri Pada Syawal Atau Ramadan

“Itu adalah kadar biasa yang diterima oleh imam muda, dan paling tinggi pun sekitar RM2,000 kerana saya masih bergelar pelajar,” tambahnya.

Ads

Peluang Berkhidmat Dan Mengumpul Pahala

Sementara itu, Muhammad Amar Anas Muhd Isham, 19, yang mengikuti Diploma Bisnes Digital di KPTM, menganggap peluang menjadi imam muda tarawih sebagai satu cara untuk menambah pahala ibadah sepanjang Ramadan.

“Ini pengalaman pertama saya. Sudah tentu ada rasa gementar kerana mengetuai jemaah yang lebih berpengalaman berbeza dengan menjadi imam dalam kalangan rakan-rakan di sekolah tahfiz sebelum ini,” katanya.

Beliau merancang untuk membaca surah dari juzuk satu hingga juzuk tujuh sepanjang tempoh 15 hari Ramadan dengan memberi penekanan kepada bacaan yang jelas dari segi taranum dan tajwid.

Muhammad Amar turut menerima bayaran sekitar RM1,000 dan menganggap pengalaman ini sebagai satu bentuk khidmat kepada masyarakat.

Persediaan Rapi Khatam Lebih 30 Kali

Di Senawang, seorang lagi pelajar Madrasah Tahfiz Khoirul Anam, Mohd Yasin Ibramsa, 16, turut terpilih menjadi imam tarawih di Surau Insaniah, Taman Bandar Senawang.

Pelajar KPTM & Pelajar Madrasah Tahfiz Dipilih Sebagai Imam Tarawih Sepanjang Ramadan
Mohd Yasin (kiri) mengikuti hafazan 10 juzuk setiap hari sebagai persiapan menjadi imam tarawih.

Beliau membuat persiapan dengan menghafaz 10 juzuk setiap hari dari Subuh hingga Asar dan telah khatam al-Quran lebih 30 kali pada bulan Syaaban lalu.

Ads

“Saya sangat teruja kerana ini pengalaman pertama saya. Pihak madrasah memberi kepercayaan kepada saya untuk menimba pengalaman agar hafazan yang dilakukan di madrasah dapat dipraktikkan di luar,” katanya.

Mengenai upah, beliau menjelaskan bahawa imam yang baru dilantik biasanya menerima wang sagu hati sekitar RM2,000 untuk sebulan.

“Namun, jumlah upah bukan ukuran kerana diberi kepercayaan menjadi imam buat pertama kali adalah lebih berharga,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

Baca artikel lain juga: Subhanallah! Rebut 7 Waktu Mustajab Berdoa Di Bulan Ramadan

Ads

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI