
Dah jadi adat setiap tahun mulanya persekolahan baru mesti ada perkara lucu yang dibuat oleh anak-anak pada hari pertama persekolahan.
Yang mana baru darjah satu dengan tangisan mereka, dan ada yang terlebih semangat. Malah bukan pelajar sahaja, cikgu-cikgu pun tak kurang peranan mereka dengan kostum kartun demi gembirakan anak-anak ke sekolah.
Kalau sebelum ini viral anak-anak ini tersangkut kepala di kerusi, tupperware mak tertinggal di sekolah, semalam, viral satu video yang memaparkan seorang pelajar berdepan detik cemas apabila jarinya tersangkut pada lubang botol minumannya.
Video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna tiktok @rawahill, yang kelihatan jari pelajar cemas itu sedikit bengkak akibat tersangkut pada lubang kecil botol minuman miliknya.
Kedengaran juga suara seorang lelaki berkata bahawa jari budak itu tidak dapat dikeluarkan dari penutup botol tersebut.
Tersangkut botol air dah.. Nak buka tak boleh.. Hari pertama
Watch on TikTok
Perkongsian itu mendapat lebih 700 ribu penonton semasa artikel ini dikeluarkan dan mendapat perhatian orang ramai di ruangan komen.
Sumber : Tiktok Rawahill
Agak-agak, menu apa yang best eh kat Jollibee? Haa meh tengok Zira Review!
Mama tak marah anak, boleh ke? Kalau tak marah macam mana nak dengar kata? Jom ikuti perkongsian ini!
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Jom sertai E-Keluargagader https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/
Nak Masuk Tahun 2023 Duit Asyik Tak Cukup, Rupanya Salah Cara, Ini Nasihat Pakar Kewangan

Jika berbicara soal duit ni memang tak habis. Semua dalam kehidupan memerlukan duit untuk bergerak. Namun kena ingat, jangan pula kita jadi hamba duit.
Cuma duit ini adalah untuk memberi keselesaan hidup bagi membantu kita memehuni keperluan dan kehendak.
Bukan sahaja untuk diri kita sediri tetapi pasangan, ibu bapa, anak-anak serta juga adik beradik.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bahkan kita juga mampu membantu golongan yang memerlukan jika pendapatan kita telah mencapai tahap yang membanggakan.
Namun nak mempunyai pendapatan yang mengkagumkan bukan jalan yang mudah perlu ada perancangan dan kesungguhannya.
Sebagaimana nasihat perundingan kewangan ini, Harith Faisal yang memberi respon mengenai suatu persoalan di media sosial baru-baru ini.
Nasihat beliau menjadi rujukan untuk kita bangkit merangsang semangat untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga.
Dah nak masuk tahun 2023, cepat bangkit! Masa tak menunggu kita!
Berikut perkongsian Harith Faisal yang boleh dijadikan panduan perancangan kewangan anda buat yang belum berkahwin atau bujang.
Kalau kau bujang dan tak boleh simpan 30% daripada gaji maksudnya gaji kau tak cukup tampung hidup kau. Ada dua perkara yang kau boleh buat.
CARA DUIT TAMBAHAN SEKARANG
Jadi, cara yang paling sesuai sekarang ni adalah cari side income. Walaupun side income tu bersifat aktif pun layan sajalah. Contohnya, buat Foodpanda, Grab, jadi dropship, ambil upah mengajar tuisyen.
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Rupanya Susah Nak Jawab Soalan Matematik Tahun Satu Ni. Patutlah Ibu Ayah Ramai Yang ‘Pening’.

Rupanya Susah Nak Jawab Soalan Matematik Tahun Satu Ni. Patutlah Ibu Ayah Ramai Yang ‘Pening’.
Setiap ibu ayah pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak termasuk cemerlang dalam pelajaran.
Namun siapa sangka, skema jawapan subjek yang diajar di sekolah dirasakan amat sukar berbanding zaman persekolahan mereka lalu.
Prihatin dengan permasalah itu, Cikgu Mohd Fadli Salleh turut menyuarakan skema jawapan untuk subjek berkenaan yang dikatakan terlalu tinggi aras soalannya.
Menerusi perkongsiannya, Cikgu Fadli yang juga guru matemarik memberitahu ramai ibu ayah telah memintanya untuk memberi tunjuk ajar bagi menyelesaikan soalan berkenaan. Fuh, memang susah betul soalan tahun 1!
Patutlah Cikgu Mohd Fadli Salleh sering memperjuangkan silibus yang didakwa tinggi dan padat untuk murid sekolah rendah.
Seterusnya ikuti perkongsian cikgu yang komited ini mengenai skema jawapan matematik tahun 1 yang membuatkan ibu ayah pening kepala!
Artikel trending: Pada Usia 50 Tahun Azah Aziz ‘Maintain’ Cantik, Tak Buat Pembedahan, Makan Dua Sudu Nasi Je
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
“Ni latihan dalam buku Matematik Tahun 1. Ramai parents pm aku bagaimana nak ajar anak soalan ni.
“Susah kan? Lagi susah nak fahamkan budak usia 7 tahun. Tak hairan, ramai ibubapa bagitahu cikgu-cikgu Matematik anak mereka skip soalan ini.
“Nak ajar tahap pemikiran budak usia 7 tahun nak bagi faham tu payah. Ajar senang. Memberi faham, susah.
“Tapi sejujurnya, jika anak-anak kuasai teknik ini, mereka dapat mengira dengan lebih pantas dan laju. Cuma masa mencemburui. Silibus banyak dan padat, masa mengajar sikit yakmat.
Artikel popular: Remaja Ini Raih Perhatian Mahasiswa di Univesiti Malaya,Tak Sangka Rupanya Ini Sebabnya.
Atikel popular: Pernah Curi Motorsikal, Pelajar Juvana Ni Tak Sangka Dapat 8A, Tekad Berubah Demi Keluarga
“Maka tidak hairan jika ada guru yang skip part ini. Kerana jika ajar nak bagi faham, makan masa. Mungkin seminggu (5 waktu) hanya untuk bagi murid faham teknik pengiraan ini sahaja.
“Sedangkan banyak lagi silibus perlu dihabiskan. Sebab tu aku cakap, silibus yang ada sekarang ini memberi guru dua pilihan sahaja.
- Silibus dapat dihabiskan, namun tak dapat memberi faham yang elok kepada murid setiap sub topik yang diajar.
- Silibus tidak dapat dihabiskan sebab guru tumpu nak bagi faham setiap topik yang ada dalam buku teks.
Ramainya guru akan memilih option pertama. Habiskan silibus dengan mengajar laju. Jika tak habis silibus, masalah juga. Sebab tahun akan datang murid lagi bermasalah dengan topik yang belum pernah diajar.
“So, memang dilema.
TAMBAH MASA MENGAJAR MATEMATIK UNTUK LEBIH FAHAM
”Silibus Matematik sekolah rendah yang ada sekarang, walau ramai merungut susah, tinggi, KBAT dan seumpamanya, aku tetap setuju dengan silibus ini. Aku tak nak silibus diundur semula. Memang ini keperluan zaman sekarang.
“Cuma perlu tambah masa mengajar subjek Matematik dari 5 waktu kepada 10 waktu seminggu. 10 waktu = 5 jam masa belajar.
“Jika tambah masa subjek Matematik, aku yakin silibus sedia ada tak perlu pun diundur semula kerana guru-guru ada masa yang cukup untuk mengajar dan memberi faham kepada murid-murid.
“Cuma nak tambah masa mengajar subjek Matematik, subjek lain perlu dikurangkan masa atau dimansuhkan terus. Pada aku, tahap 1 tak perlu mereka belajar sampai 10-13 subjek. Cukup 4-6 subjek teras cukuplah.
”Bagi mereka mahir betul-betul pengiraan, membaca, menulis dan bahasa kedua (English). Tahap dua baru tambah sikit demi sikit subjek lain.
”Ni dah la semua subjek padat dan tinggi silibusnya, masa mengajar pula sedikit.
”Maka yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Rugi!
“Jika tak mahu juga kurangkan subjek, nak tak nak kena rendahkan aras silibus. Permudahkan. Itu saja caranya aku rasa. Dua pilihan yang ada.
- Nak kekalkan silibus, boleh. Kurangkan subjek.
- Nak kekalkan subjek, boleh. Rendahkan silibus.
“Pilih salah satu. Jangan pilih keduanya. Kerana bila pilih keduanya kegagalan menanti dan ia dah pun terbukti.
”Sesuatu perlu dilakukan. Perubahan perlu ada. Tak boleh biarkan hal ni berterusan. Kesian anak-anak kami.
Sumber: Mohd Fadli Salleh

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Gandakan Doa Untuk Anak, Ini 5 Amalan Yang Boleh Ibu Amalkan!

Sesungguhnya doa ibubapa terlalu besar mujarabnya. Biarpun si kecil anda terlalu degil dan membuatkan anda pening kepala, usahlah putus doa kepadanya saban hari.
Menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, doa adalah perkara pertama dalam perkongsian tip membentuk ibu bapa cemerlang. Usahlah cepat menghukum anak apabila mereka melalukan kesalahan, sebaliknya angkatlah tangan dan doakan supaya mereka berubah dan mudah dibentuk.
Ketika menahan marah, angkatlah tangan dan doakan mereka. Ini tip dan perkongsian yang diberikan oleh beliau. Amalkan doa, zikir dan cara ini, insyaallah mampu jadikan anak kita, anak yang soleh dan solehah. Berusaha sesungguhnya lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa. Jom kita amalkan sama-sama.
1.Amalkan zikir ‘Ya Latif’ dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang tidur.
2. Peluklah anak setiap kali bangun pagi sambil berselawat di dalam hati dan niatkan apa jua niat untuk mereka. Usaplah kepalanya lembut dan doakan yang terbaik untuknya.
3. Amalkan Surah Al-Fatihah dan Surah Taha (ayat 1 hingga 5) dan hembuskan pada makanan dan minuman mereka. Amalkan bacaan ini setiap hari.
4. Zikir ‘Ya Latif’ juga turut membantu si kecil anda mudah menerima pembelajarannya dengan baik diikuti dengan bacaan Surah As-Syura. Lakukan saban hari.
5. Cubalah berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk ketika berdepan dengan mereka. Usah cepat melenting bila berdepan dengan kenakalan mereka, sebaliknya bersabarlah dan doalah untuk mereka.
Antara Amalan Lain Yang Ibu Patut Buat
Ketika Memasak
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud: “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”
Temankan Anak Ulangkaji
Ketika menemani anak mengulangkaji atau membaca Al Quran, amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1 hingga 8, Surah Ar-Rahman ayat 1 hingga 4 danSurah Al-Insyirah. Ketika mengajar anak, sambil itu bacakanlah ayat-ayat ini.
Sentuh Ubun
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Doa Tengah Malam
Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Bangunlah ketika malam hari dan lakukan solat sunat diiringi doa dengan menyebut nama anak kita.