Kisah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 11A, Muhammad Syahril Saidi terus menjadi perhatian wargamaya mengenai nasib dan masa depannya. Bahkan kediaman Syahril masih dikunjungi orang ramai walaupun hampir seminggu berita kejayaannya dan kehilangan ibunya telah berlalu.
Berkongsi perkembangan terkini, Syahril, 18, berkata, setakat ini dia akan kembali meneruskan persekolahan di Maahad Yaakubiah, Kampung Nipah di sini, sementara menunggu kemasukan ke universiti. Ini sebagaimana memetik di Harian Metro.
Menurutnya, dia mahu meneruskan pelajaran di tingkatan enam dan menduduki Sijil Pelajaran Tinggi Agama (STAM) sebelum memilih untuk meneruskan pengajiannya.
Katanya, jurusan yang dipilih kelak adalah bidang agama di mana-mana pusat pengajian, universiti dalam atau luar negeri.
“Kalau saya nak terima mana-mana tawaran, urusan berkenaan akan dibincang bersama keluarga dan pihak berkaitan.
“Cuma setakat ini, saya boleh cakap, saya akan kembali ke sekolah (Maahad Yaakubiah) selepas seminggu bercuti menguruskan kematian Umi,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kandis di sini, hari ini.
Syahril berkata, dia juga berterima kasih atas keprihatinan orang ramai yang hadir ke rumahnya setiap hari selepas tular kisahnya menjaga ibu yang sakit, Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53.
“Cuma bagi saya, kita dah boleh tutup (perhatian) terhadap saya, bagi menghormati kehidupan ahli keluarga lain seperti kakak, ibu bapa saudara, sebab ada juga yang ambil kesempatan dengan mengaku ahli keluarga, saya risau juga keselamatan ahli keluarga lain,” katanya yang memohon orang ramai memahami keluarganya.
Berasa Sedih & Hampir Putus Asa, Rawat Hati Dengan Lakukan Ni!
Hidup ini penuh ujian, sama ada dalam bentuk kesusahan atau turut dikurniakan dengan ujian kesenangan.
Antara ujian kesusahan itu termasuk bencana alam, kesakitan, kelaparan, kemiskinan, kehilangan harta atau kematian orang yang disayangi.
Mengharungi saat getir ini pasti kita berasa sedih dan untuk merawat hati yang berduka, lakukan sebagaimana yang disarankan ini.
JIKA BERASA SEDIH DAN PUTUS ASA…
1. Fikirkan orang lain yang lebih susah dari kita. Yang mengalami kemusnahan dan ujian yang lebih besar dari kita. Yang kehilangan ternakan, harta benda, keluarga. Yang sudah tidak punya apa-apa lalu harus memulakan semuanya semula. Lihat foto ini. Tidakkah anda berasa besarnya nikmat dan kasih sayang Allah kepada kita. Ingat, setiap kali berasa susah…. Bandingkan diri dengan orang yang lebih susah.
Nak rasa kaya, duduk dengan orang yang miskin.Nak rasa sihat, duduk dengan orang yang sakit.
2. Saat sedih, segeralah berwuduk. Perbanyakkan amalan. Kita mungkin tidak alim. Atau siapapun diri kita… Jadilah diri kita yang lebih baik dari sebelumnya. Usah salahkan orang lain setiap kali kita diuji. Sebaliknya cari hingga sekecil-kecil kesalahan diri. Tuhan menguji untuk menyedarkan kita dan bagi menghapuskan dosa.
3. Malas macamana pun solatlah. Jika sudah lengkap solat lima waktu mu, tambahkan dengan solat sunat pula. Bersolat sehingga ada rasa dalam hati bahwa kita sudah tidak memerlukan sesiapa melainkan Allah. Dan kita tahu bahawa yang terbaik itu akan datang hanya dariNya dan dengan izinNya. Pada waktu yang terbaik dan ketika kita sudah benar-benar bersedia.
4. Andai kita membeli sesuatu barang dengan jaminan. Pasti hati kita berasa tenang bukan? Kerana kita tahu kita tidak akan rugi. Jika berlaku kerosakan, akan diganti. Itu janji kita dalam pembelian. Janji kita dengan manusia.
Baca janji Allah ini:
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”
(Al Qur’an Surat Al-Insyirah Ayat 5-6)
5. Biar bagaimana baik pun sahabat kita yang hilang atau harta benda atau pasangan atau pekerjaan atau kekayaan atau apa sahaja… Yang kita berasa tidak akan ada yang lebih baik dari nya pada saat ini. Dan tidak mungkin akan dapat pengganti yang lebih baik. Tetapi yakinlah bahawa Allah tidak akan mengambil sesuatu kecuali untuk menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Yakin dengan itu. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Tuhan tidak pernah zalim. Yakin bahawa Dia Maha Pemberi. Bahkan Dialah yang Menciptakan semuanya.
Sabarlah. Jangan menangis.
Allah sayang.
Sumber : Dzuriasikim Dzulkefli
Meskipun Telah Berusia, Ibu Ni Gigih Jual Pulut Kuning Demi Beli Alat Bantuan Pendengaran!
Rezeki tidak akan datang bergolek andai kita sendiri tidak mencarinya. Begitulah juga buat warga emas ini. Meskipun usianya sudah mencecah 63 tahun, namun ibu ini tetap gigih mencari rezeki dan seharusnya dijadikan inspirasi terutamanya kepada anak-anak muda.
Memetik kisah yang dikongsikan di mStar online, Napisah Lateh sebelum ini merupakan penoreh getah, namun mula mengusahakan perniagaan pulut kuning selepas kematian suaminya akibat kanser hati pada tahun 2015.
Menurut anak bongsunya, Mohamad Syamsulrizal Othman, 27, dia sedih melihat ibunya mengerah tenaga, namun ada sebab kenapa perniagaan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari ini.
Berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran baharu
“Mak sebelum ni tak pernah berniaga. Dia menoreh getah di kampung. Lepas ayah meninggal, dia buat pulut kuning untuk hilangkan bosan, untuk elak selalu terfikir mengenai arwah. Dia dah biasa kerja, bila duduk rumah dia jadi bosan.
“Selain itu, mak juga nak tambah pendapatan. Dah 15 tahun mak ada masalah pendengaran. Dulu kerajaan pernah bagi alat bantuan pendengaran, tapi ia dah rosak. Kami juga pernah beli alat pendengaran baharu dan ia juga sudah rosak.
“Jadi mak nak berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran yang baharu. Sebelah pun dah mencecah harga dalam RM3,500. Kalau nak beli sepasang, mungkin dalam RM7,000.
“Kami lima beradik pun ada niat nak beli sepasang terus untuk mak, tapi kosnya tinggi. Kalau ikutkan, kami tak bagi mak buat pulut kuning, tapi dia tetap nak teruskan. Kadang-kadang kesian tengok dia sampai kebas tangan,” ujarnya yang senang disapa Syam.
Menurut pemuda itu, ibunya yang berasal dari Machang, Kelantan kini menetap bersama kakaknya di Puncak Alam, Selangor sejak pandemik Covid-19 melanda.
Syam yang masih bujang menetap berdekatan di Setia Alam, sekali gus memudahkan urusannya untuk melawat si ibu saban minggu.
Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah.
Perniagaan Dibantu Kakak
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kami susah nak balik kampung. Jadi akhirnya mak datang ke sini dan menetap dengan kakak.
“Perniagaan pulut kuning ini turut dibantu kakak. Selain itu, mak dan kakak juga ada buat laksam Kelantan dan mi kari,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Syam turut berkongsi video memaparkan kegigihan ibunya membuat pulut kuning sehingga ia meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok.
@syamrizal♬ Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah
Berkongsi kisah dalam asam garam berniaga, siapa sangka wanita ini juga pernah ditipu oleh pelanggannya.
Napisah juga pernah ditipu pelanggan sebelum ini.
“Mak pernah kena ‘game’ dengan pelanggan. Orang tu tempah 40 bungkus pulut kuning, tapi sampai ke sudah tak datang ambil. Akhirnya mak sedekahkan pada jiran-jiran.
“Tapi Alhamdulillah, lepas video viral, tak sangka ramai followers TikTok yang nak tempah. Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah, tapi dia segan bila tahu dirinya viral,” ujar Syam lagi.
Bercerita lanjut, Syam yang kini bekerja dengan syarikat Jamumall Sdn Bhd mendedahkan ibunya juga pernah diserang angin ahmar pada 2019, namun kini keadaannya sudah kembali pulih.
Pulut kuning yang dihasilkan ibu Syam.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Anak Lahir Tahun 2016 Atau 2017, Ibu Ayah Dah Boleh Buat Pendaftaran Masuk Tahun 1 Mulai Mac Ni!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Fasa Perkahwinan, Usahakan Sampai Penghujungnya Rasa Bahagia! Wanita Ni Kongsikan!
Asam garam rumah tangga ada pasang surutnya.Bahkan dikatakan ada fasa-fasa tertentu yang harus ditempuhi.
Memahami apa yang dikatakan fasa dalam perkahwinan, ini dikongsikan untuk info bersama.
FASA PERKAHWINAN.
Rupa-rupanya, dalam perkahwinana ada banyak fasa yang perlu setiap pasangan tempuhi.
Ia bersifat dynamic.Ia tidak static.
Fasa pertama :
Saat awal kahwin banyak yang manis.
Rasa best..
Rasa happy..
Rasa seronok..
Fasa ini boleh lama sikit jika lambat dapat anak
Tapi mostly about 1-2 years
Lepas tu masuk fasa kedua:
Fasa magical thinking 💭
Fasa idealistic,
fikir pasal impian,
Bayangkan bentuk keluarga yang nak dibina,
Rancang tentang haluan kerjaya..
Plan pasal pendidikan anak-anak,
dan plan macam macam lagi
Simpan impian nak jadi suami/ isteri terbaik..
etc etc etc dan pelbagai lagi.
Tapi.. Impian yang dibina lebih bersifat idealistic berbanding realistic…Dan yang lebih bersifat idealistic ramainya perempuan lah banding lelaki
Fasa ketiga ialah fasa power struggle
Fasa mula banyak bergaduh.Mula berselisih dan berbeza pendapat. Dan bermula lah fasa kita semakin nampak perbezaan sesama suami-isteri.Dalam pelbagai perkara. Cara suami lain.
Cara isteri lain. Pendapat suami lain.Pendapat isteri lain.
Kalau ada anak, mungkin berbeza style nak besar dan didik anak-anak. Kalau pasal kerjaya mungkin berbeza dari segi pilihan laluan kerjaya. Masing masing rasa nak menang atau nak ikut style atau pendapat sendiri
Fasa power struggle ni boleh jadi pencetus konflik bagi sesetengah pasangan.
Fasa seterusnya ialah fasa break up. Saat ini mula masuk fasa konflik yang lebih serius.
Contoh kalau isteri tu dah lama bersabar dengan sesetengah sifat suami yang negatif…
Mungkin masa ni dah rasa tak boleh tahan dah
Begitu juga sebaliknya bagi pihak suami..
Jika asyik bersabar dengan karenah isteri..
Mungkin sampai satu tahap hilang rasa sabar
Fasa konflik tersebut berterusan dalam hubungan suami isteri hingga masuk fasa transition phase, dan suami-isteri akan semakin tahu kelemahan masing masing.
Apa jadi lepas tu?
Bagi pasangan yang dah tak boleh cari jalan persefahaman, saat ini mereka akan berpisah “Break up”
Tetapi…
Bagi pasangan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk improve hubungan mereka selepas fasa break up ni,
Mereka akan masuk fasa make up
Time ni kedua-dua pihak, suami dan isteri akan
lebih banyak explore each other, Try to make changes bit by bit. Cuba untuk improve their relationship.
Ada pasangan yang boleh deal sesama mereka
Ada pasangan yang mungkin perlu bantuan dari orang lain dalam fasa make up ni.
Tetapi…. yang bestnya,
Pasangan yang berjaya melalui fasa break up dan make up ni biasanya akan semakin rapat …
selepas lalui fasa konflik atau badai ni..
Go through fasa break up. Go through fasa make up …dan berjaya capai persefahaman yang baru, akan masuk fasa re-romanticizing phase.
Masa ni relationship rasa more meaningful..
And sebenarnya time tulah baru betul-betul boleh kata true love.
Iaitu..
The real love
Masih sayang each other selepas dah tahu keburukan dan kelemahan each other..
Menerima pasangan sebagai diri mereka sendiri. ” reality ”
Bukan lagi bersifat “idealistic”..
Atau mengimpikan sesuatu yang bukan real pada pasangan masing masing..
Bagi yang tengah melalui fasa konflik atau fasa yang selalu fikir pasal nak cerai, ” break up phase”…
Cubalah cari jalan untuk masuk make up stage..
Cuba cuba cuba usaha
Inshaa Allah nanti Allah tunjuk jalan
Kadang kadang Allah beri kesusahan di pertengahan perkahwinan…
Sebenarnya Allah nak beri rasa yang lebih manis selepas kesusahan itu..
P.s:
Komunikasi dan hubungan ni ialah 2 point berbeza
Ada orang mungkin dapat berkomunikasi dengan baik tapi still hubungan hati tidak rapat dan erat
Ada orang mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik tapi ada hubungan hati yang kuat.
Elakkan untuk berada dalam comfort zone about our relationship dengan spouse, sebab apabila rasa selesa kita akan mula pandang remeh little things and so stop finding ways to improve the relationship.
Sumber : Zulfah Zulkifli