Tular baru-baru ini satu rakaman video oleh seorang pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell yang cuba mengejutkan pekerja tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.
Tidak mahu isu tersebut mencetuskan kontroversi, Pak Cik Shell selaku pemilik stesen minyak tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram.
Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.
Dalam perkongsian tersebut, beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.
Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi.
Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Pak Cik Shell.
Malah ada yang memuji pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.
Sumber: pakcikshell
ARTIKEL MENARIK: “Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai
ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya
BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club