Tular baru-baru ini satu rakaman video oleh seorang pelanggan salah sebuah stesen minyak Shell yang cuba mengejutkan pekerja tertidur semasa bertugas ‘shift malam’ sekitar jam 3.50 pagi.
Tidak mahu isu tersebut mencetuskan kontroversi, Pak Cik Shell selaku pemilik stesen minyak tampil membuat penjelasan menerusi satu hantaran Instagram.
Pak Cik Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd sejak September 2016.
Dalam perkongsian tersebut, beliau meminta maaf terlebih dahulu kerana pelanggannya terpaksa menunggu pada waktu itu.
Ads
Menurut Pak Cik Shell, pekerja itu dipercayai keletihan selepas membantu ibunya meniaga di pasar pada awal pagi.
Ekoran video yang tular itu, pekerja itu telah dihantar untuk buat pemeriksaan kesihatan dan majikannya telah memberikan cuti seketika untuk dia berehat.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai. Rata-rata memuji dan terharu dengan keprihatinan yang ditunjukkan Pak Cik Shell.
Ads
Malah ada yang memuji pekerja itu beruntung kerana mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami situasi sebenar pekerja.
Dalam masa yang sama, ada yang pekerja tersebut kerana sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. Bahkan mereka turut menitipkan doa supaya pekerja tersebut kembali pulih dan dapat terus berkhidmat dengan baik.
“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak dilahirkan penyeri hidup pasangan selebriti terkenal Fattah Amin dan Fazura, yang diberi nama Nur Fatima Aisya ini sering menjadi tumpuan sejak wajahnya dikongsikan kepada umum.
Terbaru, akaun Instagram Fattzuralovelife, berkongsi gambar Fatima sedang makan di bulan Ramadan.
Biar pun hanya memaparkan wajah comot dengan sisa makan di mulut, warganet tetap terhibur.
“Assalamualaikum semua puasa tak? Fatima puasa hari ni.. “
PEMINAT TERHIBUR WALAUPUN HANYA SEKEPING GAMBAR FATIMA.
Warganet memuji kecomelan Fatima yang kini telah berusia tujuh bulan.
COMEL MATA HITAM TU
Apa yang pasti, paparan wajah Fatimah sentiasa di tunggu-tunggu peminat ibu bapanya. Peminat sentiasa tak sabar menantikan setiap perkongsian mengenai kehidupan Fatima.
Bercucuk tanam pokok jenis berbuah tidak semestinya memerlukan ruang tanah yang luas. Memandangkan boleh sahaja pokok tersebut ditanam di dalam pasu.
Pun begitu lazimnya bila menanam pokok di dalam pasu, ada yang merasakan ada had masa untuk pokok tersebut dipindahkan ke tanah bagi pastikan ianya dapat membesar dengan lebih baik dan sekali gus berbuah lebat.
Namun bukan sesuatu yang pelik andai dibiarkan di dalam pasu bertahun-tahun lamanya, pokok yang ditanam tetap juga boleh hidup subur bahkan hasil buahnya lebat sentiasa. Ini sebagaimana perkongsian Saudara Izham Alias, menanam pokok limau purut di dalam pasu dan setelah dua tahun lamanya pokok tersebut tetap subur malah lebat buahnya.
Nak tahu apa rahsia dan trik yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Pokok limau purut tanam dalam pasu. Alhamdulillah masih subur walaupun telah dua tahun dalam pasu.
Rahsia adalah sentiasa top up dengan baja organik. Biasa baja organik saya guna adalah kompos cacing yang dibeli. Palet tahi ayam proses pun sama. Ikut mood.
Kadang saya nampak tahi lembu depan rumah. Saya ambil dan letak dalam pasu. Biasalah tinggal di kampung. Lembu berkeliaran dan meninggalkan jejak.
Sekali sekala sembur dengan mikrob baik. Setelah itu sembur cuka kayu semestinya. Dalam 5-10ml cuka kayu + 1L air.
Saya dapati cuka kayu memang sesuai dengan pokok limau. Meriah bunga selepas sembur.
Tapi sebelum itu perlu saya pastikan pokok cukup baja. Cuka kayu hanya penggalak dan bukannya baja.
Kadang saya nampak si ulat bulu memakan daun. Saya biarkan sahaja. Berkongsi rezeki dengan makhluk Allah SWT. Lagipun jarang togel pokok ini semenjak saya beri kasih sayang cukup.
Tapi kalau togel, mahu juga saya campak ulat bulu tu ke dalam longkang.
Setakat ni saya sembur cuka kayu, Alhamdulillah kurang la ulat bulu makan. Pahit gamaknya.
Begitulah.
Sesiapa takda cuka kayu, boleh cuba sembur guna penggalak ni.Telur dan yakult je guna.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).