Pekatkan Gulai Tempoyak Bukan Je Kena Reneh Lama, Tapi Ada 2 Lagi Perlu Buat. Rugi Kalau Tak Tahu!

Share

Sebut sahaja menu ikan patin masak tempoyak, pasti kita akan terbayang orang belah-belah Pahang dan Perak adalah yang pakar dalam menyediakan menu ini. Rasa kuahnya asli dan sangat pekat.

Tentu ada petua dan teknik masakan yang diamalkan untuk menjadikan hidangan tersebut menjadi selazat itu. Untuk itu, Puan Hana Ismail telah berkongsi petua di fb setelah berjaya menyediakan menu ini menepati standardnya, jom semak apa petuanya itu.


Buat lagi ikan patin masak tempoyak, kali ni dah tak cair sebab dah dapat banyak petua dan cara yang betul untuk masak ikan patin tempoyak dari sahabat2 Group ni… Terima kasih semua.

Ini petuanya :-
→ air jangan banyak sgt, cukup2 ikan tenggelam je…
→tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat
→Kuah kena reneh lama sikit dgn api yang kecik baru pekat

Resepi

Ikan patin
Kunyit hidup
Cili padi
Tempoyak
Garam
Asam keping (klu tempoyak dah cukup masam tak letak pun tak pa)
Air (sy guna 11/2 gelas je)
Daun kunyit(potong halus2)

Cara penyediaan : 

  1. Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat
  2. Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan2 tumbuk td, biar mendidih masukkan tempoyak
  3. Tunggu sampai mendidih masukkan ikan
  4. Kecikkan api,renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak
  5. Masukkan daun kunyit
  6. Kalau kuah dah pekat, tutup api dah siap

sumber : Puan Hana Ismail via MAHN