Peguam Ni Bagi Sifir Urus Harta Pusaka Paling Asas. Simpan Kemas Untuk Kegunaan Akan Datang!

Share

Urusan tuntutan harta pusaka tentunya bukan semua ambil tahu, apatah lagi jika tidak membabitkan dengan diri dan keluarga kita sendiri.

Pun begitu, bila sampai masa dan ketikanya tidak tahu pula apa tindakan yang harus dibuat bagi mengurus harta peninggalan si mati.

Untuk itu, peguam ini kongsikan formula asas untuk memudahkan tuntutan yang wajar dilakukan.Jom semak.


Ramai yang masih bertanya soalan yang paling asas berkenaan kat mana nak mohon pusaka.

Si mati meninggalkan akaun ASB sahaja, boleh mohon di pejabat tanah tak? Bila masa yang kena mohon di mahkamah sivil atau di amanah raya? Saya kongsikan semula nota saya sebelum ni untuk rujukan.

Ini sifir urus pusaka yang paling asas. Hafal sifir ni ye simpan kemas-kemas.. mungkin berguna suatu hari nanti..

Sifir Asas Urus Pusaka Di Malaysia
***********************************

1) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke bawah —-> Amanah Raya Berhad.

2) Harta Alih Sahaja bernilai RM600,000 ke atas —-> Mahkamah Tinggi Sivil.

3) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai kurang RM2 juta —-> Unit Pusaka Kecil, Pejabat Tanah berhampiran.

4) Harta Tak Alih (bersekali harta alih atau tidak) bernilai melebihi RM2 juta —-> Mahkamah Tinggi Sivil.

5) Pentadbiran harta pusaka berwasiat (non-muslim) —-> Mahkamah Tinggi Sivil.

6) Permohonan Perintah Jualan terhadap Harta Pusaka —-> Mahkamah Tinggi Sivil.

7) Permohonan pengesahan waris (Sijil Faraid) —-> Mahkamah Syariah.

8)Permohonan Pengesahan Wasiat & Hibah
—-> Mahkamah Tinggi Syariah.

9) Permohonan pengisytiharan harta sepencarian terhadap harta pusaka —-> Mahkamah Tinggi Syariah.

Nota :

Harta Tak Alih : Rumah/Bangunan/Tanah/Kebun

Harta Alih : Kereta, Wang Tunai, Akaun Bank, KWSP, ASB, tabung haji, barang kemas, saham dll

Sumber : Roslina Sabiyah & Co