Seorang kanak-kanak kecil yang mempunyai masalah kesihatan baru-baru ini berpeluang bertemu muka dengan Datuk Rizalman yang merupakan idolanya.

Apa yang menyentuh hati dan membuatkan warganet sebak bila mana pereka fesyen tersohor tersebut berkongsi momen di laman instagramnya.

“Pegang Wajah Saya, Ganti Deria Mata Yang Hilang.” Cara Datuk Rizalman Santuni Anak Syurga Buat Netizen Sebak!

“Pegang Wajah Saya, Ganti Deria Mata Yang Hilang.” Cara Datuk Rizalman Santuni Anak Syurga Buat Netizen Sebak!

Ketika saya mula dipertemukan dgn @airen_lerr dahulu.. saya diberitahu beliau di dalam proses tahap kesihatan yg akan melalui kehilangan pandangan nya akibat penyakit yg di alami nya, hasrat beliau adalah utk bertemu saya sebagai idola nya.

IKLAN

Saya lekas2 bersetuju menemui beliau serta mempelawa untuk menyaksikan KesumaJiwa sebagai peristiwa istimewa yg terakhir sebelum kehilangan deria mata.. (di dalam hati saya berdoa semoga beliau sempat dan beliau sendiri tidak mengetahui keadaan kesihatannya ketika itu).. namun semenjak seminggu yg lepas, Airen sudah tidak lagi melihat.. beliau tidak sempat menyaksikan wajah saya. .
.
Beliau meminta ayahnya bahwa beliau ingin meraba wajah saya sebagai gantian kepada deria mata yg hilang itu…. saya telah berjumpa dengan ‘kesuma’ saya, bunga yg senantiasa akan mekar di taman syurga.
.
.
#kesumajiwa2020

View this post on Instagram

ketika saya mula dipertemukan dgn @airen_lerr dahulu.. saya diberitahu beliau di dalam proses tahap kesihatan yg akan melalui kehilangan pandangan nya akibat penyakit yg di alami nya, hasrat beliau adalah utk bertemu saya sebagai idola nya.. saya lekas2 bersetuju menemui beliau serta mempelawa untuk menyaksikan KesumaJiwa sebagai peristiwa istimewa yg terakhir sebelum kehilangan deria mata.. (di dalam hati saya berdoa semoga beliau sempat dan beliau sendiri tidak mengetahui keadaan kesihatannya ketika itu).. namun semenjak seminggu yg lepas, Airen sudah tidak lagi melihat.. beliau tidak sempat menyaksikan wajah saya. . . Beliau meminta ayahnya bahwa beliau ingin meraba wajah saya sebagai gantian kepada deria mata yg hilang itu…. saya telah berjumpa dengan ‘kesuma’ saya, bunga yg senantiasa akan mekar di taman syurga. . . . #kesumajiwa2020

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

IKLAN

Airen Nurain atau manja dipanggil Ain, berusia 12 tahun, sering mengikuti perkembangan Rizalman di IG. Menerusi perkongsian yang di IG Rizalman sebelum ini, adik Ain ada berhasrat mahu berjumpa dengan pereka fesyen terkenal itu, selepas seorang indivdu telah memaklumkan mengenai impian anak istimewa itu kepadanya.

“Pegang Wajah Saya, Ganti Deria Mata Yang Hilang.” Cara Datuk Rizalman Santuni Anak Syurga Buat Netizen Sebak!

IKLAN

Diberitahu, mereka sedaya upaya mahu menunaikan hasrat Ain sebelum dia menjalani rawatan. Ini kerana, keadaan kesihatan Ain sudah merosot dengan penyakit buah pinggang kronik, ditambah pula Ain disahkan menghidap ketumbuhan dalam otak.

Disebabkan ketumbuhan itu, penglihatan Ain terjejas teruk dan kemungkinan besar dia bakal buta. Oleh itu, ahli keluarganya mahu segera menunaikan impiannya, agar sempat melihat idolanya.

Sumber: IG rizalman71

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI