Menjaga hubungan adik beradik untuk kekal rapat dan mesra sepanjang waktu mungkin tidak semudah yang diharapkan. Apatah lagi sekiranya sudah besar panjang, ada haluan masing-masing. Seorang ke hulu seorang ke hilir. Jika inilah yang berlarutan, lama kelamaan hubungan adik beradik akan menjadi renggang dan tidak hairanlah akan jarang dapat melakukan aktiviti bersama-sama, tidak sepertimana waktu kecil dahulu.
Namun berbeza dengan apa pasangan adik beradik ini lakukan. Emeer Ismail melayan adik perempuannya Fazwa Ismail dilihat cukup mesra penuh dengan kasih sayang. Banyak gambar-gambar pasangan adik beradik ini dikongsikan di akaun twitter.
Menurut Emeer disebabkan sering merakam gambar berdua dengan adiknya itu menyebabkan ramai tersalah anggap hubungan seperti pasangan kekasih.
“Member-member aku yang tengok gambar ni semua cakap “dah macam girlfriend” atau yang baru kenal aku akan cakap “date dengan awek” haha sorrylah maybe cara aku layan adik aku nampak macam dia girlfriend aku. hm patutlah takde siapa nak usha aku maybe dia ingat aku dah berpunya”
Gaduh-gaduh manja adik beradik
Pegang janji dengan arwah mak, yang dibuat sejak 11 tahun lalu.
sumber : Emeer