
Isi Kandungan
ToggleUmum mengetahui ibu kepada dua beradik ini seorang guru tari yang hebat. Tidak hairanlah anak-anaknya mewarisi bakat tersebut.
Baru-baru ini Que Haidar memuat naik satu video yang menunjukkan anak-anak daranya , Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra sedang menari.
Namun aksi tersebut mengundang komen netizen yang rata-rata menyatakan video tersebut tidak sesuai untuk ditayangkan pada tatapan umum.
View this post on InstagramBalik2 rumah ada video utk daddy.. ?
A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on
maryam_saffuan firstly.. beware of pedo… moga besar nnti jd ank yg solehah tuk ibu ayah ye.. pretty girls..
ismishikin If u love ur kids so much, please remove this video. I know they are talented but they are many crazy ppl out there. And they are watching.
nietazz Avoid tayang video mcm ni to public. Cukup utk tatapan family sahaja.
darediyana Xsesuai utk tayangan umum
nurliananazri Pedophilia tgh tgk, pk kslmtn ank. Maaf, anda sendiri letak ank dlm keadaan bahaya. Please padam. ?
idaiman1 Better delete this video from soc med. Pedophil akan save this video and share among them. ?
daddy_6635 Awas empunya video….. Pedophilia is watching
Sumber: IG the_haidars
Rupanya Ramai Tak Sedar Skill Komunikasi Ayah Cukup Penting & Boleh Beri Kesan Pada Emosi & Tingkah Laku Anak

Komuni kasi satu hala boleh menyebabkan anak-anak tidak mendengar apa yang cuba kita sampaikan; begitu juga sebaliknya sehinggakan memberi kesan dalam hubungan antara ayah dan anak.
Jika tidak mahu anak tersalah langkah, waktu kecil lagi mereka perlu dididik dengan baik. Dan disitulah peranan si ayah yang cukup penting.
Peranan komunikasi di dalam sesebuah keluarga penting terutama dalam mencorak emosi dan juga tingkah laku anak-anak. Perkongsian lelaki ini sangat bermanfaat untuk semua!
Menarik sungguh perkongsian Ahmad Luqman Bukhari tentang skil komunikasi ayah dan anak dari kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Rupanya ramai yang tak sedar betapa komunikasi antara anak dan ayah itu cukup penting. Terutama sekali dalam memberi kesan kepada emosi serta tingkah laku anak-anak.
Mengambil teknik dan kaedah yang dipraktikkan oleh Nabi Ibrahim dalam membesarkan anaknya Nabi Ismail.
Pendekatan yang digunakan oleh Nabi Ibrahim patut dicontohi. Bagaimana setiap kali menasihati anaknya, nabi Ibrahim menggunakan perkataan yang penuh dengan ungkapan kasih sayang.
Malah ada kajian yang mengatakan, ayah yang supportive, penyayang dan caring memberi kesan pada emosi, pencapaian anak-anak
Menggunakan panggilan yang baik-baik serta eye contact bila bercakap dengan anak-anak antara kaeadh terbaik dalam komunikasi antara ayah dan anak.
Luangkan masa untuk anak-anak meluahkan dan memberi pendapat mereka. Skill kunikasi yang baik adalah secara face to face membolehkan anak-anak belajar skil bertutur dengan lebih baik.
Saya juga berkongsi ilmu kekeluargaan dan kesihatan kanak-kanak di Channel Telegram 👉🏻 https://t.me/NotaRedzaZainol
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Pilih Rumah, Kena Lihat Kedudukan Matahari. Bukan Sesaja Tapi Bersebab!

Merancang membeli kediaman baru untuk keluarga, selain memilih lokasi strategik, rekaan rumah yang menarik dan tentunya harga yang berpatutan. Ada satu lagi perkara yang ramai lupa untuk meneliti perkara ini.
Lain tidak bukan adalah melihat tanda angin yang ada pada plan projek perumahan. Apa pentingnya ya?
Fahami penjelasan daripada Encik Azizul Azli Ahmad ini. Jom semak.
MANA MATAHARI DI RUMAH KITA?
Sebelum beli sebuah kediaman, khususnya apartment. Semak dulu keadaan arah mata angin kediaman kita.
1. Semua susun atur kediaman yang dijual oleh pemaju ada petunjuk arah mata angin di bahagian hujungnya.
2. Kediaman A akan menerima banyak matahari pagi. waktu pagi matahari tidaklah seterik matahari petang.
3. Kediaman B akan menerima matahari selepas tengahari dan petang yang terik dan panas. Kedudukan kediaman di lokasi ini bukannya pilihan yang baik bagi negara kita.
Panas yang tersimpan dalam dinding bangunan akan dilepaskan pada waktu malam. Hingga malam bilik kita masih lagi panas.
Isteri kita akan seksi sepanjang malam sebab cuaca panas membahang. Bil penghawa dingin akan meningkat tinggi. Ada negara yang bagi diskaun tinggi bagi rumah menghadap matahari begini.
4. Kediaman C antara pilihan lokasi yang baik, cahaya pagi sederhana dan terlindung dari cahaya petang.
Sebelum beli, belajar sedikit tentang kedudukan arah mata angin. Arah mata angin ini juga membantu kita melihat kemana kiblat dalam rumah kita nanti kawan.
Moga bermanfaat.
Sumber : Azizul Azli Ahmad
“Rumah, Barang Mentah Saya Beli. Takkan Suami Kena Masak.” Tip Rumahtangga Undang Kontroversi, Ini Reaksi PU Riz!

Nama Pencetus Ummah (PU) Riz tiba-tiba mencetuskan Kontroversi dalam media sosial selepas viral satu potongan video di Twitter.
Justeru, seorang netizen meluahkan rasa kurang senang apabila suami kepada selebriti terkenal, Neelofa ini dijemput menjadi ‘speaker’ dalam sebuah majlis. ‘Berbulu telinga dengar’, itu yang diluahkan oleh individu terbabit.
Atas sebab apa gov agency seperti KPWKM invite si Haris ni as one of speaker? 3mins pertama pun aku dah berbulu telinga dengar. Zaman skrg semua kena give and take. Bukannya sbb kau laki, bini kena buat semua. pic.twitter.com/iwp3cthRIE
— pinokio (@Kionopi188) March 9, 2022
Berikutan itu, segelintir netizen meluahkan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan suami Kepada Neelofa ini.
Ada yang berpendapat dalam kehidupan rumah tangga sepatutnya kena amalkan budaya ‘give and take’. Lantaran itu, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tampil memberi pencerahan berkenaan kenyataannya.
” Ada di Twitter satu tulisan yang sebegini dan outcome daripada tulisan ini Haris menyuruh isteri untuk bawa masuk beras ke dalam rumah. Sebenarnya bukan itu maksud sebenar.
“Kalau didengar betul-betul dengan hati terbuka, maksudnya adalah supaya isteri itu dianjurkan untuk memasak. Tapi kepada mereka yang bekerja, yang ada tanggungjawab di luar kalau tak sempat, tidak menjadi satu dosa dan masalah.
“Berbalik kepada video ini, apa yang ingin disampaikan pertama adalah orang lelaki itu wajib menyediakan tempat tinggal. Kalau dia mampu menyediakan tempat tinggal tak kisah beli atau sewa, maka dia boleh berkahwin.
“Orang lelaki mesti bagi nafkah, kena infaq harta kepada isteri dan anak-anak. Itu maksud yang ingin disampaikan. Tidak boleh kita suruh isteri angkat beras yang berat masuk rumah. Itu perkara yang menzalimi.
Watch on TikTok
Untuk rekod, Haris dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.
Sumber:hrisbismail
ARTIKEL MENARIK: “Allah Sangat Baik Dengan El, Allah Izinkan. Syukur Alhamdulillah.” Elfira Dedah Jantina Anak, Bakal Timang Bayi Perempuan!
ARTIKEL POPULAR: “Babah Cakap Rupa Ayyash Macam Ibu.” Kandungan 29 Minggu Terpaksa Czer Air Ketuban Kering, Ibu Ni Reda Anak ‘Pergi’
BACA INI JUGA : ”Lawanya Adik. Anak Ramai, Badan Maintain Je.” Che Ta Kongsi Gambar Keluarga, Warganet Puji Nampak Sebaya Tak Makan Usia!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara