“Pedih, Perit, Remuk Hati Atas Pemergian Uzair..” Ibu Uyaina Kongsi Peribadi Arwah Anak Sulung

Share

Semalam, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi khabar duka tentang pemergian abang sulungnya, Mohd Attaful Uzair bin Arshad ke negeri abadi dalam sebuah entri di Instagram miliknya.

Hari ini, turut memuat naik perkongsian di platform yang sama, ibu Uyaina turut berkongsi peribadi anak sulungnya itu di akaun Instagram miliknya.

“Innalillahi Wainna laihirojiun..Anakandaku Uzair kesayangan Ummi,

“Pedih, perit, luluh, remuk hati Ummi atas pemergian Uzair.. Namun Ummi tetap bersyukur untuk 35tahun ini Uzair sudah menjadi anak Ummi yang sangat baik. Anak yang sedari kecil sudah menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan baik, anak yang sentiasa menjaga nama baik keluarga, yang menjadi penyejuk hati Ummi, kebanggaan Ummi, anak yang sentiasa sangat menjaga solat dari zaman kanak2 lagi, yang selalu ajak solat berjemaah, yang sentiasa rajin ke masjid/surau, yang tidak meninggalkan Al-Quran dan solat2 sunat, yang sentiasa sangat beraklak mulia, yang sentiasa pemurah, yang sentiasa baik dengan insan insan lain, yang sentiasa menunjukkan contoh tauladan dan nasihat yang baik2 pada adik2 dan Ummi..

“Selagi Ummi hidup akan Ummi terus kasihi dan sayangi Tini, Haura dan Hanessa sepenuh hati Ummi.. Pergilah Uzair kembali pada Ilahi.. Ummi redha seredhanya.. Ummi ampunkan segalanya.. Ummi halalkan semuanya.. Semoga Syurga terindah tempatmu duhai permata hati sulungku, Mohd Attaful Uzair bin Arshad..” kongsinya.

Terdahulu dalam perkongsian Uyaina, dia sempat meluahkan kata mengenai abang sulung kesayangannya itu yang meninggal dunia sama usia dengan arwah bapanya.

“Pulangnya abang sulungku ke negeri abadi.. Bertemu Sang Pencipta. Orang baik selalu pergi dulu. Dia tersangat baik. Terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik.

“Lepas arwah Baba meninggal, dia jadi ketua keluarga. Dari kecik lagi dia dah set contoh yang baik untuk kami adik2. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama. Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan Ummi. Kami adik2 berebut nak berbakti untuk Ummi.

“Dia baik. Dia pemurah. Dia penyayang. Baru je semalam kami berjumpa. Makan sama2. Bersembang macam2. Gelak sama2. Macam2 juga dia pesan.. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu. Rasa tak percaya dia dah tak ada. Terlalu awal dia pergi.. Sama usia dengan arwah Baba sewaktu dia meninggal dunia.” tulisnya.

Lebih menyentuh hati, pemergian abang sulungnya itu jatuh pada hari jadi ibunya sendiri yang melahirkannya.

 

“Rasa terlalu perit dan sakit nak diungkap dengan kata2.. Kehilangan seorang insan yang terlalu baik. Kehilangan darah daging yang terlalu kami sayang..Hari ini, 19 Ogos adalah hari jadi Ummi.. Lama dia plan nak sambut birthday Ummi.. Akhirnya, hari lahir Ummi diiringi dengan pemergian anak sulungnya.. Allahuakbar..

“Abangku Uzair, Semoga syurga menantimu. Minta kalian semua hadiahkan Al-Fatihah buat Mohd Attaful Uzair bin Arshad.. Doakan juga kesejahteraan & kekuatan buat isteri & anak2nya.” tambah Uyaina.

Dalam pada itu, isteri kepada abang sulung Uyaina juga memuat naik entri tentang peribadi suaminya dan dia reda dengan pemergian suami kesayangannya.

“Ya Allah, aku redha atas ketentuanMu. Pergilah hubby menemui Sang Pencipta yg Mulia. Sayang bersaksi sesungguhnya hubby seorang suami, ayah, anak dan hambaNya yg sangat baik. Pergilah hubby.. Sesungguhnya Allah tempat kita kembali.

“Jika arwah suami saya ada berhutang dgn sesiapa, blh hubungi saya. Maafkan salah silap dia ya. Allahu hubby, belum 24jam hubby pergi sayang dah rindu sgt sgt.. Rasa mcm hubby oncall sahaja malam td dan akan balik rumah kejap lagi. InsyaAllah sayang akan jaga anak-anak kita dengan sepenuh jiwa dan nyawa sayang. Semoga kita disatukan semula di syurga nanti🤲” tulisnya.

Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk Piai, Kuala Selangor selepas Zuhur semalam. Takziah dari kami team Majalah Keluarga.

Sumber : Instagram Uyaina Arshad, Tini_mohammad,@farahalwafa

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini