Sotong Paht Phet, kata orang jika anda menyediakan menu ini mudah kerja memasak jadinya. Apa tidaknya meskipun anda sediakan satu menu, namun ianya lengkap dengan hidangan sayur!
Bukan itu sahaja, hidangan ini juga sangat sedap kerana ia mempunyai rasa pedas dan beraroma yang mampu menyuntik selera untuk anda makan bertambah.
Nak tahu resipi dan cara penyediaannya? Jadi apa kata ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah
.
RESEPI SOTONG PHAT PHET(THAI)
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
BAHAN KISAR
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit air
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak .
2) Apabila sudah kering , masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
3) Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering .
4) Kemudian , masukkan lada hitam , serbuk kunyit , belacan , serbuk perasa dan sos ikan . Gaul rata .
5) Akhir sekali , masukkan cili padi , serai , daun limau purut , bawang dan kacang panjang. Masakan seketika dan tutup api .
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club