Pearl Bubble Homemade, Sedapkan Lagi Air Yang Dibancuh Sendiri. Paling Penting Mudah Sangat Nak Buatnya!

Share

Sekali sekala teringin juga kita sekeluarga menikmati minuman istimewa yang dicampurnkan bersama pearl bubble. Rasanya yang kenyal-kenyal memang enak dimakan sambil menghirup air yang menyegarkan.

Jadi apa kata, ketahui cara mudah untuk hasilkannya. Hanya dengan merebus topiaca pearl atau juga dikenali sebagai sago yang ada dijual dipasaran bersama beberapa bahan-bahan lain seperti pewarna dan sebagainya, pearl bubble sudah tersedia untuk dinikmati bersama minuman kegemaran keluarga.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Dyla Mahdaly, bilamana mencampurkan pearl bubble yang dimasaknya sendiri ke dalam air susu kurma. Nyata memberi rasa yang lebih enak dan tersendiri.

Pearl bubble cara saya…. Senang. Beli big tapioca pearl ni.. Amik yang besar… Kalau kecik boleh wat kuih sagu mata ikan…

Bahan-bahan:

Letak pewarna merah
Serbuk koko
Brown sugar

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air dalam periuk dan jangan lupa kena lebihkan sukatan air dari bubble pearl.
  2. Kacau dan masakkan atas api sederhana. Sentiasa kacau, kalau tidok dia melekat di periuk.
  3. Masak ni maybe ambil masa lama sikit sampai dia kenyal.

4. Lepas tu tapis… Dan boleh hidang dengan pelbagai air.

Hari tu nampak ais, susu kurma jadi boleh dicombinekan kena la dengan citarasa tekak.

Kalau nak gelap, letak pewarna hitam. Tapi sebab tak ada saya campur koko powder dengan pewarna merah.

Selamat mencuba…!

sumber : dyla mahdaly via MAHN