Sudah tentu ramai yang menggemari muffin. Cara penyediaannya sama seperti kaedah membuat ringkas dan mudah. Malah tidak mengambil tempoh yang lama untuk dihasilkan. Dari segi rasa pula, ia semakin enak semasa dimakan panas. Anak-anak tentu suka.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Ain first time buat muffin peanut butter ni sebab biasa mesti buat coklat, vanilla atau buah-buah. Excited betul masa baking, berdebar nak tahu rasa dia macam mana. Sedap ke tak kan. Finally, alhamdulillah rasa sedap & tektur muffin lembut. Cara pun mudah sgt tau, korang pun boleh cuba buat jugak!
•• Cara masakan boleh tengok pada video yang disediakan, tekan link https://youtu.be/aSUY8o3QNQ4
Bahan Utama
2sb peanut butter @amazingrqze.co
Bahan Basah
1 biji telur
1 cawan susu penuh krim
1/3 cawan minyak jagung
1sb esen vanila
Bahan Kering (ayak)
2 cawan tepung gandum serbaguna
1 cawan gula perang (jika suka manis, boleh lebihkan sedikit)
1sk serbuk penaik
1sk soda bikarbonat
1sk garam
Bakar 180°C selama 20 minit.
** Tak perlu guna mixer, hanya gaul pakai spatula/whisk sahaja.
** Gaul bahan tak perlu lama, hanya gaul sebati sahaja.
Selamat mencuba.