PCOS Sejak Remaja, Wanita Ini Terus Gigih Demi Zuriat Untuk Suami

Share

Setiap pasangan yang berkahwin inginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga. Kelahiran anak itu memberi seribu makna dalan kehidupan mereka.

Namun bagi yang belum dikurniakan zuriat pula terus berusaha menantikan kehadiran cahayamata.

Nyata dugaan hidup bukan sahaja masalah kewangan tetapi menantikan anak yang akan menjadi pewaris keturunan.

Begitulah yang dilalui oleh pasangan suami isteri ini yang masih belum dikurniakan cahayamata.

Menerusi perkongsian di akaun tiktok pemilik akaun, cttimoh Fatimah menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) pada usia 15 tahun.

Bagaimana pun, ia bukan alasan untuk mereka pasrah. Menerusi perkongsian video menjelaskan bahawa mereka melakukan usaha untuk mendapatkan zuriat melalui proses permanian beradas (IUI) dan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Difahamkan, rawatan itu adalah  kali ketiga Fatimah membuat IUI, ujian tersebut adalah positif. Akan tetapi, dia telah disahkan ectopic iaitu kehamilan luar rahim.

Selepas enam kali gagal mendapatkan zuriat melalui proses IUI, Fatimah dan suami membuat keputusan untuk menjalankan kaedah IVF sebaik sahaja mereka mempunyai wang yang mencukupi.

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

INFO: APA ITU PCOS

Sindrom polikistik ovarium atau polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah gangguan hormon yang terjadi pada wanita di usia subur. PCOS ditandai dengan gangguan menstruasi dan kadar hormon maskulin (hormon androgen) yang berlebihan.

Hormon androgen yang berlebihan pada penderita PCOS dapat mengakibatkan ovarium atau indung telur memproduksi banyak kantong-kantong berisi cairan. Kondisi ini menyebabkan sel-sel telur tidak berkembang dengan sempurna dan gagal dilepaskan secara teratur. Polycystic ovarian syndrome juga dapat menyebabkan penderitanya tidak subur (mandul), dan lebih rentan terkena diabetes dan tekanan darah tinggi.

IVF TIDAK MENJADI, KEMBALI KUMPUL DUIT UNTUK LAIN CUBAAN

Bagaimanapun, apa yang menyayat hati adalah Fatimah telah melakukan IVF sebanyak dua kali namun, rezeki untuk menimang cahaya mata tidak berpihak kepada mereka memandangkan proses tersebut tidak berjaya.

Akur dengan takdir Allah yang menentukan segalanya, Fatimah dan suami rehat sebentar dan mahu mengumpul kembali wang mereka bagi menjalankan IVF meskipun sudah sembilan tahun menanti kehadiran malaikat kecil.

 

 

@cttimoh Semoga kembali Kuat 🫶#pejuanggarisdua #10years #fypシ ♬ Promise (From “Promise”) – Melly Goeslaw

Meninjau di ruangan komen, rata-rata respon wargamaya memberikan kata-kata semangat dan ada yang menitipkan doa buat pasangan ini supaya tahun 2023 mereka dikurniakan zuriat.

Sumber: Tiktok: @cttimoh

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club