Patutnya Rumahtangga Makin Ceria. Salah Satunya Kerap Mandi Bersama. Cubalah!

Share
Sebenarnya mudah untuk kekalkan hubungan romantis dengan pasangan. Bagi yang telah lama berkahwin, tentunya inginkan perkahwinan yang kekal sehingga akhir hayat. Terdapat banyak rahsia atau resepi untuk perkahwinan yang bahagia. Berikut di bawah dikongsikan bersama untuk memastikan hubungan suami isteri makin intim.
Mandi Bersama
Kerap mandi bersama. Jika tak mampu kerap, sekali-sekala pun boleh. Asalkan dapat mandi bersama Ini kerana apabila suami isteri mandi bersama akan menerbitkan rasa kasih sayang yang luar biasa antara suami isteri. Tak percaya, cubalah!
Serikan Bilik Tidur
Keharmonian hubungan antara suami dan isteri sebenarnya banyak terkesan melalui kamar tidur. Justeru, apa kata selepas ini si isteri perlu memastikan bilik tidur dihias indah dan berada dalam keadaan bersih dan selesa. Jika ada bajet lebih serikan bilik dengan hiasan bunga, aroma terapi serta cadar dan langsir yang menarik  supaya dapat menyuntik lagi mood romantis.

Sentiasa Harum
Selalunya bila nak keluar rumah saja pasti sembur minyak wangi dulu kan, apa kata lepas ni kita tukar habit tu. Pakai minyak wangi ketika di rumah dan kalau boleh biarlah kita sentiasa berbau harum dan selesa untuk didampingi. Bukan si isteri je tau kena harum sentiasa, suami pun perlu jaga personaliti di hadapan isteri barulah hubungan tu terasa bahagia.

Jangan Sakiti Pasangan
Sebaiknya hormatilah pasangan kita dan kalau boleh elakkan daripada menyakiti hati dan perasaan pasangan tu. Kalau ada perkara yang pasangan tidak berapa suka kita lakukannya, apa kata cuba belajar untuk meninggalkannya demi kebahagiaan korang dan juga pasangan.

Telefon dan Mesej
Kalau dulu tahun 80 an dan 90 an, orang guna telefon awam je kalau nak call yang tersayang. Tapi tu zaman dulu la, zaman takde handphone lagi. Sekarang ni dah moden, semuanya dah canggih. Jadi manfaatkan lah handphone yang ada tu dengan telefon pasangan tu bagitau betapa korang sayang padanya takpun mesej je bagitau padanya tentang perasaan tu. Cubalah tips ni manalah tahu dengan cara ni akan menyuburkan lagi cinta dan sayang pada pasangan.